16 Mar 2017

Rak Buatan Sendiri Yang Praktikal

Siapa rajin lipat baju angkat tangan. Cepat-cepat angkat tangan! Sorry to say yang aku mungkin tak akan angkat tangan ni. Bukan kerana untuk apa nak angkat kalau u alls tak nampak tapi disebabkan daku ni memang lemah betul bab melipat baju. Dah lah banyak pastu lipat kejap je nanti mulalah bersepah balik bila anak-anak cari baju nak pakai.                                                                                                                                           Di sebabkan dah penat sangat, maka suami tolong carikan satu jalan . Kalau dulu pakaian di simpan dalam satu almari yang sama untuk jimatkan ruang tapi kini tidak lagi. 
Kali ini suami buat sebuah rak bagi mengantikan almari pakaian tersebut.

Actually di dalam rumah aku ni memang ada banyak barangan buatan sendiri kerana suami cukup suka bidang pertukangan dan ini adalah salah satu daripada hasil kerja tangan suami. Syukur jugalah sebab secara tidak langsung dapat jimatkan wang dari membeli terus dari kedai.          

Ini lah rupa rak yang di buat oleh suami. Rak ini aku gunakan untuk menyimpan pakaian harian anak no 3, 4 dan 5. Rak ni di perbuat daripada besi dan di pasang dengan menggunakan skru. Untuk bekas-bekasnya tu pula aku hanya beli dari pasaraya berhampiran. Aku pun tak pasti suami dapat idea untuk buat rak begini daripada mana cumanya yang aku tahu rak ni memang cukup membantu. 
Masa nak kemaskan baju pun jadi lebih senang. Aku lipat je terus masukkan ke dalam bekas mereka dan kalau aku tak sempat sangat-sangat untuk lipat semuanya, aku boleh terus letak je begitu saja dalam bekas masing-masing dan nanti bila ada masa terluang baru aku lipat semuanya supaya nampak lebih kemas.

Selain dari itu rak begini dapat jimatkan ruang bilik yang agak sempit. Ye lah kalau dulu aku perlukan sebuah almari yang cukup besar untuk tampung kesemuanya tapi sekarang tak lagi. Aku juga boleh asingkan dengan mudah semua baju mengikut bekas mereka masing-masing. Bagi aku rak begini amat pratikal dan boleh di gunakan untuk letak apa saja barangan keperluan yang lain seperti mainan dan buku. 

Bagi yang punya anak ramai dan tak tahu macamana nak letak pakaian harian anak-anak yang agak berlambak tu, boleh lah cuba kaedah ini mengikut kreativiti masing-masing.

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Rak Buatan Sendiri Yang Praktikal
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

10 comments

Tulis comments
avatar
16 March 2017 at 13:42

mak pun buat mcm ni kat adik2.. tpi tu la, penat lipat bila dorang ambil kain abis lipatan!!!

Reply
avatar
16 March 2017 at 13:53

tau takpe! itu yang kadang-kadang sis main masuk terus je dalam bekas tu. Bukan apa kadang tu naik malas sebabnya bila lipat nanti sepah juga. Hehe

Reply
avatar
16 March 2017 at 13:58

idea yg bagus ni Awa..kat rumah bilik anak bujang tu hadoiii bersepah dgn pakaian kat lantai..langsung tak letak dlm almari...fening fening

Reply
avatar
16 March 2017 at 14:09

sama la umi oi semua diaorang sepah atas lantai. Nama je ada almari langsung tak nak guna baik umi beli box mcm tu je at least kalau ada tetamu saat kecemasan umi boleh tutup terus box tu kiki

Reply
avatar
16 March 2017 at 14:15

Penatkan main lipat2 kain...lipat elok2 lepas tu bila kena ambil, abislah lipatan berterabur....sungguh buat senaman tangan la nampaknya.
Bagus juga idea ni, jimat ruang jimat duit .. buat sendirt dan praktikal.

Reply
avatar
16 March 2017 at 14:18

penat! penat sebab ada tukang sepah haha

Reply
avatar
16 March 2017 at 14:25

Tukang lipat sorang, tukang sepah ramai, tu yang tak jadi.

Reply
avatar
16 March 2017 at 16:12

JImat ruang.. banyak pulak tu ruang penyimpanan

Reply
avatar
17 March 2017 at 16:28

haaa senang ja buat mcm ni. hehe

Reply
avatar
24 March 2017 at 18:31

hahaha mak sy pun suka bwat mcm nie. masing2 ada bakul sendiri

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.