Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kelebihan Perkenalkan Produk Melalui Blog

Image result for review produk LAZADA baru saja selesai umumkan pemenang untuk ke dua-dua contest mereka. Memang tidak boleh di nafikan semua blogger berasa teruja sangat-sangat. Ye lah apa tak nya, demam LAZADA Birthday Blogger Contest belum lagi kebah tapi dah di 'sogok' nya pula dengan contest LAZADA Big Baby Fair pula.

Masing-masing aku tengok dah macam budak kecik ketagih gula-gula dan aiskrim, ahaks :D Termasuk aku sekali lah tu! Tapi serius cakap aku memang suka sebabnya Lazada pandai untuk ambil hati semua blogger. Tidak mustahil selepas ini Lazada akan terus menganjurkan contest lagi.

Kerana ini aku telah dapat membuat satu kesimpulan yang beriklan melalui blog adalah salah satu jalan yang terbaik untuk memajukan sesuatu produk, website atau perniagaan. Kalau tidak masakan Lazada sanggup berhabis untuk memberikan baucer sebanyak hampir RM10,000 ringgit dalam masa tak sampai sebulan semata-mata untuk memenangi hati para blogger?!

Hebat sangatkah blog ni sehingga Lazada sanggup berbuat demikian?
Mungkin ada yang berpendapat kuasa blogger ini biasa-biasa saja tapi hakikatnya bukan sebegitu.

Terus-terang, jika aku juga merupakan seorang peniaga dan berada tempat yang sama seperti Lazada , pastinya aku juga tak akan teragak-agak untuk buat perkara yang serupa. Nak tahu kenapa? Okay, cuba awak bayangkan....

1- Kalau iklankan produk dan perniagaan melalui blog, semestinya artikel tu akan wujud sampai bila-bila. Ya! Sampai bila-bila. Bukan hanya setahun dua tetapi lebih daripada itu selagi mana blog tersebut tidak di padam. Untung kan?

2. Kalau ada mana-mana pelanggan nak dapatkan info tentang sesuatu barangan contohnya, mereka hanya perlu petik di kotak carian jer.. dah bersusun-susun info yang keluar dan 85% daripadanya adalah menerusi artikel yang di tulis oleh para blogger. Hebat bukan?

Artikel yang saya tulis mengenai Ayam Brand
Artikel yang saya tulis mengenai Shopback
Artikel yang saya tulis mengenai Usop Mentor
3. Bercerita pula bab info, kalau dah blogger yang menulis semestinya apa yang di tulis amat padat dan tepat. Bukan hanya cerita hal produk secara ringkas je semata-mata tetapi complete dari awal hingga habis. Jadi tak hairanlah kalau seseorang mahukan sesuatu info mereka akan Google dan Search untuk mendapatkan maklumat dari halaman blog daripada halaman media sosial yang lain. Berbaloi bukan?

4. Setiap blogger sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri jadi para peniaga tak perlu susah payah membayar secara berterusan untuk mengiklankan produk tersebut setiap hari, awak hanya perlu bayar sekali ja per artikel pada blogger dan nanti bakal pelanggan sendiri akan datang mencari info dan menghubungi para peniaga yang berkaitan sekiranya ada pelanggan yang memerlukannya. Senang kan?

5. Blog merupakan satu bahan media bacaan yang bukan hanya boleh memberikan detail yang padat tetapi juga selesa dan seronok untuk di baca. Ayat yang di gunakan selalunya tampak saja santai tetapi penuh dengan ilmu dan yang semakin best adalah apabila blog tersebut di hias dengan cantik dan menarik untuk para pembaca. Lain daripada yang lain kan, betul tak?

Maka tidak hairanlah jika dari dulu sehingga kini blog masih lagi kekal di tempatnya. Walau para penulis blogger silih berganti namun apa yang di tulis oleh mereka tetap kukuh di dalam alamaya dan mampu di akses oleh sesiapa saja untuk membacanya.

Sebagai salah seorang blogger aku juga semakin teruja apabila blog-blog di hubungi oleh pelbagai individu baik persendirian mahukan syarikat yang besar semata-mata untuk mendapatkan khidmat review blog daripada kami.

Pasti akan ada yang menganggap bayaran untuk review blog ini mahal kan? Ye lah dah nampak kot yang syarikat-syarikat besar seperti LAZADA sanggup berhabis ribu-ribu ringgit untuk para blogger pastinya bayaran untk para blogger ini mahal!

TIDAK!! Bayaran review bukan semuanya mahal. Yang penting ada persafahaman. Di sini aku berikan serba sedikit tatacara untuk dapatkan khidmat review dari para blogger.

  • Follow blog tersebut dan baca isi kandungannya terlebih dahulu. Jika awak rasa tatacara bahasa yang di gunakan 'kena' dengan jiwa dan agak menarik untuk di baca maka semestinya blog tersebut menarik di mata orang lain juga.

  • Blog tersebut ada pengikutnya yang tersendiri.

  • Penulis blog tersebut menepati ciri-ciri yang awak cari. Sebagai contoh, awak mahu iklankan produk bayi, semestinya awak akan cari blogger di kalangan para ibu. Jika awak mahu iklankan produk daripada pakaian remaja seharusnya awak mahu iklankan di blog milik seorang student IPTA. 

  • Bincang soal bayaran. Bayaran boleh di bincang secara dua hala. Jika awak rasa berbaloi dan setuju dengan harga tersebut maka teruskanlah tetapi jika awak rasa harga tersebut di luar kemampuan maka carilah blogger yang lain.

Aku seronok dapat review produk dan aku suka memberi maklumbalas mengikut apa yang aku benar-benar rasa. Dalam erti kata lain, jika produk tersebut tidak bagus maka aku tidak akan teragak-agak mengatakan tidak bagus dan begitu juga sebaliknya. Biarpun artikel terbabit di bayar namun tidak bermakna aku akan sampaikan apa yang bagus saja 100%. Sebagai seseorang yang memberi review maka aku harus berlaku jujur bukan hanya terhadap diri sendiri malah juga pada para pembaca yang juga merangkap bakal pengguna.

Itulah serba sedikit info mengenai kelebihan perkenalkan produk melalui blog. Jika awak rasa berbaloi bolehlah menghubungi blog-blog yang awak gemari. Jika berminat dengan blog ini, awak boleh hubungi saya terus melalui email : rosebirumuda@gmail.com :D

JANGAN RISAU, HARGA YANG SAYA TAWARKAN AMATLAH BERPATUTAN

15 comments for "Kelebihan Perkenalkan Produk Melalui Blog"

  1. Tahniah! tersenarai sebagai salah seorang pemenang.

    ReplyDelete
  2. akak baru nak cuba sekali lagi utk mita bloger review produk akak, last year penah sekali dah lupa sapa bloger tu...lepas ni awa pulak review kan produk akak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak.. terima kasih banyak sudi bg peluang kat awa.. ini pun dh nk siap blog bisnes akak cuma tgh dok copy isi2 dr blog lama tu hehe

      Delete
  3. Nanti nak belajar dari awa mcm mn nak tulis reviewla... Liez mmg fail la bab karangan dan susun ayat ni..pleaasseeeeee

    ReplyDelete
  4. Yess benar tu.. Setuju dengan sis Awa.. Kuasa blogger tu nampak macam biasa je dari luar.. Tapi sebenarnya dapat memberikan kesan sehingga seluruh dunia 😁😁😁 hebatt tu kan marketing from blogger.. InsyaAllah soon kalau ada kerjasama akan saya gunakan lagi perkhidmatan sis Awa ☺

    ReplyDelete
  5. wah.. tahniah kak awa sbb menang lagi.. bestnyaaaaa.. jeles! :p btw teruskan untuk buat duit dgn blogging.. InshaAllah murah rezeki. :)

    ReplyDelete
  6. wahhh seronok rupanya review nie hakhak. elsa tak berapa pandai nak bagi ayat power untuk review. tahniah sis :* semoga terus maju jaya hikhik

    ReplyDelete
  7. tahniah Awa krn menang. rezeki tak pernah salah tempat.
    byk tanggungjawab as a blogger ni.
    yg penting, moga tulisan kita-kita ni as a blogger membawa kita ke syurga :)

    ReplyDelete