10 Mar 2017

Tidak Mahu Pinggirkan Nuffnang

Semalam aku terbitkan satu artikel bertajuk "Cara untuk pikat Nuffnang" dan aku tertarik dengan komen daripada rakan blogger yang lain..

Image result for nuffnang bloggers malaysia"Napa nuffnang skrang ni tak de send ticket ye?" tanya Anum.

"Nuffnang sekarang macam tak nak baik dgn kita dah... iklan x der sangat huuu." luah Wani pula. 

seterusnya Jia Rizaira pula berkata, "Pernah guna khidmat Nuffnang masa blog lama. Cuma dalam masa bertahun2 lamanya baru dua kali cashout Nuffnang."

dan akhir sekali Mai meluahkan "Dah lama blogger tak cakap pasal nuffnang, depa dah pindah ke adsense dan innity skrg ni. tinggallah kita2 kak Awa, hehehe (drama sedih jap)."


Apa yang di katakan oleh semua rakan aku ni memang ada betulnya. Dunia blogger dulu dan sekarang sudah ada banyak perbezaan. Terus terang aku sendiri rasa terkejut semasa mula-mula kembali ke dunia blog ini beberapa bulan lepas. Bukan saja team blogger zaman aku dulu semuanya sudah hilang entah ke mana (tak aktif lagi) malah perkhidmatan iklan di blog juga sudah ada kelainan.

Kalau zaman aku berblogging buat pertama kali dulu (5-10 tahun lepas) boleh di katakan semua blog menggunakan perkhidmatan daripada Nuffnang. Sana sini bercerita tentang Nuffnang dan nama Nuffnang cukup gah! Nak dapatkan glitterati juga cukup senang. Hantar ticket pada pihak Nuffnang dan tidak lama selepas itu muncul lah bintang yang di tunggu-tunggu di dalam akaun Nuffnang.

Apabila cukup bulan masing-masing happy mengupdate status dan entry beritahu sudah cashout Nuffnang, ada yang dapat sehingga 4angka. Fuyooo... best weh sangat-sangat best. Secara tak langsung hubungan kami sesama blogger juga terasa cukup rapat dan happening. Satu demi satu tutorial di terbitkan untuk tatapan sesama blogger khusus untuk berkongsi info dan tips tentang Nuffnang.

Tapi sekarang nampaknya semua itu sudah semakin berubah. Rata-rata hanya meletakkan iklan Nuffnang di blog tapi selepas itu sama sekali tidak ambil peduli. Iklan Nuffnang kadang-kadang hanyalah seperti sebuah perhiasan di sidebar sahaja. Ada juga yang sama sekali tidak menggunakan khidmat Nuffnang kerana telah beralih kepada pihak pengiklanan yang lain terutamanya Addsense. 

Aku tak menyalahkan mereka kerana kerana itu juga adalah satu peluang. Tambahan pula Addsense menawarkan bayaran yang jauh lebih mahal daripada Nuffnang dan para blogger memang sudah lama menanam impian untuk mahu berkhidmat dengan Addsense untuk dapatkan bayaran lumayan tersebut. Dulu niat para blogger itu terhenti dek kerana Addsense tidak mahu menerima blog berbahasa melayu. Sekarang Addsenses sudah buka peluang, mula-mula mereka menerima blog dari bahasa Indonesia dan sekarang pula mereka sudah membuka tempat untuk blog berbahasa melayu. Mana mungkin para blogger mahu melepaskan peluang yang ada. 

Walau Nuffnang sudah lama dan khidmatnya semakin di lupakan namun aku happy sebab masih ada di antara para blogger yang mahu mengambil berat tentang Nuffnang. Masing-masing masih terus mahu mencuba untuk memikat hati Nuffnang. Bagi aku sendiri kenangan 'membesar bersama Nuffnang' tetap akan tersemat di dalam hati. Aku cukup suka apabila Nuffnang membenarkan semua blogger untuk berdaftar dengan cara yang cukup mudah dan cepat. 

Buat Nuffnang:
walau kalian sudah ada saingan namun jangan lah ingat yang semua blogger sudah melupakan kalian. Sesekali pandanglah pada blogger-blogger seperti kami ini yang terus ingin memikat hati kalian. Rajin-rajinkanlah tangan untuk lemparkan iklan-iklan terbaru di dada blog kami ini. Terima kasih

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Tidak Mahu Pinggirkan Nuffnang
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

13 comments

Tulis comments
avatar
10 March 2017 at 09:14

betul tu sis hehe sabar jelah :( dulu selalu dapat cpuv campaign . Skarang? hmmm cpc pun tak dapat. heheh mohla click iklan mellya pulak ye :P

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:05

Mungkin atas sebab nuffnang sekarang sangat lambat nak naik. atau punca orang yang tak tahunak tingkatkan. Saya pun masih tak mahir lagi pasal nuffnang :( baru dapat rm 1.00 tapi tak pelah..rezeki jugakan. Macam betullah kata siti. Jarang dah dengan orang sebut pasal cashout nufnang. maybe mereka lebih tertarik dengan adsense. tapi bukan semuanya akan dapat dengan mudah..

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:15

Betul tu sis, setakat ni saya dapat lah cashout dua kali... sebab kumpul-kumpul kan... ada juga hasilnya... hihi...

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:36

ya..betul tu....dulu selalu jer dapat income dari nuffnang...cepat pula tu tapi sekarang macam susah pulak income nuffnang nak masuk biarpun dah 1000 kali update servay nuffnang

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:51

itu lah.. setakat klik iklan takde masalah. nnti sis singgah isi tabung mellya

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:52

itulah pasal tapi kita jangan cepat mengalah!

Reply
avatar
10 March 2017 at 10:53

betul3x.. mungkin nuffnang rasa makin terpinggir sbab blogger semakin beralih arah kot

Reply
avatar
10 March 2017 at 14:36

Pihak nuff ada sebab-sebab tertentu kot .. cpc & cpuv nuff CCL untuk bulan mac ni pun belum kelihatan .huhu

Reply
avatar
10 March 2017 at 15:19

tu la kan. busyra masih setia dgn nuffnang jgk ni . walaupun ada adsense jgk.. hope nuffnang masih nmpak kewujudanku ini. hehehe

Reply
avatar
10 March 2017 at 18:43

Ya betullll, tepat sekali! Markah penuh untuk kak hawa. Muahciked! 😂😂😂👏👏👏

Reply
avatar
10 March 2017 at 20:23

samalah, masih setia dgn nufnang gak, lagipun nuffnang antara platform pengiklanan yang paling mudah dan cepat berbanding yang lain tapi kalau nak hasil dari nuffnang tu kena byk2 sabarlah kan hihi

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.