Wak Doyok Tak Lupa Mak Ayah !

18:04




















Sehari dua ni panas gambar tentang 'rumah baru' Wak Doyok. Terus aku teringat aksi Wak di samping Myo dalam rancangan Ke Jepun Ke Kita? Terus terang aku suka tengok Wak di TV. Bukan sebab misainya tu tau tapi sebab style dia yang selamba badak (kesian badak, tak pasal masuk dalam entry aku ni).


Aku sendiri tak sure macamana sejarah si Wak ni sampai boleh tersesat dalam bidang industri negara Malaysia ni.  Aku sedar-sedar je dia dah ada. Cuma apa yang aku boleh cakap, rezeki Allah ni luas dan siapa aku untuk cakap banyak. Lagipun Wak bukan kacau hidup aku pun... Jauh di sudut hati, aku mengaku yang Wak memang pandai berstylo supaya nampak lain daripada yang lain.

                                                       












Aku tertarik bercerita tentang Wak hari ni sebab aku respect dengan sikap Wak yang sanggup berkerja keras untuk memberi hadiah pada ibu dan ayahnya. Rumah lama yang di huni telah Wak tukarkan ke sebuah banglo untuk keselesaan ibu ayahnya. Terus terang aku respect bab ni sebabnya aku sendiri tak mampu nak hadiahkan ibu ayah aku sebuah banglo.. huhu..



Aku harap makin hari makin ramai lah orang yang akan menjejaki langkah Wak, bukan nya aku suruh hadiahkan banglo (dah cakap tadi aku pun tak mampu) cuma aku harap semua orang boleh prihatin pada ibu ayah sendiri masing-masing persis seperti apa yang Wak cuba tunjukkan.

Janganlah bila kecik kita di belai, tapi bila besar mereka kita abai.
Usahlah bila kecik kita di sayang, tapi bila besar mereka kita buang.
Biarlah dari kecik dan besar, kita menjadi anak yang sedar usul asal.


Anyway, all the best to Wak!!




You Might Also Like

10 comments

  1. huhuhu.. setiap orang mesti nak hadiahkan something untuk parents masing2.. apa-apa pun yang kita buat pastikan ianya dapat membanggakan parents kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorg tak minta yang lebih-lebih sebenarnya. Yang paling utama kita jadi anak yang baik.

      Delete
  2. Amik yang baik-baik.. tak semestinya buat sebiji macam wak Doyok nie tapi bahagiakan ibubapa ayah ikut kemampuan kita.. kan hawa kan..

    ReplyDelete
  3. Amik yang baik-baik.. tak semestinya buat sebiji macam wak Doyok nie tapi bahagiakan ibubapa ayah ikut kemampuan kita.. kan hawa kan..

    ReplyDelete
  4. tengah usahakan juga ni, nak membahagiakan mak ayah..sayang diorang sangat2 =)

    ReplyDelete
  5. Rasanya sebelum ni dia dah lama berkecimpung dalam industri fesyen dalam dan luar negara... cuma masa tu mungkin jambang dia tak penuh lagi sebab tu kita tak kenal... hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. dia tak lupa org tua.

    bgs org cmni. hrp kt mampu jd sptnya juga

    ReplyDelete
  7. Cantik rumahnye... Nak bg rumah cikna sndri xde rumah so cikna bahagiakn parent dgn cara sndri... Bnyk cara nk bahagiakn parentkn so ikut kemampuan k...;-)

    ReplyDelete
  8. Cantik rumahnye... Nak bg rumah cikna sndri xde rumah so cikna bahagiakn parent dgn cara sndri... Bnyk cara nk bahagiakn parentkn so ikut kemampuan k...;-)

    ReplyDelete
  9. cantik rumah wak doyok ni.. hehe
    salam kenal sis hawa.. done follow sini :)

    ReplyDelete