ALLAH jawab pertanyaan aku?

12:53

Image result for allah answer my call

Aku benar-benar happy... happy yang teramat sangat hari nie. Subhanallah, ALLAH SWT
telah datang untuk insan sekecil aku. ALLAH SWT datang menjawab panggilan aku untuk buatkan hati aku tenang dan lenang. Alhamdulillah, subhanallah!!

Nak tahu apa yang aku alami?
Meh sini aku story dari awal sampai habis...

Sebenarnya hati aku tak tenang sejak beberapa minggu lalu sebab ada masalah.
Aku tahu DIA lah segalanya tapi aku benar-benar rasa malu untuk mengadu dan meminta-minta sebab aku rasa dah banyak sangat nikmat yang DIA dah bagi kat aku. Setiap kali ketika solat aku cuba untuk meminta pada DIA tapi mulut aku betul-betul terkunci rapat. Betul-betul terkunci sampai aku jadi menggeletar. Daripada mengadu aku hanya boleh berkata..... "Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu kerana aku amat yakin padaMu. Aku benar-benar yakin pada Mu Ya Allah."

Hal ini berterusan sampailah aku menerima jawapan dari Allah  SWT. Ya! Allah telah jawab apa yang terbelenggu di hati aku... Bagaimana Allah jawab?

DIA menjawab melalui youtube. Aku memang selalu buka youtube ceramah ustaz setiap pagi melalui smart TV. Sambil memasak sarapan telinga aku dengar suara ustaz dari TV. Selalunya aku dengar celoteh Ustaz Lah (UAK), Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Azhar Idrus tapi kali ni entah kenapa aku tertekan channel di bawah ni dari Ustaz Don. Video ni pun dah bertahun-tahun...


Walau celoteh Ustaz Don ni panjangnya hampir 2jam tapi Allah telah dapat melapangkan hati aku pada minit yang ke 24.

Allah bertanya pada Nabi Musa a.s, "Hai Musa, tanganmu pegang tongkat, tongkat tu nak buat apa?"
-kenapa Allah SWT brtanya sedemikian sedangkan DIA pasti sudah tahu jawapannya?

Dan Nabi Musa as menjawab dengan begitu terperinci....
"Ya Allah ini tongkat, aku guna untuk halau ternakan aku dan untuk aku rehat atas dia." Itu jawapan Nabi Musa walau hakikatnya Nabi Musa tahu Allah SWT pasti sudah tahu segalanya melebihi dia.


Kenapa?

Saat ini aku tersentak. Aku bayangkan anakku ada masalah dan aku terlebih dulu tahu tentang masalah itu, apakah aku suka dia diam atau aku lebih suka dia bercerita pada aku (walau hakikatnya aku sudah tahu)

Maka, aku sudah dapat apa yang aku musykilkan. Aku tak perlu rasa malu atau rendah diri untukmengadu, Mengadu apa saja tanpa malu seperti berkongsi rahsia dengan sahabat baik.

Alhamdulillah.... kini aku dapat solat dengan lebih tenang dan gembira. Tak sabar pula rasanya nak solat dan bercerita apa yang ku rasa dengan DIA. DIA Yang Maha Mendengar, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Cinta pada manusia boleh hilang tapi cinta antara kita dan DIA boleh kekal sampai bila-bila.

Dan yang paling penting, aku gembira kerana DIA telah menjawab segala kemusyikilanku. Ameen.

** Awak pernah hadapi apa yng saya alami? Jika Ya, sharelah sekali ya..**

Mengadu pada manusia, manusia akan bosan. Mengadulah pada Allah SWT kerana DIA tidak akan sesekali berpaling meninggalkan kita.

You Might Also Like

2 comments