8 Mar 2017

Mesej Peribadi Usop Mentor Untuk Para Supporters

Jam 1.50petang tadi aku dapat mesej sekali lagi dari Usop. Tak sangka rupanya Usop benar-benar kotakan janji untuk beritahu perkembangan terbarunya untuk seorang blogger seperti aku ni.

Kata Usop dia amat bersyukur kepada Allah swt kerana masih ada yang sudi menyokongnya walau ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan bakatnya. Kata Usop lagi, dia sama sekali tak ambil hati dan anggap itu semua adalah permulaan untuk berjaya dalam cariernya.

Usop turut meminta aku untuk menyampaikan mesej ini khas untuk semua supporters (termasuk geng-geng blogger)


Sekarang para peminat Usop semakin bertambah sehinggakan laman media Youtube semakin bercambah dengan video terbaru berkaitan diri Usop. Rata-rata semuanya memberi sokongan terhadap Usop sehinggakan ada video yang di muat naik khas untuk meluahkan rasa tidak puas hati pada salah seorang juri awam yang di katakan berat sebelah semasa Usop membuat persembahan.

Usop sendiri rasa terkejut kerana tidak menyangka sehingga ke tahap ini sokongan yang di berikan padanya. Bagi Usop berada di tahap sekarang sudah melebihi dari apa yang dijangkakan dan ini semua adalah rezeki dari Tuhan untuknya yang perlu sentiasa di syukuri.
Tu dia berdebar habis Usop masa tengah memilih lagu. Hazama pun bukan main serius nampak! Lagu apa lah agaknya yang akan di dendangkan hujung minggu kan? Sama-sama kita nantikan.

Usop amat berharap agar semua penyokongnya dapat menerima apa saja keputusan dengan hati yang tenang. Usahlah di pertikaikan mana-mana juri yang ada dalam Mentor kerana kita semua berhak untuk menghormati mereka. Ye lah kalah menang adalah adat dalam sesebuah pertandingan.

Walaubagaimanapun Usop berjanji akan cuba buat yang terbaik dan segala keputusan Usop serahkan pada yang berhak.

Jadi, aku selaku seorang blogger yang tolong menyampaikan pesanan dari Usop, memohon sekali lagi agar kita dapat mendoakan kejayaan Usop dan sama-samalah kita mengikuti perkembangan perjalanan 'kisah carier' Usop ini dengan cara yang terbaik. Ameen..

Jangan lupa yang semua rezeki datangnya dari Allah swt

JIKA ADA APA-APA YANG HENDAK DI SAMPAIKAN PADA USOP, KOMEN DI BAWAH... INSHAALLAH USOP AKAN BACA ARTIKEL INI NANTI

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Mesej Peribadi Usop Mentor Untuk Para Supporters
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

9 comments

Tulis comments
avatar
8 March 2017 at 19:06

Terbaik sis... keep in touch dengan dia ya... Semoga dia menang....

Reply
avatar
8 March 2017 at 19:32

Baguslah.. semoga Usop berjaya..

Reply
avatar
8 March 2017 at 21:28

kirim salam ngan usop..hihi..

Reply
avatar
8 March 2017 at 21:34

Tak payah kirim, InshaaAllah nanti Usop sendiri akan datang sini baca dan jawab salam Anum :D

Reply
avatar
8 March 2017 at 21:35

BAIK! Sama-sama kita doakan ya

Reply
avatar
8 March 2017 at 21:35

minat usop juga rupanya terima kasih

Reply
avatar
11 March 2017 at 22:07

sokong Usop juga, yg penting sy x blh lupa part dia dikir barat tu.

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.