Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CARA UBAH RUPA RUANGTAMU DENGAN CEPAT DAN JIMAT

Assalamualaikum,.. puasa tak hari ni? Awa walau sedang berbadan dua ni masih lagi dapat bertahan sepanjang ramadhan. Alhamdulillah, syukur sangat.

Sedar tak sedar sekarang kita hampir separuh bulan berpuasa kan? Tak lama lagi dah nak sambut lebaran.  Masa ni memang sibuk bebenar. Mana nak fikirkan soal juadah raya, pakaian baru malah dekorasi rumah. Aduh banyaknya benda yang nak kena fikir dan buat tapi itulah dia salah satu keindahan menyambut sesuatu hari perayaan. Kalau tak sibuk bukan raya lah namanya! :D

Hari ni Awa tak nak cerita bab biskut atau pakaian tapi Awa nak cerita bab perhiasan rumah. InshaaAllah kalau ada kesempatan Awa akan cerita bab pakaian di entry berikutnya nanti.

Apa yang paling penting bagi Awa adalah pada bahagian ruang tamu dan ruang tamu di dalam rumah Awa ni gunakan warna dari skema yang agak gelap iaitu COKLAT, HITAM dan PUTIH. Awa memang suka warna begini sebabnya Awa punya anak-anak yang lasak dan kesemuanya lelaki pulak tu. Kalau ikutkan hajat hati teringin juga nak guna konsep 'english' yang berbunga-bunga tapi macam tak sesuai dengan jiwa penghuni majoriti dalam rumah kecil Awa ni. Jadi nak tak nak, Awa dan suami sepakat dengan warna yang agak warm.


Walaubagaimanapun, apabila tibanya hari lebaran Awa akan suntik sedikit elemen untuk beri kelainan. Ye lah dah namapun hari lebaran kan? Awa tak suka membazir so ini bermakna Awa takde lah sampai tukar langsir, cat atau perabot baru setiap tahun. Awa belanjakan wang dengan cara berhemah tetapi dalam masa yang sama dapat beri impak yang besar pada wajah ruang tamu Awa.

Cara untuk ubah rupa ruangtamu dengan cepat, senang dan murah ialah:

1- BELI PENUTUP SOFA (sofa sheild)

Penutup sofa ni bukan saja berkualiti malah sangat praktikal sebab kita boleh basuh dan guna berkali-kali. Yang paling penting warna dan coraknya yang pelbagai dan cantik. Awa lebih tertarik dengan warna biru di atas tu untuk lebaran pada tahun ini.

Tak perlu beli sofa baru memadai hanya dengan membeli penutup sofa untuk memberi kelainan warna pada perabot kita yang telah sedia ada. Harga pun tidak lah mahal sangat kan? Hanya RM124 sahaja selepas di tolak diskaun sebanyak 25%.


2- BELI PERMAIDANI
Cantikkan permaidani ni? Tebal, lembut, corak abstrak yang menarik dan warnanya pun sangat memukau hati Awa. Cukup sesuai untuk Awa gabungkan dengan warna penutup sofa di atas. Nampak mewah dan exclusive tapi harganya takde lah mahal sangat, hanya RM185 je selepas di tolak diskaun sebanyak 50%.


3- BELI SARUNG KUSYEN
Sarung kusyen adalah cara yang cukup mudah untuk membantu menonjolkan lagi warna ruang tamu dan kalau nak tahu Awa ni cukup suka dengan kusyen kecil. Kat rumah ni kalau boleh semua kerusi Awa nak letak letak kusyen. Awa juga suka letak kusyen dari pelbagai warna untuk pop up kan sesebuah ruang. Awa tak suka sangat letak banyak bunga-bunga jadi Awa lebih seronok bermain dengan warna dan corak dari kusyen yang comel-comel.

Tengok set kusyen ni. Wow so cute!! Colournya pun lawa-lawa dan yang paling penting corak abstrak yang akan sedondon dengan permaidani yang telah Awa pilih tadi.

Alang-alang bercerita tentang dekorasi rumah, Awa nak berikan beberapa tips untuk kita gunapakai bersama semasa menghias ruang tamu.

TIPS SEMASA MENGHIAS RUANG TAMU

1- Jika ruang tamu kecil, kita boleh letakkan cermin di dinding untuk menampakan ruang tamu kita tu lebih besar dan luas.

2- Cat ruangtamu dengan warna yang selamat seperti krim dan putih. Elakkan guna warna yang agak gelap pada dinding rumah kecuali pada bahagian feature wall (dinding fokus).

3- Jangan letak terlalu banyak perabot sehingga sarat.

4- Susun atur perabot supaya kena dengan kehendak penghuni rumah. Sebagai contoh Awa punya anak-anak yang aktif bermain maka Awa perlu menyusun perabot supaya tidak menganggu pergerakan mereka.

5- Jangan membazir, jangan takut untuk berimaginasi dan jangan takut untuk bermain dengan pelbagai warna. Mix and match serta tukar susun atur perabot boleh membuatkan ruangtamu kita tampak berlainan dengan wajah baru tanpa perlu membelanjakan jumlah wang yang besar.


Ukur baju di badan sendiri. Tak perlu hanya beli perabot yang mahal-mahal untuk tampakkan ruangtamu yang cantik. Jangan lupa untuk singgah di website LAZADA untuk lihat pelbagai jenis perabot dan barangan dekorasi berkualiti dengan harga yang amat rendah. Mana tahu anda boleh dapatkan idea untuk menghias rumah untuk menyambut syawal nanti.

SELAMAT BERDEKORASI

10 comments for "CARA UBAH RUPA RUANGTAMU DENGAN CEPAT DAN JIMAT"

  1. thanks for sharing tips sis..
    btw kita sama.. sya pun tgh bbadan dua..tapi 1st baby..
    Semoga kandungan kita sihat dan semua dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  2. betol!lazada buat sale!rasa nak kaut semua..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Hehe, goodluck awa...
    Opps selera karpet kita sama :)
    And you are back for blogging!
    Sukanya.

    ReplyDelete
  4. Cantikkan karpet tuh, tapi rumah Nona memang jenis tak berkarpet...~
    Meh singgahhh~

    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/amalan-5s-semasa-deko-deko-raya.html

    ReplyDelete
  5. Wah! Pasti rumah sis hawa akan nampak menarik, tertarik memang debomb pd aidil fitri nanti!

    Jika free, jemputlah join GA duit raya abam kie ni. TQ.

    http://www.zukidin.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

    ReplyDelete
  6. good luck awa... meriah raya nanti dengan idea dekorasi awa...

    ReplyDelete
  7. Nak mengangkat sofa berat2 tu yang pakai jiwa juga tu sis... huhu... Selamat Hari Raya sis.... Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete