Full Edit Blog Untuk Nour Adieb

21:26

Alhamdulillah, rezeki datang lagi. Syukur ke hadarat Nya. Tempahan edit blog kali ni di request oleh Nour Adieb. 


Sebelum ni memang aku ada perasan yang Nour sering singgah baca entry dan tinggalkan komen cuma tak sangka yang Nour juga berhajat untuk dapatkan servis dari blog aku yang tak seberapa ni .. "terima kasih banyak-banyak ya Nour..." 

Bila di tanya blog macamana yang Nour nak? Katanya dia nak blog yang simple simple jer. Cuma kalau boleh dia mahu ada bunga-bunga di bahagian header. Itu saja. 

Bila di beri link untuk Nour memilih warna tema untuk blognya, Nour mengambil keputusan untuk memilih dua warna seperti di bawah ni. Bagi aku kombinasi dua warna ni memang baik sebabnya apabila di gabungkan dengan mana-mana warna kontra yang lain, automatik ia akan nampak semakin cantik dan menonjol.


Berbekalkan dua warna asas yang di pilih tadi, aku mula mengedit blog untuk Nour. Bermula dari header, footer, sidebar dan fly up button, aku matchingkan semuanya supaya nampak sedondon. Bahagian date, body post, komen dan footer post turut mengikut skema warna yang di pilih. Cuma aku buat keputusan drastik sikit dengan melekatkan sedikit elemen biru muda. Risau juga mula tu kalau Nour tak suka tapi aku terpaksa letak untuk naikkan seri warna di blog Nour. 

Selepas 24 jam bermain dengan kod, akhirnya tercantum juga menjadi satu. Sebaik saja selesai, aku terus emailkan pada Nour dan alhamdulillah... Nour sangat berpuashati... Syukur sangatttt sangatttt... fuhh.. lega.. Baru lah aku rasa boleh senyum balik sampai ke telinga.. haha..

 Jom kita tengok rupa blog Nour selepas di makeover

[ SEBELUM ]


[ SELEPAS ]



Bagi yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan edit blog macam Nour, boleh hubungi diri sis ni melalui facebook @ email. Jangan risau, harga yang akan sis kenakan teramatlah murah dan berpatutan. Untuk tempahan sepanjang bulan Mac, diskaun RM5 akan turut sis berikan....

Jom kita singgah blog Nour ramai-ramai.... https://nourayuadieb.blogspot.my

You Might Also Like

18 comments

  1. Wah rezeki lagi, memang terbaik sis... bukan mudah nak design blog ni, sbb setiap design nak kena berbeza dari design sebelumnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mesti kena beza... itu syarat paling utama. Kalau ada minat yang susah pun rasa senang, sama juga ngan tuan dlm bidang kimia dan nuklear tu.. hehe

      Delete
  2. Dah cekap main coding blog ni .. kalau CCL ..tercari haa nak edit sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata expert sangat2 tu takde la. boleh lah sikit2 CCL.

      Delete
  3. wah mmg cantik lah blog yang design utk Nour..Suka tgk warna tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... sis pun suka gak warna purple

      Delete
  4. Waaa...
    Pandai tuan rumah ni edit blog...apa2 pun pakwi blogjogging je nk sihatkn minda n badan...moga tuan rumah sihat juga ya...lama tak jogging ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berjongging pakwi!! :D saya doakan pakwi sentiasa sihat juga

      Delete
  5. Suka juga gabungan warna tu, dulu terfikir nak guna purple untuk blog,last2 terlekat dengan peach,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. peach gabung ngan purple lagi lawa mai..

      Delete
    2. Hehehe tak pernah terfikir pula kan. Macam menarik ni.

      Delete
    3. lawa.. lagipun selalunya org pakai pink purple je, so kalau mai pakai peach purple memang nampak lain dr yg lain..

      Delete
  6. alhamdulillah rezeki :) warna fevret busyra tuuuu. purple! cntik. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la rezeki... sis pun suka gak purple.. comey comey

      Delete
  7. terima kasih sis 😍 terima kasih sebab penuhi permintaan sy 😉 header nak bunga2 tu kononnya nak tunjuk girlish 😂

    ReplyDelete