6 Mar 2017

BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA !

image

Wow abang ben tengah cari blogger-blogger baru. Nak nak nak! Seriously terkesima dengan kebaikan abang ben, dalam hati bersyukur yang amat sebabnya masih ada blogger tahap otai yang sudi memandang pada blogger baru macam aku ni. Abang ben, tabik!!

Sebenarnya segmen ni sampai pukul 12tengah malam semalam (05 Mac 2017) tapi aku baru terbaca hal ni lepas subuh tadi so bermakna penyertaan aku lewat la ni. Walau tahu lewat tapi aku nak buat juga entry ni untuk kenal dengan Abang Ben dan blogger-blogger yang lain. Lain-lain maksud tersurat dan tersirat tak ada ya


4 PERKARA YANG DI TANYA OLEH ABANG BEN IALAH;

  • Kenapa anda jadi blogger ?
Saya jadi blogger sebab minat yang mendalam dalam penulisan.

  • Apa impian anda sebagai blogger ?
Saya mahu berkongsi minat, rasa, ilmu dan tips dengan mereka-mereka yang lain di luar sana.
Saya juga mahu di kenali sebagai seorang penulis blog yang berilmu.

  • Blogger yang anda minati ?
Ben Ashaari, Namee Roslan, Hasrul Hassan. Saya suka baca blog berkisarkan cerita peribadi dan ilmu dalam blogging. Blog anda bertiga cukup best kerana bahasa dan ayat yang di gunakan membuatkan saya rasa dekat. Saya suka jengah dan baca entry yang lama-lama (terutama kisah abang ben dan Namee sebagai Mr dan Mrs Mama (saya surirumah juga). Cerita yang disampaikan kadang-kadang buat saya tersengih sorang-sorang sebab kelakar tapi kadang-kadang ada juga buat saya berfikir. Disebalik tiap cerita turut terselit mesej.  sebab ada pelbagai kisah suka duka

  • Pesanan buat blogger blogger senior ! 
Alamak alapak la nak jawab ni. Macamana eh? Hmm... (garu kepala tempat tak gatal) "Saya harap blogger senior dapat menerima kewujudan blogger baru macam kami ni (Seperti yang di lakukan abang ben). Saya juga harap blogger senior dapat perturunkan pelbagai ilmu dalam dunia blogging dengan lebih banyak lagi (tamaknya saya). Seperkara lagi sudi sudikanlah jenjalan dan tinggalkan komen di blog kami. Walau hanya satu patah perkataan itu pun dah buat kami cukup happy dan bangga sebab blogger senior sudi singgah di teratak kami yang kecil dan daif ni (macam mohon simpati pun ada..hehe)

saya nak tulis lebih tapi ada kecemasan pula pagi ni jadi hanya inilah saja yang sempat saya berikan sebagai salam perkenalan.

terima kasih sekali lagi ya abang ben


update jam 2:26pm >> Datuk suami baru saja meninggal semalam selepas maghrib dan telah selamat di kebumikan pagi tadi. Alfatihah!!

Kongsikan

Artikel Berkaitan

BEN ASHAARI NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGER BARU SAJA !
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

8 comments

Tulis comments
avatar
6 March 2017 at 08:08

Sis, tak baik tipu tau... haha... gurau je, tengok sis macam dah lama pulak blogging ni... hehe... biar lambat kan, mana tau dia jengah gak ye tak...

Reply
avatar
6 March 2017 at 11:38

Selamat bersegmen sis hawa 😘😘

Reply
avatar
6 March 2017 at 12:37

ttak lepas syarat untuk join huhu

Reply
avatar
6 March 2017 at 16:37

hukhuk elsa pun tak sempat join jugak hmmm. salam takziah ye sis

Reply
avatar
7 March 2017 at 09:39

x lepas syarat utk sy join

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.