Aku Di Minta Untuk Lebih Bersungguh-Sungguh!

10:29

Kelmarin aku berkenalan dengan salah seorang penulis novel baru yang sedang meningkat naik, Mell Mariann namanya dan cukup mesra dengan panggilan Mell. Beliau menggunakan nama pena M.Mariann di dalam novel beliau.

Tiba-tiba terdetik di hati untuk bertanya cara-cara lanjut untuk menjadi seorang penulis novel. Mudah cakap untuk berjaya memiliki buku sendiri dengan bantuan pihak penerbitan. Syukur sangat-sangat sebabnya Mell cukup mesra dan tak kedekut ilmu langsung!

Yang buat aku makin terharu apabila Mell sendiri memberi kata semangat untuk aku memulakan langkah dan bertindak. Tidak cuba tak tahu katanya dan apa salah kiranya aku mencuba? Jika ada rezeki siapa yang akan gembira?

Apabila aku tanya bagaimana dia boleh terjebak dengan bidang penulisan ni, jawab Mell dia hanya mula dengan cara suka-suka dan dia jadi mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penerbitan adalah di sebabkan reaksi dan pendapat para pembaca itu sendiri. Terus aku terbayang komen rakan-rakan di blog ini tentang gaya penulisan aku selama ni. Terima kasih sahabat-sahabatku yang awesome.. I really luv u all.




Hai,... nampaknya aku kena mulakan langkah dengan bersungguh-sungguh ni.
Aku memang dah lama pasang angan untuk punya novel sendiri tapi sayangnya keyakinan diri tak tinggi. Tapi entah kenapa, sejak dua menjak ni macam ada semangat baru pula untuk lebih serius di dalam bidang penulisan. Betul juga cakap Mell dan yang lain-lain, apa salahnya mencuba? Tak berjaya tak apa tapi at least sudahpun bertindak. Kalau tak cuba nanti menyesal pula sebab tak berani kejar cita-cita sendiri.

Inilah dia novel di tulis oleh Mell... 


Sinopsis : PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara… “Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!” - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. “Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?” - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun… “Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!” - Hakim. “Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!” – Haryani “Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?” – Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! “Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak.” - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?

Goodluck M.Mariann dan terima kasih atas segala tips dan kata-kata semangat tu. Akan sis cuba sedaya upaya untuk realisasikan impian yang satu ini. Ameen..

You Might Also Like

10 comments

  1. Whoaaa kak mell. Mai pernah review novel ni dulu. Mmg terbaik. Hehe.

    Kak mell adalah antara kawan blogging mai dulu (tahun2012-+),proud with her.

    ReplyDelete
  2. meremang baca sinopsis ni...nanti nak cari la novel ni dan yg pasti mesti kena letak kotak tisu kat sebelah..
    utk Awa...semoga berjaya menjadi penulis novel pulak ya

    ReplyDelete
  3. hi sis.. betul ckp mell tu.. sis boleh try menulis novel or cerpen dan hantar ke publiser.. cara sis menulis mmg best.. mudah2an ada rezeki sis.. kalau dah glamer jgn lupa dilah ye.. hahaha

    ReplyDelete
  4. awa mmg berbakat untuk jadi penulis tau... Liez yakin awa boleh..setiap penulisan awa akan buat pembaca menjadi excited untuk baca lagi.. terutama Liez la...

    ReplyDelete
  5. Goodluck sis. Moga berjaya dalam bidang penulisan :D

    ReplyDelete
  6. good luck sis.nampak best novel mell tu

    ReplyDelete
  7. Hi awa..teruskan usaha awa.
    Awa ada bakat untuk jd penulis novel ni:))..
    Kita tunggu tulisan awa tau...
    Ramai rakan2 yg pasti akan support termasuklah mrs pip ok..
    Gudluck dear, n all the best.
    Cheers.

    ReplyDelete
  8. Good Luck Hawa..
    Tak cuba tak tahu..

    ReplyDelete
  9. Macam syok je baca sinopsis. Dah lama sangat sangat sangat tak layan novel cinta!

    ReplyDelete