Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Pandang Rendah Pada Bloglist

Selepas selesai menulis artikel bertajuk Ayam Brand™ Raikan 125 Tahun Sebagai Sebahagian Daripada Keluarga Malaysia tadi, aku pun cuba lah search untuk melihat apakah ada blogger lain yang menulis artikel dengan tajuk yang sama seperti aku. 


Apa yang membuatkan aku terkesima ialah,.. apabila aku terlihat ada beberapa buah blog yang cukup aku familiar turut muncul di dalam senarai carian. Nampaknya Google telah mengaitkan mereka dengan tajuk artikel yang sama. Terus terdetik di hati ni, eh eh diaorang tulis tajuk yang sama jugak ke?

Aku pun segera singgah di blog mereka untuk mencari artikel terbabit tetapi malangnya sama sekali tidak ada! 


Akhirnya aku perasan yang blog mereka turut muncul di carian google adalah di sebabkan oleh bloglist. Inilah dia kuasa bloglist.  Walau sama sekali tidak menulis artikel dengan tajuk terbabit tetapi secara tidak langsung telah terkena 'tempias' secara tidak di sengajakan. 
Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi untuk melekatkan blog aku ini di dalam senarai bloglist kalian. Bukan hanya sekadar melekatkan saja malah merekalah antara orang terawal yang datang meninggalkan komen setiap kali artikel baru di terbitkan.
Terima kasih sekali lagi sahabat-sahabat. Ada masa lapang, saya pasti akan singgah semula untuk membalas kunjungan :D

20 comments for "Jangan Pandang Rendah Pada Bloglist"

  1. Wow bagus jugak function bloglist ne ye

    ReplyDelete
  2. owh, baru tahu yang dalam bloglist pon akan disenaraikan jugak kalau kita search yea...

    ReplyDelete
  3. wowww, sy baru tau pasal ni sis Awa :'p terima kasih pada blogger semua yang selitkan blog sy dalam bloglist :D muahhh cikeddd

    ReplyDelete
  4. woww info yang menarik. selama ini saya tak tahu pun. ingatkan bloglist ni untuk mudahkan blogwalking je
    jemput singgah ye --> https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. Power tu bila ada dalam bloglist..

    ReplyDelete
  6. blog aida memang tiada bloglist.
    bukan utk tidak menghargai.
    aida da blogging lama la jugak.
    bila ada bloglist ni, terasa mcm kita pilih bulu plak :) hi hi hi...
    so aida just tempek top komntator. tu la blog aida akan terjah selalu.
    sebab diorang terjah aida kan.
    blogwalking aida is dari reading list.

    ReplyDelete
  7. xtau cara buat bloglist..huhu

    ReplyDelete
  8. baru tau ni. ehehehe. insyallah.. lepasni nak selidik bloglist. nak yg aktif aje.. Dari situ la baru senang nak bw nanti. ehehe. btw,terimakasih lg sekali kepada sis awa.

    ReplyDelete
  9. wahhh info baru ni..gee tak tahu pun sebelum ni..thank you awa!

    ReplyDelete
  10. bloglist memang bagus.. boleh traffik sikit2.. sebab tu kalau ada blogger buat segmen blogslist ekin join hihihihi kut2 boleh tersenarai

    ReplyDelete
  11. good info sis hawa ..saya pon baru tahu..terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  12. oo.. baru tau blog kita boleh appear juga dalam carian kalau ada dalam bloglist diorg.. good sharing sis aaawa...

    ReplyDelete
  13. Memg bagus sebenarnya bloglist nih kan

    ReplyDelete
  14. I see. No wonder lately bila sesrch, jadi gini juga. Pelik bila pergi blog mereka tapi tak ada. Okay baik. Faham sekarang. tq sis awa!

    ReplyDelete