Cactus Collection

09:49


Nama kaktus (cactus) berasal dari perkataan Yunani iaitu 'KAKTOS' yang bermaksud tanaman berduri. 

Jika merujuk pada pakar sejarah, kaktus telah tumbuh sekitar 100 juta tahun dahulu dan sehingga masih ada sehingga ke hari ini dalam pelbagai bentuk dan warna.

Sekali lihat memang tiada apa pun yang istimewa tentang kaktus ni kan... Dah macam pokok terbuang pun ada... yelah dah lah dia hidup di padang pasir yang kering, panas dan kurang penghuni... pastu fizikal pula brutal habis dengan duri yang besar, panjang dan tajam. Tapi! kita kena ingat balik yang kaktus pun ciptaan Allah dan apa yang Allah cipta pasti ada keistimewaannya.




Keistimewaan utama kaktus ialah ia mempunyai akar yang sangat panjang dan dapat menyerap air dari dalam tanah pasir yang dalam. Air tersebut tersimpan di dalam batangnya. Fizikalnya yang berduri telah mengurangkan proses penguapan maka air tersebut dapat tersimpan dalam jangka masa yang sangat-sangat lama.

Keistimewaan lain ialah pada bahagian dalam batangnya yang boleh di makan dan di jadikan ubat sapu untuk gatal-gatal, luka dan gigitan serangga. Di negara kita spesis keluarga kaktus yang paling kita suka guna untuk tujuan ini ialah aloevera (lidah buaya).

Dan..... walau batangnya menggerunkan tapi bunganya, mak ai.... cantikkk giler!!

                           
Tengok ni lawa kan? Pelbagai bentuk pelbagai warna. Subhanallah, betapa uniknya ciptaan Allah.

Dan part yang paling best, aku nak sharekan image PNG pokok mini kaktus yang boleh kita gunapakai bersama-sama. Boleh edit guna imaginasi sendiri dan kalau nak "sis lihat hasil karya awak dari image-image ni, sila tinggalkan link awak di bahagian komen ye"...







[Cara simpan image: Halakan cursor ke atas gambar >> Right Click >> Save Image As >> Save]

You Might Also Like

2 comments