Nuffnang Tak Pandang Aku

18:26

Sedih aku tau. Sedih sangat-sangat sebabnya aku sama sekali tak dapat income Nuffnang. Bila buka asyik 0.00 seolah-olah aku ni sama sekali tak wujud di hati Nuffnang. Aku pernah email pihak Nuffnang dan katanya kena tunggu 7 Hari (seminggu) untuk dapatkan status glitterati. Sejak itu boleh dikatakan hari-hari aku buka akaun Nuffnang untuk check tapi sayangnya permintaan aku belum juga kunjung tiba.

Terasa nak give up dengan Nuffnang sebabnya orang lain macam mudah je dapat perhatian Nuffnang tapi tidak bagi aku. Aku daftar sejak 15 Jan 2017 dan sampai kini dah masuk bulan Mac belum juga berjaya menembusi perisai Nuffnang, aduh sedih betul. Si nuffnang ni pilih kasih ke apa? Tapi pemikiran buruk tu aku terus buang jauh-jauh dengan cepat. Aku tanya semula pada diri aku ni, adakah aku menulis blog semata-mata untuk Nuffnang? Malunya aku pada diri sendiri.

Sejak itu aku sama sekali tidak terus mengganggu pihak Nuffnang. Bagi aku Nuffnang tak salah apa-apa, yang kurangnya adalah pada pihak aku sendiri. Jika pihak Nuffnang minta masa seminggu tapi lepas seminggu mereka belum juga beri apa yang aku mahu ini bermakna mesti ada sesuatu yang tidak kena pada blog aku ni. Aku cuba itu dan ini untuk perbaiki blog supaya Nuffnang tertarik hati untuk menoleh ke arah aku.

Akhirnya, hari ini dalam sejarah, 06 Mac 2017 menjadi saksi apabila akaun Nuffnang ku mula berisi. Nampaknya Allah swt sengaja memilih hari ini untuk memberi sedikit cahaya kegembiraan selepas datuk suamiku pergi menghadapNya semalam. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Walau baru ada 0.25 tapi itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum kerana ia sudah boleh membuktikan yang pihak Nuffnang sudah mula menoleh untuk memandang aku di sini. Terima kasih juga aku ucapkan pada team kerja Nuffnang.


Iklan pertama yang berjaya singgah ke dalam akuan ku ini adalah dari pihak Mamee Double-Decker untuk produk terbaru mereka iaitu Mamee Monster Biskid. Dari apa yang aku lihat biskut ni memang nampak sedap dan menarik. Di tambah lagi dengan bentuk biskutnya yang ada melambangkan rupa monster tampak lain daripada yang lain.

Bila aku tunjuk pada anak-anak gambar biskid mereka terus sebut 'tu biskut Agen Ali'. Hah? Agen Ali? Oooo rupa-rupanya ada iklan biskid bersama Agen Ali, patutlah anak-anak aku panggil biskut Agen Ali. Hahaha. Nampaknya nak kena cepat-cepat beli dan rasa ni.

Apapun aku pasti setiap kejadian itu ada hikmahnya dan aku amat bersyukur atas apa yang telah Allah berikan dan pinjamkan pada aku selama aku hidup di atas muka bumi Nya ini. Ameen


 Misi terbaru Agen Ali kini di bawakan oleh Mamee Monster Biskid. Jom dapatkannya di pasaran!
Jangan mudah putus asa dan sentiasa cuba perbaiki diri dari masa ke semasa
                                           

You Might Also Like

19 comments

  1. lepas ni boleh try untuk CPUV lak . hehe CPUV lagi masyukk. :)

    teruskan update blog dan tingkat kan traffic ,nanti nuffnang mesti masuk bnyak . hehe

    lepas tu boleh try adsense . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas tips ni. Sis akan ikut cakap Ubai... :D

      Delete
  2. Ana pun tak dpt mcm tu lagi. Hehe

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah .. lama-lama nuffnang akan jenguk jugak blog ni ..

    ReplyDelete
  4. haaa , okay lah tu .nnti insya allah akan berterusan masuk . hehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah.
    Belog saya nuffnang dah lama beku

    ReplyDelete
  6. Tahniah kakk. Waaaaa bestnya. Macam mana nak dapat status glitterati tu?

    ReplyDelete
  7. Lagi satu tips, rajin-rajin update survey dia dalam manage blog tu sis... lagi satu dah lama nuffnang tak ada iklan sejak hujung tahun lepas kot... berpatutan lah baru lukus sebab iklan Mamee tu baru je masuk setelah sekian lama AroiMakMak tu...

    ReplyDelete
  8. chaiyok2 sis :D sama-sama kita usahakan hihi

    ReplyDelete
  9. Nuffnang ni mmg ambik masa sikit utk cash out, yg penting kena sabar jer dgn nuffnang ni :)

    ReplyDelete
  10. elsa punya lagi lah langsung tak bergerak dah sebulan rasanya. masih lagi RM17.25 hmm apa yang tak kena pun tak tahu lah. rasa nak give up nak buang je iklan nuffnang dalam blog :'(

    ReplyDelete
  11. sama la dgn busyra. nuffnng tak bnyk masuk.. huhu. sedih betul

    ReplyDelete
  12. Memang lambat nuffnang ni kak awa.. hihihi. Biskut tu mmg fav mai n anak buah, perisa paling sedap yang seaweed.

    ReplyDelete
  13. Syukur dah ada income nuffnang....

    ReplyDelete
  14. dah lama nuffnang sy x gerak

    ReplyDelete
  15. Ok lah dah ada tu.. biarpun sikit tapi ia boleh beri impak besar kepada motivasi nak berblog.. kan?

    Syukur. Semoga rezeki awak bertambah2 :)

    ReplyDelete
  16. taniah sis .. sekarang memang jarang ada iklan nuffnang ni

    ReplyDelete