Resepi Kuih Lapis

11:45


Siapa sini suka makan kuih lapis, angkat tangan..... hehe... suka ke? Sis pun suka.. tambah-tambah kuih lapis yang lembut apabila masuk ke mulut. Oh sedapnya. Manis manis lemak lemak... nak lagi best bila makan kuih ni dapat tarik selapis demi selapis. Oh my god! :D

Di sebabkan dah lama sangat tak makan kuih lapis ni, kelmarin sis rajinkan diri untuk buat sebagai menu minum petang dengan family, jadi alang-alang dah buat sis snap gambarnya sekali untuk share resepinya kat sini dengan awak. Don't worry resepi ni cukup mudah dan senang. Kalau rajin buat gerenti jadi.

Apabila bercakap tentang kuih melayu memang ada bermacam-macam versi walau tengah bercerita tentang kuih yang sama. Ada yang letak tepung ini, ada yang tak letak pun. Ada yang letak bahan itu, ada yang tak letak pun. Tapi, hakikatnya dari segi rasa, tekstur dan rupa.. lebih kurang je pun. Disebabkan itu sis lebih suka beri keutamaan pada resepi yang lebih mudah ringkas dan cepat. Yang paling penting ianya sedap untuk di makan...

Bahan-bahan untuk memasak kuih lapis seperti di atas adalah....

Bahan A:
2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
4 Cawan Santan (1 kotak santan pekat di campur dengan 3 cawan air)
1 sudu besar Esen Vanila (sis tak suka bau tepung, so sis letak sikit bagi wangi)
1 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam

Bahan B: 
Beberapa pewarna yang di sukai

Cara-caranya:
1. Satukan ke semua bahan A dan kacau sehingga tiada lagi bintilan tepung.
2. Tapis bancuhan tadi dan bahagikan kepada dua ke tiga bahagian. Satu bahagian di biarkan, dan bahagian yang lain di campur dengan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
3. Panaskan periuk pengukus.
4. Sapu seluruh loyang dengan sedikit minyak dan masukkan loyang ke dalam kukusan.
5. Tuang 200ml adunan ke dalam loyang. Jika tidak pandai gunakan sukatan boleh je pakai senduk cuma kena pastikan yang seluruh permukaan tepung telah menutupi loyang. Tutup. Gunakan api yang kuat ya.
5. Selang 5 minit, masukkan adunan dari warna yang berlainan ke dalam loyang dan tutup semula.
6. Ulang langkah tersebut sehingga ke semua adunan tepung habis.

Setelah sejuk boleh lah di hidangkan............. selamat mencuba!!

Kuih melayu lama tetap mendapat tempat di hati


You Might Also Like

6 comments

  1. Saya kalau makan suka buka selapis demi selapis... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah... itulah kelebihan kuih lapis yang kuih lain takde

      Delete
    2. Hahaha... tapi sekarang banyak jumpa yang dah tak boleh nak pisahkan... melekat je... huhu

      Delete
    3. kena suruh org rumah buat sendiri jwbnya... syarat utama: mesti x melekat.. :D

      Delete
  2. kt kg sy ada nenek ni pakar buat kuih ni mn2 majlis kawen org tempah kat dia. kalu jumpa kuih yg dia buat, seloyang sy boleh hadap sorg heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek? hmmm... mmg sah-sah la otai... best kan kalau makan dr air tangan org lama. mesti sedap punya tu. orang kata rasa nya cukup serba serbi

      Delete