14 Mar 2017

Kenapa Suami Alahan Ketika Isteri Hamil

Isteri Mengandung Tapi Suami Yang Alah. Percaya atau tidak itu lah yang sering berlaku setiap kali aku di sahkan hamil. 

Sepanjang mengandung lima orang anak alhamdulillah aku tak ada mengalami morning sickness yang teruk. Kalau ada pun sekejap saja masa bulan pertama pastu dah terus okay dan mula selera nak makan itu dan ini. Berat masa mengandung juga bertambah dengan cepat dan terus meningkat sehingga tiba hari untuk melahirkan.

Tapi berbeza pula dengan keadaan suami aku. Aku mengandung dia yang muntah-muntah. Aku mengandung dia yang akan cari asam-asam. Aku mengandung dia yang akan terpaksa cuti sakit sebab demam teruk. Malah sepanjang aku mengandung selera makannya juga kelihatan agak menurun.

Aku ni selamba jer. Asam sama sekali aku tak sentuh sebaliknya aku lebih suka makan aiskrim ketika mengandung. Aiskrim vs asam, of course aiskrim lagi sedap. :D

Sebab tu setiap kali aku mengandung aku sama sekali tak boleh nak buat suprise pada suami. Sebaliknya dia yang akan suprise kan aku. Ye lah macamana nak buat suprise kalau dah dia dulu yang dapat kesan tanda-tanda awal tu? Kerana itulah juga aku terpaksa membeli alat pregnancy test lebih awal dan simpan dalam laci di rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau suami beritahu dia rasa pelik semacam, aku akan check dan jika benar mengandung Alhamdulillah, kami akan celebrate berita gembira tu dengan anak-anak yang lain tapi jika aku check bukan mengandung bermakna suami aku tersalah makan lah tu. Kalau lambat period pun aku akan check, bukannya apa aku takut kalau tersalah makan sampai boleh effect baby.

Masih aku ingat lagi saat ngandung anak sulung, kesian betul kat suami. Dah macam orang mabuk. Kejap-kejap pening, kejap-kejap muntah sampaikan nak makan apa satu pun dia tak lalu. Stok asam dan jeruk memang berlambak kat rumah time aku mengandung tapi itu lah, bukan aku yang makan tapi dia (suami).

Aku pernah cari info tentang perkara ni dan baru lah aku tahu yang perkara sebegini di panggil sebagai Couvade Syndrom.

Couvade Syndrom akan berlaku dengan sendirinya ke atas tubuh sang suami saat isterinya hamil. Sindrom ini terjadi di sebabkan rasa stress yang amat kuat di dalam tubuh suami. Stress ini muncul kerana suami terlalu risau yang amat sangat akan keselamatan isteri dan cahayamata barunya. Akibat rasa stress tadi, tubuh suami akan mula mengeluarkan zat kimia yang akan menyebabkan dirinya berasa terlalu amat simpati dengan keadaan si isteri. Ketika ini tubuh suami akan mula mengalami simptom sama seperti seorang wanita yang sedang hamil. Simptom ini tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya setelah suami mula rasa tenang semula nanti. Namun tidak di nafikan ada suami yang terpaksa menghadapi simptom ini sepanjang isterinya mengandung dan semuanya kembali normal hanya setelah isterinya selamat melahirkan.

Macamana? Apa pendapat awak tentang Couvade Syndrom ni?

Rasanya ini adalah satu ujian nyata dari Allah swt supaya suami dan isteri itu saling sayang menyayangi dan susah senang bersama-sama demi sebuah kelahiran.




Kongsikan

Artikel Berkaitan

Kenapa Suami Alahan Ketika Isteri Hamil
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

14 comments

Tulis comments
avatar
14 March 2017 at 15:04

tapi saat melahirkan tetap sis juga yang kena hadapi. Haha

Reply
avatar
14 March 2017 at 15:23

seronok kalau takde alahan..
senang nak makan and buat kerja..
semoga terus dipermudahkan urusan
btw jemput singgah tempat saya =)

Reply
avatar
14 March 2017 at 15:29

Wah baru tau sebab apa... rupanya suami risau sangat... alhamdulillah dikurniakan suami begitu... npe saya tak alah, takkan tak risau kot...

Reply
avatar
14 March 2017 at 15:35

terima kasih sudi datang sini, nanti sis singgah ya :D

Reply
avatar
14 March 2017 at 15:37

tak alah tak bermakna tak risau. Tapi kan, nak tau juga dari sudut seorang suami, masa isteri hamil dan bersalin tu, risau tahap mana ya? Buat lah satu entry kat blog tu tajuk ni.. sis teringin nak tau dari sudut seorang suami :D

Reply
avatar
14 March 2017 at 16:05

ohh couvade symptom..baru fae tau eheh

Reply
avatar
14 March 2017 at 21:32

Umi pulak kena evening sickness utk semua kehamilan dan nasib baik la dhubby tak kena couvade symptom tu walau dia punya kerisauan tu buat kita risau..hehe

Reply
avatar
15 March 2017 at 09:13

untung la suami yang kena kan. hihi

Reply
avatar
16 March 2017 at 11:43

Jadi betullah tu ya. sebab time Mrs. A pregnant dulu yang 1st tu memang Mr. A yang alah tapi bila cerita kat kawan office ada setengah tu kata mengarut ajelah.

Reply
avatar
16 March 2017 at 16:56

sebelum ni tak tau di panggil apa kan

Reply
avatar
16 March 2017 at 16:57

oo evening.. lain drp yg lain ni.. selalunya kena morning :D

Reply
avatar
16 March 2017 at 16:57

tu la bagus juga bagi dia merasa

Reply
avatar
16 March 2017 at 16:58

biasalah MrsA. tak semua orang boleh terima apa yang kita cakap :D

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.