20 Mar 2017

Usop Sedih Persembahan Tak Menjadi

Tidak aku nafikan memang persembahan Usop kurang menyengat malam tadi. Rasa yang 'magic' tu takde. Memang betul apa yang di cakap oleh Dato Hattan, persembahan Usop malam tadi tidak segah persembahan minggu lepas.

Aku yakin supporters yang lain turut rasa apa yang aku sedang rasa. Memang kami sedih... sedih yang amat sangat sebab aura Usop jadi hambar minggu ini.

Jika penyokong rasa sedih, bagi Usop apa tah lagi. Aku dah agak Usop mesti rasa tak puashati dengan persembahannya sendiri malam tadi dan memang benarlah telahan aku tu. Sebaik saja selesai rancangan Mentor, Usop terus hubungi aku melalui inbox facebook dan menyatakan rasa bersalahnya yang teramat sangat kerana telah hampakan semua penyokong.


Kesian pula aku dengan Usop ni. Ada yang bagi kata-kata semangat dan tak kurang juga yang hina dan kutuk kerana tak puashati. Aku faham apa perasaan Usop sekarang ni. Bukan senang kalau diri tengah viral. Setiap minggu Usop menyanyi dengan membawa harapan yang cukup besar dan azam nya untuk berjaya amat-amatlah tinggi. Kalau aku berada di tempat Usop rasanya awal-awal lagi aku angkat bendera putih, hahaha :D

Ini antara maklumbalas yang aku rasakan cukup bagus dan ikhlas untuk Usop.


Walau ada yang kata yang bukan-bukan namun kebanyakanya masih lagi setia berdiri di belakang Usop. Ada saja nasihat yang di berikan dan semuanya inginkan Usop berjaya. Enjoy di atas pentas, jadi diri sendiri dan jangan terlalu stress, itulah harapan kami buat Usop. 

Kasi yang terbaik! Sehabis baik! Biar tak menang janji kami tahu yang Usop sudah cuba sehabis daya. Yang penting sikap loglaq tu kena ada.

"Ingat ya Usop, kami suka ang bukan sebab lain tapi kami suka sebab diri ang tu sendiri. Kami suka semangat ang yang tak reti nak putus asa masa audition dulu. Kami happy tengo loglaq ang yang tak di buat-buat. Jadi walau ang kena nyanyi atas pentas tu dengan lagu apa sekalipun, ang kena buat yang terbaik. Tunjuk yang ang dah cuba sehabis baik. Kalah menang takpa, itu semua adat bertanding."

Dan sebagai supporters semestinya aku dan yang lain-lain akan terus undi Usop. Biarlah susah bangun sama-sama sampai ke akhir dan kisah perjalanan Usop tetap akan kami kenang sampai bila-bila. Cuma, kalau dah glamour nanti janganlah lupakan kami ya Usop. 

Akhir kata, buat yang terbaik ya Usop dan jangan risau.... "kami semua maafkan Usop!" Jangan sedih-sedih, jangan stress-stress. Enjoy the show dan kami akan sentiasa beri undian untuk Usop selagi Usop tetap menjadi diri Usop itu sendiri :D

MASIH TAK TAHU CARA UNTUK UNDI USOP?? >> Klik SINI

#usopmentor #bakhg #blogsishawa

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Usop Sedih Persembahan Tak Menjadi
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

12 comments

Tulis comments
avatar
20 March 2017 at 10:08

Tahu pasal usop ni thru youtube...
Mrs pip tiada astro ...
Tp apapun, cheers ya usop..
Nextweek hope dpt lagu yg sesuai..

Reply
avatar
20 March 2017 at 10:10

bukan kat astro tapi kat TV3 MrsPip. Hari Ahad jam 9-11pm :D lepas ni boleh tengok ye. kita layan sama2 dalam rumah yg berbeza kiki

Reply
avatar
20 March 2017 at 12:41

Malam tadi akak missed persembahan Usop, nanti nak cari kat Youtube la

Reply
avatar
20 March 2017 at 14:18

Tak sempat nak nengok persembahan usop semalam huhuhu

Reply
avatar
20 March 2017 at 14:26

Mungkin usop getaq sikit kot sebab dya yang first untuk pembukaan mentor semalam kan .. apa pun usop dah buat yang terbaik tue ..bukan senang nak combine 3lagu dalam 1 masa .kira dah terhebat tue.apa pun CCL tetap support usop #TerbaikBaqHiangg

Reply
avatar
20 March 2017 at 16:17

Humblenya usop siap minta maaf lagi. It's okay, never give up okay. nanti dah top jangan lupa supporters tau. kekekeke.

Reply
avatar
20 March 2017 at 20:34

biasalah tu ada naik ada turun. bagus jugak mentor dia bagi lagu macamtu so semua orang tahu limit dia dekat mana. try and error is a process. yang penting xcepat mengalah. *thumbs up*

Reply
avatar
21 March 2017 at 12:30

gudluck usop...mrs anna tiap minggu kena paksa ank utk undi usop...hihiii

Reply
avatar
21 March 2017 at 12:59

terpikir2 unni sape ucup ni??? rupanya mentor..hihihihihi.. kat umah x da tv so mmng x follow rancangn tv

Reply
avatar
21 March 2017 at 21:18

Ummi tak sempat tengok semalam sebab sibuk dgn cerita adik beradik..tak per nnt boleh tgk kat youtube ke..

Reply
avatar
21 March 2017 at 22:31

x tertengok plak mentor ahad tu 😭 kalau x busy, tengok ulangan ja la jumaat ni

Reply
avatar
25 March 2017 at 17:47

Mek tk kenal usop sbb tk tgk mentor. Nmpk mcm ade story behind si usop ni.

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.