Aku Dapat Rezeki Lagi Untuk Hari Ini !

16:53

Hari ini aku dapat tempahan blog lagi. Kiranya ini adalah pelanggan yang ke 10! Wah.. dah 10 orang rupanya pelanggan aku. Sukanya.


Aku tak nak cerita siapakah gerangan pelanggan baru aku ni jadi aku hanya namakan dia sebagai Cik L saja dulu ya.

Seperti biasa sebelum beri sebut harga aku akan tanya dulu apa kehendak pelanggan. Minat design yang macamana? Nak blog warna apa? 

Kalau pelanggan cakap nak blog bunga-bunga contohnya, aku akan tanya pula nak bunga apa? Dan aku akan cuba dapatkan apa yang pelanggan nak. Sebagai contoh Liez yang memiliki blog Dearies Couple. Oleh kerana dia nak bunga tulip, maka aku pun carikan bunga tulip untuk header dia. Aku mengaku yang aku bukannya seorang expert jadi sudah semestinya aku tak dapat nak berikan sebuah design yang tepat 100% seperti apa yang di gambarkan pelanggan tapi at least aku telah mencuba sedaya upaya.

Selesai berbincang soal design, barulah aku akan berikan sebut harga. Sebut harga ni aku akan cakap berdasarkan apa yang di minta oleh pelanggan tadi. Jika aku rasakan permintaan pelanggan tu agak susah dan memakan masa yang agak lama untuk aku buat, maka agak tinggilah harga yang akan aku 'sebut'.

Hari ini setelah selesai berbincang soal design dengan Cik L, aku pun terus berikan sebut harga. Mesti dup dap habis hati Cik L tu kan? Hehe :D

Sebaik saja aku berikan sebut harga, inilah reaksi yang di berikan oleh Cik L pada aku.


Aku tak tau nak cakap apa. Aku punya sebut harga murah je tapi sampai RM50 Mrs L nak kasi kat aku. Of course aku tak akan menolak sebabnya kerja edit mengedit ni sebenarnya amat-amatlah susah. Cuma perangai aku ni, aku tak sampai hati nak letak harga yang tinggi melangit. Sebab tu apabila beri sebut harga aku hanya berikan harga yang aku rasakan cukup untuk bayar bil online dan letrik yang aku gunakan masa sedang edit blog tersebut saja. Upah untuk diri sendiri, nan hado! 

Tapi aku okay jer sebabnya aku percaya yang Allah swt tu Maha Pemurah jadi Dia pasti akan beri pada aku rezeki lain yang setimpal. Yang penting, hati aku puas tengok rakan-rakan blogger teruja dan gembira. 

Kiranya hari ini aku beroleh dua berita gembira berkaitan rezeki. Pertama dari LAZADA sebanyak RM300 dan ke dua adalah dari Mrs L. Terima kasih ya Allah kerana hantarkan mereka-mereka ini sebagai orang tengah untuk memberikan rezeki padaku sekeluarga.

Ameen 

Macamana rupa blog MrsL? Tungguuu.... 

You Might Also Like

23 comments

  1. Alhamdulillah.. Rezeki Awa tu...
    Tahniah Awa..

    ReplyDelete
  2. waaa tahniah. semoga rezeki semakin bertambah murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Leyla.. salam perkenalan :D

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki kak Awa...happy for you.tengok hasil kak awa sekarang makin melotup lotup cantinyaa haa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... akak pun happy jugak hehe. Akak buat apa yang akak rasa ok kalau Mai ckp melotup, pergh syoknya :D

      Delete
  4. Semoga rezeki awa terus terbuka luas...
    Congrats tau menang lazada ...
    Cheers

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis. Murah rezeki, seronoknyaa~ :)

    ReplyDelete
  6. tahniah sis awa... pelanggan ke-1o dah tue ...semoga maju jaya dalam bidang editing blog yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih CCL. Itulah tak sangka dah 10 rupanya

      Delete
  7. rezeki mencurah -curah gitu, tahniah sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Pemurah Banu :D Terima kasih

      Delete
  8. Wahh sis tak sabar nak tengok design mrs L huhu murah rezeki sis berdua In Shaa Allahy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun excited nak edit utk Mrs L. :D

      Delete
  9. Tahniah sis! yeah kalau nak ikutkan memang tak berbaloi kak kalau RM15 sahaja sebagai upah sebab kita jual idea kot hehehe. Tapi kalau akak buat sebagai minat itu terserah la kan. Alhamdulillah murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami pun selalu cakap macam tu tapi kak ni kan maisih baru jadi anggap je lah ini salah satu langkah untuk buat promosi.. hehe :D InshaaAllah murah rezeki

      Delete
  10. Alhamdulillah rezeki akak. Moga sentiasa murah rezekinya kak :)

    ReplyDelete
  11. Tahniah.
    Semoga sentiasa dilumayankan rezeki.

    ReplyDelete