Tak Sangka Boleh Menang LAZADA Birthday Blogger Contest !

14:42

Cuba tengok mulut baby comel kat sebelah tu. Haa, macam tu la mulut aku tadi. Aku memang Tak Sangka Boleh Menang LAZADA Birthday Blogger Contest! 

Betul! Sampai sekarang aku masih rasa yang semuanya tak ubah macam mimpi. Betulkan pernyertaan aku INI dah menang? Macamana boleh menang?

Ya Allah syukur alhamdulillah sebabnya masa sumbit entry penyertaan hari itu aku memang tak pasang angan-angan langsung untuk menang. Apa yang aku tulis adalah lahir dari hati aku sendiri dan produk yang aku ketengahkan dari website Lazada hari tu adalah produk-produk yang memang aku berkenan sepenuh hati. 

Disebabkan penyertaan yang di hantar ke Lazada adalah lebih daripada 100 peserta maka pihak Lazada telah memilih 30 orang sebagai pemenang. Pemenang utama untuk pertandingan ini di menangi oleh Sha, pemilik kepada blog Nota Shalimar. Sha berjaya memenangi shopping voucher bernilai RM800. RM800 tu bukannya RM80, Ya Allah banyaknya, Cik Sha kita tu nak beli apa lah gamaknya ya? Hehe..

Manakala aku berserta dengan 11 rakan blogger yang lain berkongsi tempat sebagai pemenang ke dua dan hadiah kami merupakan shopping baucer bernilai RM300 untuk tiap seorang. 

Akhir sekali seramai 17 blogger di pilih untuk memenangi tempat ke tiga dengan hadiah berupa shopping baucer bernilai RM150 untuk tiap seorang. 

Apabila di jumlahkan ke semuanya, hadiah shopping baucer yang di berikan oleh LAZADA untuk para pemenang LAZADA Birthday Blogger Contest ini adalah sebanyak RM6670. Wow!! Banyak tu. 

Senarai Penuh Para Pemenang
Sis Hawa menang Lazada

Bila di amati senarai nama pemenang ni satu persatu aku perasan ada di kalangan rakan blogger aku yang tersenarai sebagai salah seorang pemenang. Antaranya Mai, Busyra, dan Syed, Aku boleh cam link blog mereka bertiga ni kerana mereka selalu luangkan masa singgah di blog aku ni untuk tinggalkan komen. 

Tahniah untuk semua pemenang dan bagi yang kurang bernasib baik jangan susah hati ya sebabnya macam yang aku cakap tadi, aku sendiri pun tak sangka boleh menang. Ini semua hanyalah kerana nasib.

Ohya, suka nak diingatkan yang LAZADA sedang anjurkan satu lagi contest untuk para blogger. Contest terbaru ni adalah sempena Big Baby Fair. Contest sudahpun berlangsung dan akan tamat pada 02 April 2017. Untuk dapatkan keterangan lanjut berserta syarat-syarat penyertaan sila klik DI SINI. Kali ini hadiah yang di tawarkan adalah sebanyak RM500 tiap seorang untuk 6 orang blogger bertuah.

Apa tunggu lagi jom la join sama-sama. Mana tau kali ni nasib menyebelahi awak pula. InshaaAllah.

You Might Also Like

21 comments

  1. Awaaaaa..... Jeli tau Liez tengok nama Awa naikkkkk.... Alhamdulillah...tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... nanti awa belanja makan 'jeli' dalam mimpi ye :D

      Delete
  2. Tahniah sis, banyak tue awak boleh shopping.. =)

    ReplyDelete
  3. Tahniah.. boleh soping sakan pasni.. :)

    ReplyDelete
  4. Steady lah sis. Tahniah ya.. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis awa.. tula nampak link blog tu dilah dah cam dah ni mesti sis.. hehe.. syok la nak shopping apa tu nanti?? Hehe..

    ************************
    Jemput join Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway dari blog www.ceriteraibu.com ya.. hadiah menarik menanti peserta yg bertuah..

    http://www.ceriteraibu.com/2017/03/fattah-anas-2nd-birthday-giveaway.html?m=1
    *************************

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah n Tahniah ... Kit tak menang kali nie ...

    ReplyDelete
  7. Okeh. Boleh buat give away. Hehehehe.. Tahniah

    ReplyDelete
  8. Tahniah..saya tak menang..hehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah! bolehlah shopping di Lazada ya...

    ReplyDelete
  10. Jom join baby fair contest pula...

    ReplyDelete
  11. Terbaik ahh. spot sebahagian kenalan blog yang dikenali pun sama berjaya eh. Tahniah ! Seronok la shopping sakan sis hehe

    ReplyDelete
  12. Tahniah awaa. Banyak jugak rm300 tu. 😊 boleh beli macam2

    ReplyDelete
  13. Terima kasih.,.,.tahniah juga hawa..kite pun xsgka..xcheck pun,,nasib Cik En tagging Sha kt fb...

    ReplyDelete
  14. Eh, kita menang sekali la dengan sis. tahniah

    ReplyDelete