22 Feb 2017

Gary Dan Ji Hyo Akan Berkahwin Tahun Ini?

Semua peminat Monday Couple teruja dan gembira apabila dikatakan Gary (38 tahun) akan berkahwin dengan Song Ji Hyo (35 tahun) pada pertengahan tahun ini. Masing-masing sudah tidak sabar dan mendoakan agar pasangan ini benar-benar di satukan. Semua peminat dari seluruh pelusuk dunia semakin berdebar-bedar menantikan detik yang paling di tunggu-tunggu itu. Namun kesahihannya masih belum dapat di pastikan lagi.

Image result for gary jihyo
Khabar angin ini tercetus melalui komuniti online sejak Januari lalu apabila salah seorang ahli komuniti itu memberitahu bahawa dia ada mengenali seseorang yang berkerja di sebuah dewan perkahwinan dan di katakan Gary telah datang untuk menempah dewan perkahwinan tersebut. Gary hadir seorang diri dan apabila di tanya di manakah bakal pengantin perempuan? Gary menjawab yang bakal isterinya sedang menjalani pengambaran. Hari tersebut adalah bertarikh 17 Jan 2017 yang kebetulan jatuh pada hari Selasa dan Selasa merupakan hari pengambaran untuk rancangan RunningMan. 

Gary di katakan telah berjanji akan menghubungi pihak dewan perkahwinan itu semula kerana saat ini dia masih ingin melihat-lihat dan akan membuat keputusan kemudian berkenaan dewan tersebut.

Apabila khabar angin ini semakin tersebar, Gary terus menepis melalui akaun instagramnya dengan berkata, "Rumor is just rumor. But everyday is monday XD." - Kang Gary

Khabar angin ini telah menyebabkan alasan Gary meninggalkan RunningMan kerana ingin fokus dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu mula di ragui. Saat ini memang Gary sedang berulang-alik antara China dan Korea kerana muziknya telah berjaya mendapat tempat di sana dengan baik tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Gary mengambil keputusan drastik meninggalkan RunningMan supaya hubungan cinta rahsianya dengan Ji Hyo dapat di tamatkan dalam masa terdekat tanpa perlu memberi sebarang impak yang drastik pada RunningMan. Jika benar mereka berkahwin dan ke dua-duanya masih berada di dalam RunningMan ini bermakna konsep sebenar RunningMan dan Monday Couple akan terjejas.

Khabar angin ini turut di kaitkan dengan episod 325 ketika 6 ahli tetap RunningMan mengunjugi Gary di studionya. Dalam satu babak antara Ji Hyo dan Gary, beliau telah berkata kepada Ji Hyo dalam nada bergurau... "If I could, I want to give the whole wallet to you. Ji Hyo, will you marry me?". Seperti biasa Ji Hyo membalasnya dengan ketawa. Gary bertanya lagi seandainya Ji Hyo akan terus datang menemuinya setiap hari Isnin sebagai Monday Couple tetapi Ji Hyo terus menolak soalan itu dengan sebuah nyanyian. Ketika itu para peminat hanya menerima adegan tersebut sebagai satu gurauan spontan sehinggalah khabar angin ini muncul. Masing-masing mula terfikir adakah ketika itu Gary benar-benar ingin melamar Ji Hyo?

Sewaktu di China, Gary juga telah memuatnaik beberapa gambar ke laman istagramnya. Gambar yang di muatnaik Gary agak berbeza daripada biasa dan hal ini membuatkan semua peminat Monday Couple semakin yakin bahawa Gary benar-benar akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Masing-masing berpendapat bahawa Gary sedang memberi 'klu' secara diam pada semua peminat-peminatnya.





Kebarangkalian untuk Gary dan Ji Hyo berkahwin adalah tinggi ini kerana mereka telah di sahkan sebagai pasangan paling secocok (match made in heaven) oleh penilik nasib Korea dalam episod 183. Hal tersebut benar-benar membuatkan semua orang terkejut termasuk Gary dan Ji Hyo sendiri. Para penilik nasib memang menjadi rujukan utama rakyat Korea dalam menentukan jodoh di antara mereka.

Benar atau tidak khabar angin ini? Hanya masa yang akan menentukan kerana sehingga ke saat ini Gary dan Ji Hyo masih lagi bermain teka teki dengan ke semua peminat mereka. Jika benar pastinya hubungan mereka sebagai pasangan sekerja selama 7 tahun akan berbaloi.

Image result for gary jihyo destiny couple episode

Ikut RunningMan sejak 7 tahun lalu kerana Monday Couple
Baca Sepenuhnya

Apabila Dara Sudah Hilang Harga

"Abang pilih yang mana? Perawan atau jandaaaaaa....???" Tetiba teringat lagu yang Akis nyanyi di pentas Mentor Milenia tempohari. Satu soalan untuk abang-abang sekalian yang ada membaca artikel ini, abang-abang pilih yang mana? Yang masih perawan atau yang sudah janda? :D

Tiba-tiba rasa panas je dalam blog aku ni.... Walaubagaimanapun, sebagai seorang perempuan semestinya aku boleh bercakap isu ini dan para lelaki yang mahu ikut baca, di minta baca dengan senyap ya.... shhhh... jangan banyak bunyi ok. Nanti dah habis baca baru boleh bercakap kat ruangan komen di bawah tu ya... itupun kalau abang-abang berani letakkan komen la.. hahaha...

Aku yakin pasti ada yang garu kepala bila aku buka topik untuk isu sensitif ni kan? Boleh bikin malu orang perempuan gitu tapi hakikatnya memang aku sengaja nak bagi orang perempuan malu...!! Biar malu semalu malunya, biar reti sereti retinya. Ini umur baru setahun jagung dah pandai bercouple-couple mengalahkan orang dah beranak pinak. Aku yang melihat ni bukan setakat geli tapi sampai rasa nak termuntah. Aku rasa golongan janda mungkin lebih pandai jaga diri dari mereka-mereka ni. Sebab tu Miss J ramai yang dapat kahwin semula dengan lelaki yang ada class.

Terus terang, aku sebagai seorang wanita naik gerun melihat kelakuan budak remaja perempuan sekarang ni. Nak kata aku ni lahir zaman batu tak jugak. Aku lahir awal tahun 80an dan zaman tu pun memang ada juga gejala sosial ni. Masa zaman aku dah ada mat rempit, ada bohsia, ada bohjan, ada isu isap gam, semua tu ada tapi yang buat aku makin menyampah dengan sesetengah budak remaja sekarang ni sebab diaorang punya gedik tu melampau-lampau sangat. Di khalayak ramai pakaiannya ntah apa-apa... lepas tu di layan nya si teman lelaki macam sedang melayan suami. Kasi pegang situ, kasi pegang sini.. konon-konon sebagai tanda cinta sejati.. banyak lah dia punya cinta sejati!!

Aku boleh agak pasangan mana yang dah berkahwin dan pasangan mana yang belum lagi berkahwin sebabnya, pasangan yang dah berkahwin ni, walau halal untuk saling bersentuhan tetapi kami kena jaga perilaku di khayalak ramai tau. Sebab apa kena jaga? Kerana Islam itu membataskan perilaku yang berlebihan ketika di luar rumah.  Ketika berada di khalayak ramai, pasangan yang dah berkahwin ni di haruskan untuk pegang tangan saja, nak cium-cium, nak peluk-peluk semua tu kami kena tunggu balik rumah.. Bagi pasangan yang baru berkahwin tu, di nasihatkan jangan sengaja nak tunjuk romantik sangat sampai tak mahu ambil kisah tentang batasan agama. Kan tak pasal-pasal orang lain boleh tahu dengan senang tahap ilmu agama kita setakat mana... sapa yang malu? Diri sendiri juga.... huhu..

Berbalik pada cerita tadi, apabila sudah di kasi pegang, break up, mulalah nak frust menonggeng.. Di tulisnya pula dalam status facebook macam-macam meroyan macam orang sakit mental. Kita yang membacanya ni jadi tak tahu nak komen apa sebab status sebegitu sangat menunjukkan kekurangan akal pada si penulisnya. Putus cinta je pun bukannya bercerai berai. Orang lain yang kehilangan suami tak meroyan macam tu dik oi...  Aku dulu pernah juga putus cinta tapi di sebabkan kita jaga diri dengan baik jadi apa nak risau. Dah tak ada jodoh biarlah, nanti nak dapatkan jodoh yang lain buat tapisan dulu sebelum terima, biar dapat yang lebih baik sampai teman lelaki dulu menyesal tak sudah.

Buat adik-adik yang belum berkahwin (masih remaja terutamanya), meh sini hakak nak kasi ajar meh. Anjak sikit kasi rapat mudah hakak nak sound kasi masuk terus ke hati tu.
Dengar sini pesanan dari sis satu persatu ya..

  • Jangan bagi orang lelaki pegang-pegang walau sekadar ringan-ringan sebabnya bila sekali orang lelaki pegang kita akan mula syok dan lama-lama akan ketagih. Ketagih dadah boleh bawa mati tapi ketagih ini boleh buat kita hilang pertimbangan diri.
  •  Bila ketagih mula lah nak jumpa boyfriend lagi lagi dan lagi sebab syok. Pastu bila tak jumpa akan meroyan macam orang tak cukup akal. Rindu lah.. cinta lah.. alasan je semua tu. Hakikat sebenar sebab nak berseronok! 
  • Jika di biarkan terus di pegang-pegang lama kelamaan pasti boleh terlanjur. Apa tidaknya bila berdua-duaan bermakna ada syaitan sebagai orang ke tiga di tengah-tengah. Syaitan memang suka benar lah situasi macam tu sebab mudah dia nak hasut.
  • Bila dah terlanjur, besar kemungkinan akan mengandung tau. Adik-adik comey ni jangan ingat terlanjur sekali tak akan jadi apa-apa ya... kirim salam banyak-banyak lah sebabnya walau hanya terlanjur sekali tetapi peluang untuk mengandung itu tersangatlah tinggi sebab kalian tu dah anak gadis. Zaman nenek kita dulu umur 13 tahun dah mula beranak pinak, jadi samalah dengan zaman ini pun. Fizikal seorang perempuan sama je walau lahir pada berlainan era. Itu kalau terlanjur sekali, kalau terlanjur banyak kali? Apa ingat pakai k**d*m tu boleh buat tak mengandung ke? Please lah.. be rasional ok. Alat tu bukannya boleh caya 100% pun.
  • Jika sungguh dah termengandung, apa adik-adik comey nak buat? Cer citer kat sis ni.. Nak gugurkan? Nak lahir dan buang? atau sanggup untuk berterus terang depan family dan lahirkan baby tu sebagai seorang ahli family yang baru. Mana satu jawapannya?? Cuba habaq mai... (kalau pilih untuk terus terang depan family sis respect!!) 
  • Lagi satu hakak nak pesan, adik adik comey jangan ingat yang semua lelaki atas dunia ni baik. Orang perempuan ni sekali dah terlanjur automatik akan hilang dara dan bila hilang dara suami kita boleh tahu ketika lalui malam pertama nanti. Jadi memang tak dapat nak berselindung okay. Jika di takdirkan dapat suami yang tak kisah tak apalah tapi senangkah nak cari seorang suami yang sebaya umur, soleh, baik dan sudi terima sejarah silam kita yang dah hitam dengan mudah? Sis tak cakap tak ada lelaki yang baik macam ni cumanya bukan senang nak dapat adik oi.. lainlah kalau adik sanggup kahwin dengan lelaki yang tak reti nak cukup dengan satu isteri, ataupun dengan lelaki yang dah boleh di panggil ayah. Hmmm.... minta di jauhkan.
  • Bila adik adik comey berperangai liar, apa ingat orang kampung tak nampak? Mungkin adik adik comey tak kisah orang mengata tapi keluarga akan ikut kena tempiasnya sekali. Mungkin mak ayah kita tak tahu sebab kita pandai simpan rahsia namun jika ada orang kampung yang tahu mesti diaorg akan jaja cerita sana sini sampaikan hilang respect orang kampung terhadap keluarga kita dalam diam. Kesian family kita dik. Mana nak letak muka?
  • Bila dah terlanjur (walau hanya sekali) memang susah jugak nak sembunyi yang kita dah tak ada dara tetapi bagi lelaki mereka okay je sebab orang perempuan bukan boleh detect yang mereka dah tak ada teruna. Jadi sebab tu, orang lelaki bila-bila masa boleh lepas tangan dan berkahwin dengan orang lain. Silap haribulan berkahwin dengan pilihan mak ayah yang lebih cantik dan solehah. 

Itulah akibatnya jika tidak mahu menjaga kehormatan diri (dara) dengan baik. Banyak perkara buruk boleh berlaku. Sis harap bagi yang sudah terlanjur tu tolonglah kembali ke pangkuan jalan. Dekatkan diri dengan Allah swt.. Inshaa Allah 'ketagih' untuk berseronok tu akan hilang.

 Dan sekiranya sudah termengandung sekalipun, tolonglah jangan di buang macam tu saja dik. Kesian baby yang comey tu , dia bukan ada buat salah apa pun... adik carilah mana-mana badan kebajikan atau orang perseorangan yang boleh membela baby tu nanti. Kat hospital tu berebut-berebut orang nak kan baby sampai ada kes culik bayi. Sepupu sis sendiri terpaksa ambil anak angkat sebab sama sekali tidak dikurniakan zuriat. Kami sanggup terima walau anak itu hasil dari 'keseronokan' adik semata-mata sebab memang si kecil tu tak bersalah apa pun. Kesian dia. Dia pun nak rasa juga bagaimana hidup atas dunia ni.

 Tolong ya, tolong jangan buang.. kalau adik beri si kecil pada sesiapa dan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik, sis yakin Allah swt akan datangkan perkara yang sangat-sangat baik pada adik. Besar kemungkinan Allah swt akan utuskan jodoh untuk menjadi penyelamat adik nanti kerana adik telah insaf. Janji adik tidak kembali ke perbuatan lampau. Nak taubat, kena taubat nasuha. Percayalah!

Allah swt tidak pernah zalim tetapi kita yang sengaja menzalimi diri sendiri

p/s: Ada tanda-tanda untuk kesan samada seorang gadis tu masih dara atau tidak, nak tahu, kena tunggu next entry...
Baca Sepenuhnya

3 Produk Percuma Terbaru

Seperti biasa, aku memang sentiasa follow produk-produk percuma yang di keluarkan oleh mana-mana pihak untuk aku rebut. Dan kali ni produk nya adalah......



dan 




Semestinya produk percuma sebegini adalah sangat-sangat terhad dan bagi yang betul-betul berminat untuk mencuba nasib bagi mendapatkan ke dua-dua produk di atas ini secara percuma boleh isi detail diri di link yang tertera di bawah ini..


Link untuk produk Laneige ialah http://www.feeltheregeneration.com.my/ dan cara untuk memohon mudah saja.
1- klik link untuk pergi ke website utama Laneige
2- klik pada bahagian Redeem Sample
3- berikan detail peribadi seperti yang di minta
4- Submit
5- Check email untuk dapatkan kod pengesahan
6- Ambil terus sample produk dari mana-mana kaunter Laneige yang berdekatan dengan memberikan kod pengesahan tadi


Link untuk produk Dove pula ialah http://www.dovehair.com.my/fullerhair/sample.php. Cara untuk memohonnya mudah juga.
1- klik link untuk ke website utama Dove
2- klik Contineu
3- Isi detail peribadi diri
4- Submit

Link untuk produk Benefit ialah http://bit.ly/2mbAVCv. Pendaftaran adalah melalui facebook

Cepat-cepat sementara peluang masih ada.

Dapat peluang terus submit, mana tau ada rezeki.... hehe
Baca Sepenuhnya

Sedapnya Minum Nankid Optipro 3 dari Nestle

Hari ini aku telah di hantar satu pek percubaan produk susu jenama Nankid Optipro 3 dari pihak Nestle. Aku di kehendaki memberi si kecilku cuba dan memberi maklumbalas di website mereka. 
Excited juga bila dapat produk ni sebab bukan saja beratnya yang berbaloi (150 gram) tetapi juga di sertakan freegift iaitu sehelai tuala tangan untuk kegunaan si kecil. Warna pink lagi, comel.

Bila di buka, si manja ku terus mencapai. Tak sabar betul dia nak rasa ya. Dan bila di bancuh dan di berikan padanya untuk minum, hmmm... tak tunggu lama terus dia bersandar untuk habiskan isi dalam gelasnya tu. Asyik betul dia melayan rasa sedap susu Nankid Optipro3 ni.

Sebelum tu nak juga cerita yang anak kesayanganku ini bukannya seorang peminum susu formula. Actually dia minum susu ibu sepenuhnya sejak dari bayi dan aku cuma beri susu formula ni tak ubah seperti minuman sampingan saja untuk dia. Jadi jika susu tu tak sedap dan tak sama dengan susu ibu yang dia minum dari badanku ini, jangan harap dia akan minum ok. Silap haribulan bekas minuman tu dia terus baling dan tak nak sentuh-sentuh lagi.

Jadi bila dia dapat minum susu Nankid Optipro 3 ni sampai habis,... aku kira jenama ni memang betul-betul awesome lah. Lagi 9 bulan aku akan hentikan memberi susu badan pada anak comelku ini dan tidak mustahil aku akan membeli dan memberi Nankid Optipro 3 padanya sebagai ganti.


3 khasiat utama yang terdapat di dalam Nankid Optipro 3 ialah...

  • ia mengandungi 100juta bakteria berfaedah BIFIDUS BL yang akan menyokong kesihatan usus si manja.
  • Ia juga mengandungi DHA dan ARA yang merupakan kompenan-kompenan penting dalam sel-sel otak
  • tidak mempunyai sebarang sukrosa tambahan. Sukrosa merupakan gula yang selalu kita gunakan setiap hari. Hanya rasanya saja yang manis tetapi jika di ambil berlebihan akan membahayakan kesihatan. Jadi susu Nankid Optipro mengekalkan rasa asli susu dan sama sekali tidak menggunakan sebarang 'perasa manis tiruan' di dalamnya.


Inilah maklumbalas yang di hantar untuk pihak Nestle sebagai tanda berpuashati dengan Nankid Optipro 3 dari Nestle ini.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak Nestle DI SINI

Baca Sepenuhnya

21 Feb 2017

Kelebihan Menghalalkan Hutang

Kelebihan Menghalalkan Hutang

Image result for HALALKAN LAH HUTANG"Kalau dia tidak bayar... aku halalkan dunia akhirat."

Ayat di atas bukan semua orang boleh ucapkan. Ye lah orang berhutang dengan kita beratus dan beribu, ingat mudah ke nak halalkan? Marah, sakit hati dan kecewa akan sentiasa berada di hati. Masa nak meminjam lembut gigi dari lidah, depan kita bukan main baik sangat tetapi lepas kasi pinjam tengok muka kita pun tak nak. Kalau jumpa siap lari jauh-jauh macam kita ni pembawa wabak yang sangat berbahaya.

Tetapi alhamdulillah masih ada rupanya insan-insan yang boleh menerima perkara ini dengan baik dan sanggup menghalalkan hutang tersebut seandainya dia telah meninggal kelak. Kenapa? Apakah kelebihan menghalalkan hutang ini? Sebelum memberitahu kelebihan menghalalkan hutang, ingin aku cerita sedikit keadaan bagi orang yang berhutang dulu ya. Senang-senang minta orang halalkan mana boleh. Tak patut macam tu kan?

Situasi pertama:
Samad meminjam tunai sebanyak RM3,000 dari majikannya, Encik Kamal dan selepas mendapat duit tersebut, Samad terus ponteng kerja dan berpindah ke tempat lain untuk lari dari di tuntut hutang. Rupa-rupanya Samad memang sudah merancang dari awal untuk tidak membayar hutang tersebut. Bagi Samad majikannya itu sudah kaya raya, ada rumah banglo, ada kereta mewah jadi setakat RM3,000 apalah sangat. Bagi Samad, sudah tentu majikannya itu tidak akan jatuh bankrup hanya kerana hilang RM3,000.

Situasi ke dua:
Minah mahu membeli satu set pinggan mangkuk yang berharga RM500 daripada Salwa tetapi dia tidak mempunyai wang tunai yang banyak, maka Minah mengambil keputusan untuk berhutang dengan kadar bayaran RM50 sebulan. Minah memang berniat untuk membayar hutang Salwa itu tetapi Minah sering kali terlupa.


Kes pertama dan ke dua adalah sama iaitu BERHUTANG. Cuma yang membezakan adalah Samad memang berniat untuk tidak membayar hutang manakala Minah memang berhajat untuk membayarnya cuma dia sering bersikap lewa sehingga terlupa untuk membayar hutang tersebut pada masa yang telah di persetujui sebelum ini.

Situasinya sekarang adalah Encik Kamal sama sekali tidak tahu bagaimana untuk menjejaki Kamal manakala Salwa bila-bila masa boleh berjumpa dengan Minah. Maka Encik Kamal boleh mengambil keputusan untuk menyerahkan segalanya kepada Allah swt dan Encik Kamal boleh berniat di dalam hati bahawa sekiranya Samad tidak mencarinya untuk membayar hutang tersebut maka Encik Kamal akan menghalalkan setiap sen yang di di hutang oleh Samad terhadapnya itu.

Berbeza dengan situasi Salwa, walau Salwa ingin menghalalkan juga duit tersebut tetapi di sebabkan Salwa tahu bagaimana untuk menghubungi Minah, maka Salwa harus membantu memperingati Minah untuk menjelaskan hutang tersebut dari masa ke semasa.

5 perkara utama yang perlu kita tahu tentang hutang ialah:

1- Apabila si penghutang berniat untuk sama sekali tidak mahu membayar hutang tersebut dek kerana si pemberi hutang adalah seorang yang kaya raya maka hukumnya adalah haram.

2- Penghutang terpaksa mencari si pemberi hutang di celahan makhluk Allah swt ketika berada di Padang Masyhar nanti. Hadis Bukhari ada mengatakan yang... "Roh seseorang yang mati syahid itu akan tergantung antara langit dan bumi selagi hutangnya tidak terbayar". Itu roh orang mati syahid, habis kita ni? Ini bermakna hutang dengan Allah swt kita boleh bayar dengan cara bertaubat nasuha tetapi hutang kita sesama makhluk adalah cukup berat dan membebankan jika tidak di lunaskan serta merta. Hutang kita dengan Allah swt dan hutang kita dengan sesama makhluk adalah daripada dua kategori yang berbeza dan bukan semudah itu untuk 'membersihkannya'. Selagi hutang kita tidak dihalalkan maka syurga akan semakin menjauh dan neraka akan semakin mendekat.

3. Perjalanan si pemberi hutang akan terganggu dengan kehadiran si penghutang yang tidak putus-putus menganggunya di padang Masyhar nanti. Si penghutang akan bergantung di kaki si pemberi hutang, meminta, merayu, meratap, memohon agar dihalalkan setiap sen dari hutang tersebut. Jika dia tidak halalkan maka si penghutang akan terus bergantung di kakinya kelak kerana inginkan kemaafan.

4. Seandainya si pemberi hutang berniat untuk menghalalkan hutang terbabit ketika dia masih hidup, maka Allah swt akan jadikan ia sebagai saham ketika di akhirat kelak. Allah swt boleh menolak hutang kita dengan Nya (hutang tidak solat, tidak puasa dan sebagainya) dengan menggunakan hutang yang telah kita halalkan itu.

5. Ada ulama mengatakan memberi hutang adalah lebih afdal daripada memberi sedekah dan pahala memberi hutang adalah lebih baik dari pahala bersedekah.

Suka di ulang sekali lagi.... seandainya si pemberi hutang menghalalkan hutang tersebut maka ia boleh di gunakan untuk meringankan hutang si pemberi hutang tadi dengan Allah swt. Mana tahu, si penghutang itu ada hutang puasa, hutang solat dan lain-lain dengan Allah Taala. Jadi seandainya hutang yang telah di beri itu sudah lama dan jika tidak dapat kembali duit tersebut pun kita masih boleh tinggal dengan senang, cukup makan dan pakai maka ada baiknya kita berniat untuk terus menghalalkannya. Setidak-tidaknya ia boleh membantu meringankan azab kita di akhirat kelak. Tak guna simpan api kemarahan dalam diri lama-lama sebab dendam ni tak elok di bawa sampai ke mati.

Dan jika ada yang membaca artikel ini masih mempunyai hutang yang tidak di jelaskan, silalah cari para pemberi hutang yang telah membantu anda. Sekiranya si pemberi hutang telah meninggal dunia, maka carilah pewaris-pewarisnya tetapi sekiranya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pewaris, masih ada cara untuk menjelaskan hutang pada mereka yang telah pergi.. bagaimanakah caranya? Inshaa Allah sis cuba untuk share di artikel yang akan datang...

Halalkan Hutang Orang, Lebih Senang Ketika Di Akhirat

ANDA PERNAH BERHUTANG? BACA SINI
Baca Sepenuhnya

Resepi Kuih Lapis


Siapa sini suka makan kuih lapis, angkat tangan..... hehe... suka ke? Sis pun suka.. tambah-tambah kuih lapis yang lembut apabila masuk ke mulut. Oh sedapnya. Manis manis lemak lemak... nak lagi best bila makan kuih ni dapat tarik selapis demi selapis. Oh my god! :D

Di sebabkan dah lama sangat tak makan kuih lapis ni, kelmarin sis rajinkan diri untuk buat sebagai menu minum petang dengan family, jadi alang-alang dah buat sis snap gambarnya sekali untuk share resepinya kat sini dengan awak. Don't worry resepi ni cukup mudah dan senang. Kalau rajin buat gerenti jadi.

Apabila bercakap tentang kuih melayu memang ada bermacam-macam versi walau tengah bercerita tentang kuih yang sama. Ada yang letak tepung ini, ada yang tak letak pun. Ada yang letak bahan itu, ada yang tak letak pun. Tapi, hakikatnya dari segi rasa, tekstur dan rupa.. lebih kurang je pun. Disebabkan itu sis lebih suka beri keutamaan pada resepi yang lebih mudah ringkas dan cepat. Yang paling penting ianya sedap untuk di makan...

Bahan-bahan untuk memasak kuih lapis seperti di atas adalah....

Bahan A:
2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
4 Cawan Santan (1 kotak santan pekat di campur dengan 3 cawan air)
1 sudu besar Esen Vanila (sis tak suka bau tepung, so sis letak sikit bagi wangi)
1 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam

Bahan B: 
Beberapa pewarna yang di sukai

Cara-caranya:
1. Satukan ke semua bahan A dan kacau sehingga tiada lagi bintilan tepung.
2. Tapis bancuhan tadi dan bahagikan kepada dua ke tiga bahagian. Satu bahagian di biarkan, dan bahagian yang lain di campur dengan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
3. Panaskan periuk pengukus.
4. Sapu seluruh loyang dengan sedikit minyak dan masukkan loyang ke dalam kukusan.
5. Tuang 200ml adunan ke dalam loyang. Jika tidak pandai gunakan sukatan boleh je pakai senduk cuma kena pastikan yang seluruh permukaan tepung telah menutupi loyang. Tutup. Gunakan api yang kuat ya.
5. Selang 5 minit, masukkan adunan dari warna yang berlainan ke dalam loyang dan tutup semula.
6. Ulang langkah tersebut sehingga ke semua adunan tepung habis.

Setelah sejuk boleh lah di hidangkan............. selamat mencuba!!

Kuih melayu lama tetap mendapat tempat di hati


Baca Sepenuhnya

20 Feb 2017

Aku Menyesal Untuk Berhutang Lagi

Hutang! Bila sebut perkataan hutang ni boleh buat orang rasa sakit hati dan marah. Aku sendiri pernah beberapa kali menjadi pemberi hutang dan sadisnya hutang-hutang tersebut tidak pernah di bayar sama sekali sampai ke hari ini.

Aku sebenarnya pernah juga berhutang dan kisahnya aku ingat sampai sekarang. Aku pernah berhutang dengan salah seorang rakan sekampung ku (merangkap jiran) yang bernama Suria. Ketika itu kalau tak silap kami berusia 14 tahun, jumlah hutang tersebut adalah sebanyak... RM7.00.

Aku sendiri yang minta pinjam dan berjanji untuk bayar nanti.

 Kesalahan utama yang aku telah buat adalah, aku sama sekali tidak bayar hutang tersebut ketika itu dan aku jangkakan Suria pasti akan halalkan duit tersebut satu hari nanti sekiranya aku terlupa, yelah RM7 kot, bukannya RM70 atau RM700. Lagipun kami ni satu kampung, hari-hari jumpa, berjiran, kawan rapat pulak tu... ala setakat RM7 apa lah sangat kan? Itu persepsi aku... jadi aku sama sekali buat endah tak endah walau aku tahu dan ingat dengan jelas hutang yang aku tanggung sebanyak RM7 tersebut.

Semakin hari semakin menginjak dewasa dan masing-masing mula bawa haluan sendiri. Namun, aku masih lagi ingat hutang RM7 terhadap Suria yang masih belum ku bayar. Ya Allah begini rupanya tahap ingatan bagi sang penghutang ya. Setiap kali terserempak dengan Suria aku terus terlintas di kepala akan hutang itu, nak di bayar memang lah aku mampu sebab hanya RM7 tapi perasaan malu sangat menebal kerana telah membiarkan perkara ini berlarutan dalam masa yang teramat lama.

Tahun berganti tahun, kami kahwin dan masing-masing punya cahayamata. Kala pulang ke kampung Suria melayan aku dengan baik dan persahabatan kami masih tetap terjalin walau tidak seakrab dulu. Aku masih ingat lagi suatu petang saat aku ke rumah Suria, mulut aku terkunci rapat tapi hati aku benar-benar tak tenteram. Aku mula resah dan perasaan malu makin menebal macam tembok Berlin

 Akhirnya aku nekad. Sebelum pulang bersama suami, aku mahu menemui Suria secara berdepan. Aku terus masukkan RM7 ke dalam kocek seluar sebelah kanan dan aku mula melangkah ke rumah Suria dengan laju. Aku betul-betul melangkah dengan laju kerana aku takut niat aku ini akan terhenti di tengah jalan. Sebaik saja sampai di rumahnya, aku terus cakap....

Aku : Suria... Awa nak bagi satu benda kat Suria..
Dia : Apa dia?

Aku terus seluk kocek seluar dan hulur RM7 padanya. "Awa bayar semula hutang RM7 yang Awa pinjam dulu. Maaf no.... "

Dia capai duit RM7 yang aku hulur dengan wajah yang tersenyum. Senyum ikhlas yang bukan di buat-buat sama sekali.

Aku : Awa minta maaf ni, dengar tak?
Dia : Ya, Suria maafkan Awa. Suria ingat Awa dah lupa tentang ni.

Mendengar ayat tu aku jadi terkesima... Ya Allah rupa-rupanya dia ingat hutang aku ni sampai sekarang walau sudah makan masa lebih dari sepuluh tahun. Nampaknya si pemberi hutang lebih jelas ingatannya dari si penerima hutang.... huhu.. saat aku langsaikan hutang aku pada Suria, demi Allah aku rasakan seperti ada sebiji batu yang besar di buang dari dalam tubuh aku ni. Diri aku mula berasa makin ringan dan tenang. Mungkin itulah bebanan hutang yang tertulis ke atas diri aku dan telah di padam oleh malaikat kerana aku berjaya melangsaikannya di atas muka bumi ini

Pengalaman aku berhutang dengan Suria akan aku ingat sampai bila-bila dan sampai sekarang aku cukup takut dengan perkataan berhutang disebabkan oleh peristiwa tersebut. Apa saja benda dalam rumah ni semuanya aku dan suami beli secara tunai (kecuali kereta, itupun dah habis bayar dalam masa 3 tahun, alhamdulillah). Tambahan pula suami aku memang tidak suka jika melibatkan hak orang lain. Demi Allah aku ceritakan, suami aku pernah menemui duit tunai sebanyak RM150, bertahun dia memegang duit tersebut kerana tidak jumpa si empunya dan akhirnya suami aku telah memberikannya pada sebuah masjid dan dia turut beritahu pada pihak masjid yang RM150 tersebut bukan duit dia tapi adalah duit yang di temui secara tak sengaja. Jadi dia sedekahkan RM150 tersebut bagi pihak tuan punya duit yang sebenar.

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku tidak lagi bergelar penghutang tetapi aku dan suami adalah orang yang memberi hutang. Ya ampunnnn.... dah beberapa kali suami aku bantu rakan-rakan yang agak rapat dengannya tapi malangnya tak ada seorang pun yang datang untuk membayar. Kalau di hitung semuanya boleh mencecah ribuan ringgit.. 

Aku sendiri ada yang pinjam RM100 dengan alasan terdesak nak beli susu dan pampers tapi bila dah beri terus tak nak pandang muka aku ni lagi. 

Agaknya Allah nak beri aku rasa bagaimanakah perasaan apabila ada orang berhutang dengan aku. Dan memang betul, sebagai pemberi hutang aku sama sekali tidak pernah lupakan orang-orang yang berhutang denganku termasuk dengan jumlah wangnya sekali.

Bila, di mana dan bagaimana mereka akan membayarnya? Wallahualam.. hanya Allah saja yang ada jawapannya..

PERNAH MEMBERI ORANG LAIN BERHUTANG? BACA SINI
Baca Sepenuhnya

Sarapan Melayu Vs American

Apabila bangun saja dari tidur, automatically perut akan berkeroncong. Mula-mula keluar irama lagu Aiman Tino (suka Usop nyanyi lagu ni di Mentor), kemudian irama dangdut Amelina dan akhir sekali irama heavy metal dari Offspring. Selagi tak di suap sesuatu ke mulut, selagi tu lah perut ni bergendang. Asal bangun je nak makan... asal nak makan je kena bangun... hmmm... dunia dunia.. kadang-kadang aku pun dah tak pasti sama ada hidup untuk makan atau pun makan untuk hidup.

Aku sebenarnya bukan seorang yang cerewet dalam bersarapan. Apa saja yang ada di depan mata itu lah yang aku makan. Cuma jika di beri pilihan antara nasi lemak dan roti bakar, semestinya aku akan memilih roti bakar. Sedap tu makan bersama sekaya dan nescafe panas. Tapi jika di tanya pada encik suami memang terang lagi nyata dia akan memilih nasi lemak 100%. Roti bakar bagi dia bukan satu menu yang sesuai untuk bersarapan, langsung tak kenyang katanya.

Boleh di katakan aku tersenarai di dalam golongan yang cukup gemarkan american breakfast. Mungkin sebab aku malas, haha. Aku malas nak bangun terlalu awal untuk prepair beras nasi lemak, aku malas nak prepair cili kering untuk masak sambal, aku malas nak goreng ikan bilis dan potong timun, eee leceh leceh. Aku lebih senang bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat subuh, buka kotak cereal dan terus makan bersama susu. Atau pun rebus telur dua biji separuh masak pastu makan bersama roti dan mentega. Kalau celup roti dengan telur untuk buat french toast pun best jugak. Oh asyiknya..... yummy yummy.... dan semestinya perut aku boleh rasa kenyang sehingga waktu tengahari tanpa apa-apa masalah.

(credit to google)


Aku cukup bersyukur sebab ke semua anak-anak aku lebih mengikuti cara aku dalam bersarapan. Kalau pergi ke sekolah pun, mereka lebih suka ambil roti yang di sapu dengan jam dari melayan mee goreng, bihun goreng atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Bila di fikirkan mesti aku happy kan sebab tak payah susah payah siapkan breakfast,.... No! No! No! Tidak semudah tu...

Di sebabkan encik suami sentiasa mahukan sarapan yang berat tiap-tiap pagi, maka ini bermakna mahu tak mahu aku kena siapkan nasi lemak, nasi goreng atau nasi berlauk khas untuknya seorang. Jika dulu sebelum kahwin boleh bersenang-senang layan breakfast depan TV lepas mandi wangi-wangi, sekarang tidak lagi. Bangun je dari tidur perkara pertama lepas gosok gigi dan basuh muka ialah pegang periuk nasi!! Hahaha... check dulu nasi semalam masih ada ke belum, jika dah habis kena cepat-cepat masak nasi yang baru. Kalau masih berbaki boleh di panaskan atau di goreng.

Selesai jer kejutkan anak-anak dan solat, berlari ke dapur semula. Sebaik saja siapkan sarapan ala-ala american untuk anak-anak, bermulalah episod memasak lauk pauk dan sebagainya. Pagi-pagi rumah aku akan berbau semerbak. Kalau di beri pilihan memang aku nak beli je. Ye lah keluar duit beberapa ringgit pastu tak payah susah payah di pagi hari tapi aku tak boleh selalu buat macam tu. Kalau seminggu sekali masa hari cuti tak apalah, ini kalau di amalkan hari-hari mau kena pegang status 'J' okay... "buat apa kahwin kalau kena makan kedai?!" (inilah ..ayat yang selalu suami aku guna...adeh.. sakitnya tu di sini...!!)


Aku pernah tanya pada encik suami, kenapa tak boleh makan sarapan macam kami? Dan jawabnya senang saja "sebab saya ni orang melayu...." Alamak! Habis aku ni minah salleh ke? Hmmm... kata encik suami lagi kalau dia makan sarapan ringan alamatnya dia tak boleh buat kerja. Paling tinggi sarapan tu boleh bertahan sampai jam 10.30 pagi saja lepas tu mesti kena bersarapan semula. Jadi untuk cara yang paling baik adalah terus makan makanan yang berat dari awal.

Tak kisah lah apa alasannya... yang pasti jangan sesekali skip dari ambil sarapan. Tak bagus untuk kesihatan okay... Kenapa sis cakap tak bagus untuk kesihatan? Ini adalah antara sebab-sebabnya...

1. Kekurangan Tenaga
Ini adalah kesan yang paling negetif. Sebaik bangun dari tidur tubuh kita amat-amat perlukan makanan untuk memulihkan tahap glukosa darah. Glukosa darah merupakan sel-sel bahan api di dalam tubuh kita. Makanan akan di bakar untuk menghasilkan tenaga untuk membolehkan badan kita bergerak dengan lancar (macam enjin kereta la jugak). Dan sekiranya kita tidak mengisi 'minyak' di pagi hari besar kemungkinan kita akan alami masalah.

2. Bantu Maintain Berat Badan
Hal ini ramai yang salah faham. Ada yang cakap tak amik breakfast sebab nak... diet?! Aiyoo... bukan ini cara diet yang betul. Untuk diet wajib ambil breakfast sebenarnya. Kalau nak skip juga boleh skip makanan tengahari tapi jangan sesekali skip breakfast. Jika kita ambil sarapan bermakna tubuh kita boleh bertahan sehingga ke tengahari dan ia boleh mengelakkan tubuh kita dari berasa terlalu lapar. Makan pagi dan kemudian tengahari boleh amil buah-buahan je, tak bagus ke tu?

3. Bad Mood
Kalau pergi kerja muka masam je memang tak sempat bersarapan la tu gamaknya. Perut kenyang senang hati dan bila senang hati semestinya muka ada banyak senyummm maa... Bayangkan pagi-pagi dapat makan makanan yang kita suka. Badan pula cergas kerana punya energy yang mencukupi. Oh happynya...

4. Nutrisi
Bab ni memang pasti lah. Apabila kita ambil makanan terutama di awal pagi, ia boleh membekalkan nutrisi pada badan. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi akan lebih cenderung untuk amalkan makanan seimbang sepanjang hari.



Sarapan melayu atau American? Ke dua-duanya boleh berada di atas satu meja yang sama. Apa yang nak di makan itu terpulang atas diri masing-masing dan semestinya aku akan terus bersarapan dengan cara aku. Kalian di luar sana macamana pula? Suka bersarapan cara apa? Cara orang melayu ke atau cara minah salleh macam hakakkkk ni? :D

Apa menu sarapan favourite awak? Hantar lah kat sis sikit...
Baca Sepenuhnya

Segmen Review Blog By Syahirahvaliant.com

REVIEW... Bila sebut jer perkataan 'review' ni secara automatiknya kepala otak kita akan terfikir akan ada satu ulasan panjang tentang sesuatu produk. Dan kali ini 'review' yang di maksudkan di sini tak lain tak bukan adalah untuk blog.

Segmen begini bagi aku hanya akan di ikut oleh mereka-mereka yang berani je. Berani untuk terima kritikan, berani untuk terima pendapat orang lain dan berani untuk betulkan apa yang silap (jika ada). Nervous jangan cakaplah, mesti risau kot kalau kita di tegur depan-depan kan? hahaha...

Apapun, yang pasti ada baiknya juga join segmen review sebegini, at least kita tahu di masa kekurangan yang mungkin kita sendiri tak pernah nak perasan.

Maka dengan 'beraninya' saya join....... :D
Baca Sepenuhnya

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Kalau dah minat suka membaca, hati mana tak tertawan bila lihat buku bersusun cantik macam kat atas tu. Kalau ku dapat, syokkk nya..... aku ni bukan boleh melekat dengan sesebuah buku, kalau dah melekat jawabnya payah dah nak berenggang. Aku sanggup sengkang mata semata-mata excited nak habiskan cepat-cepat. Buku oh buku....

Dan di sebabkan Kim Chaa besar hati nak hadiahkan buku di dalam koleksinya pada para blogger, of course aku ikut serta. Kalau tak join sah-sah takde harapan, kalau join at least ada peluang 50/50. So baik join.. pastu kalah menang itu perkara ke dua..

Syarat yang di minta Kim Chaa ada 6.
#1 - warganegara Malaysia - LAYAK!
#2 - #4 :  follow blog, instagram dan tweeter beliau - DONE!
#5 - buat entry dan backlink semula ke blog beliau - DONE!
#6 - Pilih 2 buah buku yang di idamkan dan beri penerangan ringkas kenapa buku itu yang menjadi pilihan.

Syarat pertama hingga ke lima, alhamdulillah mudah jer tapi syarat ke 6 ni kena bertanya pada hati sedalam-dalamnya.... hehe.. Tak apa bagi memenuhi kehendak penganjur, aku kongsikan sebab musababnya...

******************************

Buku pertama yang menjadi idalam kalbuku adalah Langit Petang dari A.Samad Said.
Kenapa aku pilih buku ni, semestinya disebabkan oleh penulisnya. Siapa yang tak pernah dengar nama Datuk A.Samad Said memang sah-sah kurang gemarkan dunia buku. Beliau yang mula menulis sejak tahun 1955 sehingga kini, memang patut di puji oleh semua. Dan sebagai salah seorang sasterawan negara semestinya aku berbesar hati untuk memiliki dan membaca hasil tulisan beliau.

Dan buku ke dua yang aku idamkan adalah Awek Chuck Taylor dari Nami Cob.
Sebab kenapa aku mahukan buku ini adalah kerana ia menepati genre yang aku baca. Cerita dalam konsep cinta komedi memang aku suka sebab boleh membuat aku marah, suka dan ketawa dalam satu masa. Aku belum pernah membaca sebarang tulisan dari Nami Cob dan siapa tahu aku boleh jatuh cinta dengan jalan ceritanya nanti.

***************************************
Nampaknya semua syarat yang di tetapkan sudah berjaya di penuhi. Bagi yang berminat untuk ikut serta, boleh klik banner di atas. Jom la join ramai-ramai untuk meriahkan majlis, menang kalah belakang kira janji kita semua happy..........


Baca Sepenuhnya

Full Edit Blog Untuk Anies


Di atas adalah email yang di hantar oleh Cik Anies (Nies) beberapa hari lalu. Bila menjengah ke blognya, alamak!! Blogger lama you... malu I tau.. 

Beliau mula menulis sejak tahun 2010 dan isi blognya lebih pada travel. Di blognya di kongsikan pengalaman beliau sewaktu pergi ke Paris, ke England, ke Egypt, ke Vietnam, ke Indonesia dan lain-lain lah... pendek kata bagi yang suka baca cerita dari kaki travel secara lebih dekat, memang berbaloi untuk singgah baca di blog Anies... ayat yang di gunakan pun santai-santai jer..

Mengikut email, Anies mahukan sebuah blog responsive berwarna putih dan peach (light orange). Anies juga mahukan sebuah blog yang simple tanpa ada sebarang garisan @ border sama sekali pada bahagian sidebar dan post body. Kalau di cakap cara ringkas Anies mahukan sebuah blog yang 'transparent!'. Kalau dah transparent memang simple habis lah jawabnya.. But bila di fikirkan betul-betul template begini bertepatan dengan tema blog Anies kerana apabila template simple bertemakan putih di gunakan ini bermakna gambar di blog tersebut akan lebih menonjol.

Anies juga request supaya di kekalkan bentuk post title sidebar nya. Walau agak 'mencabar' untuk membawa masuk code dari template lain ke template responsive tapi selepas di godek satu demi satu code yang ada,... akhirnya berjaya..  alhamdulillah...

Seperkara lagi, Anies juga mahu headernya di kekalkan dan untuk tampak fresh semula, aku di izinkan oleh Anies untuk kasi make up sikit pada header tersebut.

Berkerjasama dengan Anies memang awesome sebab dia dah tahu apa yang dia nak dan dia mudah berpuashati dengan design yang di buat sebabnya Anies sendiri akui bukan senang untuk bermain dengan coding template blog ni.. hehe (thank you sebab faham Anies...)

Apa pun, inilah dia wajah sebelum dan selepas untuk blog Anies...


[ SEBELUM ]



[ SELEPAS ]
(template responsive yang berwarna di edit menjadi putih bersih untuk Anies)

Untuk lihat secara live boleh singgah ke blog Anies di >> http://aniesandyou.blogspot.my/


Berminat untuk makeover blog? Jika ya, hubungi sis dengan segera kerana diskaun RM5 akan sis berikan untuk tempahan sepanjang Feb / 2017
Baca Sepenuhnya

19 Feb 2017

Hadiah Untuk 3 Pemenang GA

Seperti yang telah di janjikan, ini adalah hadiah untuk 3 pemenang bagi GA Ini Blog Siapa?.
Hadiah untuk 3 pemenang ini adalah berupa Watermark + Cursor.

Sis buat design ni mengikut penampilan blog masing-masing dan harap design ni dapat di terima dengan baik, Inshaa Allah...


#1
SFRNFZL
http://realsviors.blogspot.my


_______________________________________________

#2
PRESENT IS GIFT
https://presntisgift.blogspot.my


__________________________________________________

#3
FRRNXH'S
https://frrnxh.blogspot.my
_____________________________

Saat ini sis telah pun menerima bayaran daripada pelanggan yang ke tiga (selepas Miss Banu dan Faiq). Nak tahu siapakah blogger tersebut dan bagaimanakah rupa design yang sis akan siapkan untuk beliau? Nantikan di entry seterusnya.... :D


Bagi pemenang hadiah utama yang berupa template blog masih dalam proses perbincangan dengan empunya blog lagi.


Baca Sepenuhnya

Resepi Tteokbokki Versi Sis Hawa


Kuih Beras (Tteok) paling sedap kalau buat dengan beras sebenarnya. Bukan beras kita tapi beras yang untuk masak sushi tu. Kat rumah ni masih ada stok beras sushi (sebab suka buat makanan jepun dan korea) tapi hari ni di sebabkan tetiba datang teringin nak makan Tteokbokki so buat cara paling mudah je la. Kalau nak buat guna beras lambat okay, beras nak kena rendam semalaman dulu.. pastu kisar, pastu tapis, pastu kukus... bla bla bla.. lambat!! huhu... tapi memang puashati lah kalau guna beras sebab lembuttt dan kenyal. Sekali makan memang gerenti payah nak berhenti.

Dan cara untuk masak Tteok ni ada banyak versi sebenarnya. Ada yang bentukkan tepung menjadi doh dulu baru di kukus dan juga yang kukus tepung dulu (macam masak tepung talam kemudian baru di bentukkan menjadi doh. Apapun versi yang di gunakan tak kisah, janji jadi!! 

Ini pula versi Sis Hawa (akulah tue...hehe)

Tteok (Kuih Beras)
250 garam tepung beras
1 sudu kecil garam
1 cawan air
Sedikit minyak sayur (takde minyak sayur pakai je minyak masak)


1. Masukkan tepung beras ke dalam satu bekas yang agak besar.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga adunan betul-betul lembut dan tidak lagi melekat di bekas. Tercair sikit takpe janji masih boleh untuk di bentuk.
3. Bentukkan adunan menjadi bentuk panjang lurus (size jangan besar sangat) dan terus masukkan ke dalam periuk pengukus.
4. Kukus sehingga adunan betul-betul masak dan potong mengikut size yang di sukai. (nak tahu masak ke tidak, potong tteok tu, kalau dalamnya masih ada putih tepung itu tandanya belum masak... sama juga cara macam kita check spagetti). Kalau malas nak tunggu lama sangat, rebus tteok yang telah di potong hingga betul-betul masak.
5. Masukkan sedikit minyak ke dalam tteok yang telah siap dan gaul rata (supaya tidak melekat)



SOS
7 biji cili kering (rebus dulu hingga kembang) *
3 biji cili padi (jika suka pedas)
2 ulas bawang putih *
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar sos cili (sis guna jenama Kimball)
1 sudu besar kicap manis
1 kiub stok ayam / ikan bilis
secubit garam
1/4 cawan air
3 sudu besar air tepung jagung


1. Blander cili kering bersama bawang putih.
2. Tumis hingga naik bau dan masukkan bahan lain satu persatu (kecuali air tepung jagung).
3. Gaul perlahan-lahan hingga betul-betul mendidih dan boleh lah di masukkan air tepung jagung.
4. Kacau sehingga kuah bertukar menjadi agak pekat dan terus masukkan tteok ke dalam kuah. Kacau lagi sehingga tteok dan kuah betul-betul sebati, kena rajin kacau ya sebab tteok mudah melekat di kuali, kuah perlahan-lahan akan menjadi pekat dan kering kerana di resap oleh tteok.
5. Angkat dan hiaskan dengan bijan atau daun bawang.

Ohya, resepi ni sebenarnya boleh di olah lagi. Kalau suka boleh letak ayam, daging, sayur, seafood, cendawan, fishball, chicken ball dan lain-lain lah. Cuma sis ni lebih suka makan yang original version..

Resepi ni mungkin tidak seperti rasa di Korea 100% tapi Inshaa Allah separuh dari rasanya tu gerenti ada. Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk berada di bumi Korea, at least dapat juga 'merasa' makanan dari sana tanpa perlu keluar belanja yang banyak.

Selamat mencuba ya,...


Makanan dari Korea lebih sihat kerana banyak menggunakan konsep kukus dan bakar dalam penyediaan makanan. Kalau ada masa nanti sis share resepi makanan Korea yang lain pula...

Baca Sepenuhnya