Giveaway

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul

18:41

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Assalamualaikum....

Haa hari ni nak support blogger Sii Nurul dan Diary Nie's plak. Macam ni lah kalau dah di namakan blogger kan. Lagipun syarat yang di letakkan bukannya payah pun.

1- Follow blog penganjur [ Sii Nurul & Diary Nie's ]
2- Like FB pages Sii Nurul
3- Buat entry untuk join
4- Letak banner dan backlink kembali ke blog penganjur
5- Tinggalkan link entry di bahagian komen

Haa.. kan dah cakap syaratnya mudah je.. 

Giveaway ini berlangsung bermula 25 Julai - 15 Ogos 2017. Dan senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa. Pemenang akan diumumkan pada 20 Ogos 2017 (Ahad),Insya'Allah.

3 ORANG PEMENANG AKAN DIPILIH melalui RANDOM.ORG.
Penenang bertuah akan menerima hadiah Coklat Ferrero rocher, Cadbury & Hersheys

So apa tunggu lagi.. jom la join ramai-ramai. Mana tahu boleh dapat dan makan chocolate free... :D

Best Choice

Susu Kambing SYAMiL Untuk Semua Peringkat Umur

12:39


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share tentang satu lagi produk pilihan yang aku rasakan amat bagus baik dari segi rasa, khasiat dan kelebihannya. Produk yang aku maksudkan ni adalah Susu Kambing SYAMiL yang di keluarkan oleh syarikat Alsham Marketing.

Actually, aku ni cukup suka dengan produk tenusu dan yang paling aku best ialah produk yang diasaskan daripada susu kambing. Aku mula jatuh cinta dengan susu kambing ni rasanya sudah hampir sepuluh tahun lepas.

Apa yang membuatkan aku boleh jatuh hati dengan produk minuman susu kambing ialah:
  • minuman sunnah 
  • rasanya yang asli dan berlemak
  • baunya yang best
  • warna putih susunya yang pure
  • unsur tenaga yang boleh di serap oleh tubuh
  • khasiatnya yang lebih banyak daripada susu lembu
Disebabkan aku ini adalah peminat setia susu kambing, maka hari ini aku beranikan diri untuk cuba Susu Kambing SYAMiL pula. Apa yang membuatkan aku paling tertarik hati untuk mencuba Susu Kambing SYAMiL ini adalah kerana ia merupakan produk muslim tempatan, tanpa gula tambahan, tanpa perisa tiruan (asli), tanpa lemak trans, di perkaya dengan pribiotik inulin dan yang paling penting ianya cukup sesuai dengan semua peringkat umur. 

Ya!! Percaya atau tidak, Susu Kambing SYAMiL sesuai untuk semua golongan peringkat umur bermula dari bayi baru lahir, kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu sehinggalah warga emas. Produk ni juga boleh di nikmati oleh bayi yang ada masalah arlegik dan menyelesaikan masalah kekurangan susu badan. 

Sukatan Bancuhan Susu Kambing SYAMiL mengikut usia
Keistimewaaan lain yang terdapat pada produk ini adalah di mana bahan asasnya iaitu serbuk susu kambing diimport terus dari Netherlands kemudian di olah dan di proses di kilang bumiputra Muslim yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Alhamdulillah, hari ini aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman meminum produk ini dan aku amat berterima kasih pada pihak Susu Kambing SYAMiL kerana sudi menghantar dua sample ni untuk aku cuba. 

Foto Siti Awadah.
perasa ASLI dan COKLAT !!
Disebabkan produk ini sesuai untuk semua golongan dan usia maka aku sama sekali tidak berasa was-was untuk meminumnya walau sedang hamil bersama anak kecilku yang kini baru berusia 2tahun.

Jom tengok reaksi si kecik ku ketika minum Susu Kambing SYAMiL...


" Masa suapan susu yang pertama, berkerut ajer mukanya tue. Bila suapan yang ke dua, ehhh... dah berubah riak wajahnya.. haha... syokkkk nampakkk....  "

   Foto Siti Awadah.
" Lastly, haaa tu dia... segelas Susu Kambing SYAMiL nak di minumnya sorang-sorang jer...  Alahai sayang, simpanlah sikit untuk mama ni. Mama pun nak jugak! :( "

Pihak Alsham Marketing turut mengeluarkan Susu Kambing SYAMiL 1,2,3+ yang di asaskan daripada susu kambing, delima, kurma, madu dan manna. Ianya di rumus khas untuk tumbesaran kanak-kanak yang cemerlang. Mudah cakap, Sihat + Cergas dan Bijak dengan Organik.

Kesimpulannya, produk ni memang awesome dan menetapi semua kriteria yang kita cari. Jadi pada yang masih tercari-cari produk susu kambing yang punya khasiat, sedap dan sesuai untuk semua golongan umur, bolehlah cuba Susu Kambing SYAMiL ni ya. 

HARGA:
RM45 SM / 550g
RM50 SS / 550g
RM45 SM / 25g X 20 sachet
RM50 SS / 25g X 20 sachet
$19.00 Brunei & Singapura

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
HP : 013 - 6813292 (Pn Nani Aini)


DUNIA KRAF

Tukar Hobi Jadi Sumber Pendapatan

13:42

Assalamualaikum... Alhamdulillah makin hari makin bersemangat waja untuk update entry baru di dada blog yang dah mula nak bersawang ni.

"Baby dalam tummy duduk baik-baik ya.. Jangan nakal-nakal sebab mama nak buat keja"

Bagi yang sentiasa mengikuti blog aku yang tak seberapa ni, aku pasti ualls dah sedia maklum yang aku ada mengambil tempahan mengedit blog dan syukur alhamdulillah, walau segalanya hanya bermula dari suka-suka kini ianya dapat membantu memberi sedikit wang saku untuk diri aku sendiri. Hari tu tergendala segala kerja di sebabkan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan tetapi sekarang semuanya dah semakin okay... nampaknya keghairahan untuk kembali menyiapkan tempahan blog pelanggan sudah mula mahu bersinar kembali.

Jika aku suka mengedit blog suami aku pula cukup suka dengan bidang pertukangan kayu. Macam-macam jugalah barangan rumah yang suami dah bina dengan ke dua-dua tangannya sebelum ni.. [baca kat sini]

Aku amat yakin dan percaya yang hobi boleh di tukar menjadi sumber pendapatan dan di sebabkan itu aku sanggup menghabiskan baucer hadiah RM800 yang di menangi dari LAZADA tempohari untuk membeli electric tools buat suami tersayang.  Yelah baucer tu dapat kerana aku menulis blog dan menulis blog ini juga merupakan salah satu hobi jadi memang patutlah aku gunakan untuk tujuan ini.

Walau dalam hati membuak-buak mahu membeli pelbagai barangan wanita di dalam LAZADA yang cantik dan kebaboom namun aku nekad untuk ketepikan saja semua itu... Tak apalah, nanti jika ada rezeki lagi baru lah shopping untuk diri sendiri pulak. Buat masa ni aku nekad untuk manfaatkan hobi suami supaya boleh di jadikan salah satu punca pendapatan tambahan untuk keluarga kami ni.

Home Tools, DIY & Outdoor di LAZADA

PELBAGAI JENIS + MURAH + BERKUALITI 

Ternyata, Allah SWT itu maha kaya, maha kuasa. Kini apa yang di rancang sudah mula menjadi kenyataan apabila suami mendapat tawaran job untuk membina sebuah pantry rack. Permintaan ni di buat oleh seorang kenalan kami yang sedang giat menjalankan business cake and desert secara kecil-kecilan dari rumahnya. Secara tidak langsung beliau juga boleh di jadikan contoh kerana berjaya menjadikan hobi suka membuat kek sebagai sumber pendapatan. Syabas!

Foto Onlypocket.
Tengok tu... mmm... sedapnya....

Mula-mula mengambil ukuran, lepas tu berbincang tentang design, material dan kos harga. Kemudian, bermulalah projek kerja tangan dari suami untuk pelanggan barunya tu. Jom kita tengok step by step...

 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Alhamdulillah.. kerja menjadi lebih senang, cepat dan mudah dengan menggunakan mesin-mesin yang di beli dari LAZADA. Hanya dalam masa 2 hari saja pantry rack ini siap di bina sepenuhnya.


Foto Siti Awadah.  Foto Siti Awadah.

Inilah rupa pantry rack tersebut selepas di beri sentuhan terakhir. Teruja betul si owner menyusun semua barangannya yang akan digunakan untuk membuat kek. Ye lah sebabnya bilik yang di ubahsuai ni adalah bilik pantry khas untuk membuat kek saja semata-mata. Alhamdulillah costumer amat happy dan berpuashati dengan hasil kerja suami. Aku juga tumpang happy sebabnya telah berjaya menjadi penyokong belakang tabir kepada kerjaya baru suamiku ini. Harap-harap lepas ni akan dapat tawaran job lagi.

ANTARA HOBI YANG BOLEH DI TUKAR MENJADI SUMBER PENDAPATAN
  • Menulis Blog / Novel
  • Bertukang
  • Membuat Kek / Pastri
  • Menjahit
  • Melukis
  • Memasak
  • Membuat Kraftangan / DIY
  • Mencantikkan Diri (Make Up)
  • Berkebun
  • Memelihara Haiwan Eksotik
TIPS UNTUK MENUKAR HOBI MENJADI KERJAYA

1. Pastikan ualls punya minat yang amat mendalam ke atas hobi tersebut. Mudah cakap memang jatuh cinta feeling habis dengan hobi tu dari dulu, kini dan selamanya.

2. Cari hobi yang sesuai dengan minat diri sendiri bukannya hanya sekadar nak mengikut apa yang orang lain buat.

3. Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

4. Tidak mudah mengalah dan berputus asa.

5. Utamakan kerja yang wajib dulu sebelum kerja sampingan. Ye lah dah namapun hobi kan?

Macamana? Dah ada hobi yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan? Kalau ada tahniah daku ucapkan dan selamat berjaya.

______________________________________
Servis Edit Blog (Seluruh Malaysia) & Tempahan Rak Kayu (Sekitar Kelantan Shj) sila emailkan ke: rosebirumuda@gmail.com

Rumahtangga

Kenangan Aidilfitri 2017

11:16

Assalamualaikum... Hi there... do you miss me..? hmm, baru arini nak start post entry raya sedangkan orang lain dah lama update. Apa nak jadi lah dengan aku ni kan? Sorry la ualls, masa dan keadaan memang amat menduga hidup aku di kala ini.

But, alhamdulillah sekarang aku sedang cuba sedaya upaya mencuri masa dan kesempatan untuk menebus kembali semuanya. Ualls tak tahu betapa rindunya aku ni untuk menaip di dada blog ini buat tatapan semua rakan blogger yang teramat amat amat aku rindui.. sob sob..

1st of all, pejam celik kandungan Awa sudah memasuki minggu ke 20. So far semua alahan dah okay cuma kadangkala masih lagi pitam dan pening-pening. Bentuk badan makin hari makin mengembang, hmmm memang lain benar lah pengalaman mengandung kali ke 6 ni jika di bandingkan dengan kandungan Awa yang lepas-lepas. Mungkinkah ini seorang puteri?? Jeng jeng jeng.. takde maknanya, baik jangan terlalu mengharap, nanti kecewa pulak.. betul tak?

Syawal kan sebulan so rasanya mood raya tu masih berbekas lagi jadi arini aku nak kongsi suasana raya di kampungku yang tercinta nun jauh di 'atas kayangan' sana. Negeri mana lagi kalau bukan Perlis Indera Kayangan. Ya rakan-rakan kesayanganku, Awa ni anak jati Utara yang telah di sunting oleh seorang hamba Allah dari Kelantan sebab tu sekarang Awa menetap di pantai timur :D

RAYA DI UTARA

Juadah yang wajib semestinya adalah ketupat. My favourite ni tau. Malangnya emak sorang yang terpaksa siapkan semuanya sebabnya aku memang failed bab balut ketupat. Aku cuma reti makan ja, buat memang hampeh.

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Di sebabkan tahun ni aku dan adik beradik pulang beraya di kampung, maka emak aku yang terlebih excited tu dah korbankan ayam dan itiknya khas untuk santapan kaum keluarga kami di hari raya. Ayam di jadikan rendang untuk di makan bersama ketupat manakala itik pula di jadikan kerutup untuk di makan bersama nasi. Haa... kerutup ni aku yang masak!! Ini semua atas permintaan emak sebabnya dia nak sangat makan kerutup itik versi Kelantan. Maka dengan berbesar hatinya aku beli dan bawa pulang rempah ratus dari Kelantan dan berbekalkan ajaran ibu mertua maka siaplah sekuali besar kerutup yang emak idam-idamkan.

Tapi di sebabkan aku ni bukannya larat sangat, maka suami aku lah yang terpaksa turun padang jadi pembantu kepada Chef Awadah yang kurang bertauliah ni. Petangnya emak dan suami siapkan itik bakar pula. Kiranya sejak ada di kampung tu aku asyik makan itik je la. Hehe...

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Foto Siti Awadah.Haa, ada satu makanan lagi yang aku teringin nak makan. Makanan ni agak rare sikit dan suami aku sendiri tak lalu nak telan. Namanya adalah belangkas.

Belangkas ni memang dah jadi salah satu makanan favourite aku sejak kecik lagi dan setiap kali mengandung aku mesti nak makan belangkas hinggakan emak aku terpaksa poskan si belangkas ni menggunakan bas express semata-mata kerana nak hilangkan rasa mengidam aku ketika sedang berbadan dua.

Sekarang harga belangkas jauh lebih mahal dari dulu. Kalau tak silap emak cakap seekor boleh mencecah RM20 tapi di sebabkan rumah aku berhampiran dengan pantai maka dapatlah ayah tiriku minta orang laut tolong carikan dengan harga RM10 seekor. Syukur alhamdulillah, terlepas juga hajat hati nak makan si belangkas ni.


Foto Siti Awadah. 
Hari raya ke dua, bermulalah aktiviti konvoi berziarah ke rumah sanak saudara. Anak-anak lah yang paling excited sebab dapat kutip duit raya banyak-banyak. Bestnya jadi kanak-kanak.

AFTER RAYA

Bukan mudah nak luangkan masa untuk pulang ke kampung jadi semestinya masa yang ada ni aku gunakan untuk melepaskan rindu pada halaman kampungku yang tercinta. Petang-petang kami duduk di hadapan rumah menghadap tali air dan sawah padi yang luas terbentang sambil mengail si ikan puyu. Aku ni lebih kepada pemerhati sebabnya aku ni bukan minat sangat bab memancing, kalau bab makan bolehlah.

 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.

Foto Siti Awadah.
Puas mengail kami menuju ke kebun ayah mengutip buah mempelam dan kelapa muda yang banyak bergayutan. Abang long aku jadi tukang kaitnya manakala aku dan suami jadi tukang makan. Di sebabkan aku sedang berbadan dua maka sebiji demi sebiji kelapa muda aku terpaksa makan untuk puaskan hati emak dan suami. Untuk hilangkan panas badan dan tambahkan tenaga kata mereka. Syukurlah, ada juga yang risau dan sayang pada diri aku ni.


Mujur juga time aku balik ni mempelam harum manis masih ada lagi di pokok jadi dapat jugalah aku makan pulut bersama mempelam harum manis yang sedap dan berlemak tu. Masa ni musim harum manis dah hampir habis jadi kalau tak silap kalau beli di pasaran harganya boleh mencecah RM40-RM50 sekilogram. Sekilo tu bukannya banyak tau, dalam 3 biji je. Ooo tidakkkk...

Haa... satu tips yang wajib di patuhi setiap kali balik ke kampung ialah jangan bawa balik banyak sangat baju. Maka dapatlah mengisi bonet kereta dengan pelbagai macam barangan yang best dari kampung. Hehe..

Sebagaimana yang aku cakap tadi, rumah aku juga dekat dengan pantai. Hmmm lebih kurang 3km jarak antara rumahku dengan pantai. Kira dekatlah tu kan.. maka memang tak sah lah kalau balik ke kampung tanpa jejakkan kaki ke pantai. Jom kita layan suasana kat pantai pulak...
Foto Siti Awadah.
dari pantai nampaklah Pulau Langkawi yang amat terkenal tu nun di seberang sana.
Kalau naik bot (feri) hanya makan masa 30-45minit saja.

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Suamiku jadi babysitter... anak sulungku jadi photographer. 
Habis di manakah AKU?

  Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Apa boleh buat.. di sebabkan tebing untuk turun ke pantai agak tinggi maka terpaksalah aku di sini. Duduk di atas batu tebing menjadi si pemerhati. Ye lah tinggi tau! Takut juga nak turun. Mujurlah ada emak tersayang sudi menjadi teman setia di sisi.

Anak-anak ni kalau dah boleh balik kampung bukannya reti nak duduk diam. Asyik nak ajak jalan jer dan suami aku memang follow je kehendak anak-anak kesayangannya tu. Jika dulu tiap kali pulang ke Perlis mesti nak ke Gua Kelam. nak ke Padang Besar, nak ke Pulau Langkawi, nak ke Alor Setar tapi kali ni tak lagi. Di sebabkan keadaan aku yang kurang sihat untuk terlalu menapak ke sana sini maka suami aku bawa anak-anak ke kawasan riadah yang berdekatan dengan rumah jer. 

Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
[ bawa anak main buaian dan lihat monyet di Gua Cenderawasih ]

Akhirnya setelah hampir seminggu berada di 'kayangan' maka aku dan suami berangkat kembali ke pantai timur pada hari Khamis (29 Jun 2017). Esoknya Jumaat (30 Jun 2017), pagi-pagi lagi aku dan suami ke rumah mertua kerana kami belum lagi beraya dengan keluarga sebelah suami.

Di sebabkan hari Jumaat maka suami ambil keputusan untuk solat di masjid berdekatan rumah ibunya saja minggu ini. Alang-alang dapatlah makan tengahari bersama dengan sanak saudara sebelah suami. Siap bantu ibu mertua sediakan makanan tengahari, aku terus baring dan tak sedar bila masanya aku terlelap. Yang pasti sebaik saja hampir jam 1 tengahari aku di kejutkan suami dalam keadaan tergopoh gapah. Aku agak dia nak beritahu yang dia dan anak-anak nak ke masjid tapi ternyata sangkaan aku meleset.

Rupa-rupanya suami nak beritahu aku yang salah seorang anak saudara kami (anak ke dua kakak iparku) baru saja terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya beberapa minit yang lalu berdekatan dengan kawasan rumah ibu mertuaku itu. Anak saudara yang baru berusia 13tahun itu membonceng motor kawan baiknya (berusia 17tahun) dan mereka berdua telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut saksi ada sebuah kereta membuat pusingan U secara mendadak menyebabkan motorsikal terbabas, jatuh di tengah jalan dan terus di gilis oleh 3 buah kereta lain secara berterusan. Apa boleh buat sudah ajal mereka berdua pergi bersama di hari Jumaat yang berkat.

Sehari suntuk aku menemani keluarga kakak iparku sejak dari tempat kejadian sehinggalah ke hospital dan rumah mayat. Nasi yang di masak tengahari tadi sama sekali tidak di jamah. Semuanya bagaikan mimpi kerana baru pagi tadi aku melihat kelibat anak saudara ku itu di rumah mertua. 

Segala urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 12.30 pagi dan dari jauh aku hanya mampu berdoa dan memohon ke hadrat Ilahi semoga roh Muhammad Firdaus di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Siapa sangka aidilfitri yang bermula dengan keseronokkan kini berakhir dengan sebuah kenangan yang agak menyedihkan. Sesungguhnya takdir perjalananan hidup ini hanya Allah SWT saja yang maha mengetahui. Al-fatihah..

Image result for perkuburan islam




Blog Design

Full Edit Blog Untuk Lovely Sunshine

20:11

Assalamualaikum sahabat blogger tersayang.. macamana ualls hari ni? Aku harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan gumbira. 

Hari ni aku nak share satu lagi kerja yang telah berjaya aku siapkan. Kerja apa lagi kalau bukan edit blog dan tempahan kali ini datangnya dari Mardhiyyah Rosli atau boleh juga di panggil MYA dan blog yang dikendalikannya adalah bernama "LOVELY SUNSHINE".

Apabila di tanya blog macamana yang Mya idamkan? Inilah jawapan yang Mya berikan pada aku tempoh hari:

1 - Header :- Lovely Sunshine + link blog + gambar doodle muslimah,
2 - menu tab,
3 - Watermark
4 - responsive template.
5 - colour: #FFB6C1 + #00BFFF.
6 - sitemap + disclaimer

Bila aku selidik lagi serba sedikit tentang blog idaman Mya, katanya dia tak suka bunga-bunga tetapi dia cukup suka dengan bintang (star). 


Oooo patutlah nama blog ada perkataan 'shine'. Walau Mya tak paksa aku untuk letakkan icon star tersebut tapi aku tetap juga memikirkan rekabentuk header yang sesuai dengan taburan bintang-bintang yang amat digemari oleh Mya. Selepas sehari suntuk termenung memikirkan tentang Mya, akhirnya aku dapat juga fikirkan sebuah konsep yang aku rasakan cukup kena dengan kehendak hati Mya tue.

Lepas berjaya fikirkan konsep, siapkan design dan lahirkan semuanya dengan code aku terus submit pada Mya dengan hati yang berdebar-debar. Takut oo kalau costumer tak berkenan.. huhu... 


Watermark yang di minta aku buatkan dengan tema yang sama supaya nampak sedondon dengan blog utama.

Alhamdulillah sebaik saja submit, Mya terus setuju!! Fuh... lega :D

Untuk lihat wajah blog Mya sepenuhnya, klik link ni ye >> http://www.myarosli.com
Happy blogwalking...

Blog Design

Full Edit Blog Untuk IZZATI ZAHID

13:34


Izzati Zahid - Seorang blogger yang sedang berkecimpung di dalam perniagaan produk kecantikan jenama Mary Kay.

Zati mesej dan mahukan sebuah blog dengan warna biru pastel sebagai pilihan. Beliau mahukan sebuah blog yang simple, kemas tetapi tetap menampilkan ciri-ciri 'sweet' sebagai pengenalan yang blog tersebut di miliki oleh seorang gadis. (belum kahwin okay... :D)

Sama seperti orang lain, pada mulanya Zati membuat blog menggunakan template asas yang di sediakan oleh pihak blogger dan untuk design tetapnya Zati mengemukakan beberapa permintaan.

Antaranya ialah :
- responsive template
- mobile friendly
- title blog bergerak
- favicon bentuk lipstick
- tema pastel
- profile picture
- menu tab
- sosial media icons di sidebar

Zati turut memberikan lakaran kasar tentang 'rupa' blog idamannya.

Walaubagaimanapun terus terang aku akui yang aku tak dapat penuhi 100% kehendak tuan empunya blog kerana code yang di gunakan semasa mengedit blog tidak dapat memenuhi segalanya di dalam hanya satu template. Syukur kerana Zati dapat memahami dan syukur juga kerana hasil akhirnya dapat memenuhi kehendak dan citarasa Zati. :D

Inilah dia rupa terkini blog Zati selepas di makeover dengan harga yang amat-amat murah dan berpatutan.



"terima kasih Zati kerana membuat tempahan dengan Sis Hawa dan terima kasih juga di atas feedback positif yang telah di berikan. Seronok dapat berkerjasama dengan Zati yang sangat sporting dan easy going."

>> https://ezatyz4hid.blogspot.my/

Best Choice

Jatuh Cinta Dengan LUBNA

17:40

Buat julung kalinya aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan Lubna. Nak percaya atau tidak terpulang tetapi itulah dia kenyataannya.


Ops sebelum tu.. korang tahu tak apa itu 'Lubna'? Bagi peminat tegar fesyen online aku yakin korang tahu tapi bagi yang hanya shopping online sekali sekala ajer aku rasa mesti korang agak tertanya-tanya apa itu Lubna kan? Takpe takpe meh sini I nak story morry...

Actually, Lubna ni adalah salah satu jenama pakaian yang sedang gah di kalangan pembeli pakaian online sekarang ni dan semua pakaian jenama Lubna boleh di dapati dengan mudah di ZALORA


Lubna telah mengeluarkan pakaian bukan hanya untuk kaum hawa tetapi juga untuk kaum adam. Shawl, blouse, dress, long skirt hinggal lah ke baju kurung, semuanya cantik dan lain daripada yang lain. Yang paling penting Lubna mengeluarkan pakaian dengan design terkini yang sangat up to date. 

Cakap banyak pun tak guna kan? Meh sini aku tunjuk serba sikit design-design cantik yang di sajikan oleh Lubna. Soal harga gerenti korang akan terkejut sebabnya sangat-sangat berbaloi dan berpatutan!!
                                                



DESIGN LAIN YANG DI SAJIKAN OLEH LUBNA (boleh dapatkan di ZALORA)
Cantikkan?? Ohya kalau nak tahu 3 design Lubna yang mendapat perhatian utama untuk aidilfitri tahun ini ialah...

1- POM POM CROP FLARE KURUNG
Siapa yang nak melaram ala-ala princess bolehlah pakai baju ni. Porongannya yang agak flare (kembang) pada bahagian tangan dan bawah kain memang nampak sweet. 

2- LACE KURUNG
Kain lace memang tidak asing lagi di kalangan wanita dan semua sudah sedia maklum yang kain jenis ni memang cantik dan apabila mengenakan kain lace kita tidak lagi perlu bersusah payah untuk memerlukan aksesori yang banyak. Memadai dengan mengenakan shawl, handbag dan kasut yang simple supaya tidak menggengelamkan kecantikan kain lace itu sendiri.

3- METALIC PLEAT
Suka gaya glamour? Kalau suka glamour yang ala-ala macam artis gitu bolehlah kenakan persalinan ni. Gerenti semua mata berpaling sekali lagi sebab terpukau. blink blink habis.... hehe. 


Sebab utama kenapa aku jatuh cinta dengan LUBNA
- Design yang terkini dan terperinci
- Potongan yang cantik dan menawan
- Pemilihan warna yang selamat
- Boleh di kenakan dalam acara formal dan tidak formal
- Harga yang sangat berpatutan

Aku rasa design yang di tawarkan oleh Lubna ni memang berbaloi. Design-design di atas bukan saja boleh di kenakan sepanjang Aidilfitri (raya kan sebulan :D) tapi juga pada hari bersejarah macam pertunangan dan akad nikah. Nak pakai untuk hadiri majlis kenduri dan makan malam pun sesuai. Potongannya tidaklah terlalu menjolok mata dan warna yang digunakan juga sangat sesuai, tidak keterlaluan dan sangat mengikut design trend kurung yang terkini. 

Walaubagaimanapun, tepuk dada tanya selera dan jika kalian juga rasa jatuh cinta macam aku, bolehlah lihat sendiri semua design yang sedang di tawarkan oleh pihak Lubna DI SINI >> https://www.zalora.com.my/lubna/