25 Mar 2017

Shopping Di Lazada Dan Dapat Duit Balik Di Shopback!

Semakin hari semakin ramai bercerita tentang Lazada. Almaklumlah Lazada kan baru sambut birthdaynya yang ke lima. Makin hari makin ramai blogger bercerita dapat hadiah suprise. Syabas kawan-kawan.

Aku ni pun sebenarnya pernah juga shopping dengan Lazada tu sebab harga dia murah giler! Sampaikan aku sendiri kadang-kadang rasa nak giler sama sebab geram tengok semua barangan yang di pamerkan. 

Tapi.. sayang seribu kali sayang sebabnya aku baru tahu yang shopping barangan Lazada tu sebenarnya boleh beri duit pada aku balik sehingga 11% jika membuat belian melalui website Shopback. Aduh.. rugi betul! Nyesal tak ambil tahu dari awal sebelum ni. Tapi nyesal sekarang pun takpe kan sebab masih sempat untuk join hehe.

blog sis hawa

Betapa banyaknya laman belian online yang ada di Shopback dan shopping di Lazada boleh dapat sehingga 11% duit balik manakala Zalora adalah sebanyak 9%. Tapi suka di ingatkan di sini yang bukan semua produk di beri diskaun ni ya. Kena check dulu sebelum buat belian okay. Tapi ada ke takde ke alang-alang dah memang nak beli apa salah kita guna cara yang lebih menguntungkan, betul tak?

Pelik Tapi Benar!
Nak caya atau tidak terpaksa kena juga percaya sebabnya sudah ada banyak bukti yang terpampang di sana sini bahawa perkara ni adalah betul dan sah. Cuma atas diri sendiri je sekarang ni samada nak gunakan peluang yang tengah ada ataupun tidak.

bukti
Sumber google 


Keistimewaan lain 

Tengok tu. Sign up pun dah mula dapat duit. Perghh ini sudah cukup baik. RM5 terus credit ke akaun Shopback serta merta dan RM5 lagi di berikan setelah aku kemaskini profil dan buat belian pertama bersama pihak Shopback nanti.


RM5 now + RM5 later = RM10

Ohya, sebelum aku terlupa. Lepas dah daftar nanti aku syorkan kalian perkenalkan website Shopback ni pada orang lain pula macam yang aku tengah buat ni. Nak tahu kenapa? Sebabnya korang boleh dapat lebih banyak lagi bonus selepas tu. Bonus-bonus ni boleh di kumpul dan di cashout sebagai CASH melalui paypal atau akaun bank masing-masing.

Confirm teruja kan? Haa macam tu la perasaan aku tadi bila terbaca hal ni. Geram jugak sebab tak mahu ambil tahu sebelum ni dan aku percaya masih ada orang lain di luar sana yang juga tak ambil tahu langsung tentang hal ni (macam aku.. kiki). Takpe jangan tepuk dahi. Meh DAFTAR SHOPBACK di >> SINI segera.

Pada rakan-rakan lain yang dah pun sertai Shopback, tahniah aku ucapkan sebab kalian memang pandai rebut peluang.

CLICK + SHOP + EARN + PAYOUT = SHOPBACK

Baca Sepenuhnya

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.
Baca Sepenuhnya

Segmen : Nak Wani Reviewkan Blog Anda?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


23/03/2017 - 31/03/2017
JOM JOIN SEGMEN INI ;)


Sudah mula jatuh cinta dengan aktiviti review mereview ni,.. hehe :D
Baca Sepenuhnya

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco


Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Macam tau-tau je aku tengah cari giveaway untuk di join ye. Elsa Elsa. So tak yah buang masa terus join la.. Hehe.

Giveaway ni adalah kerjasama antara Elsa dan Luv.SweetChoco. Pemenang yang di cari adalah seramai 5 orang dan giveaway ini akan berlangsung dari hari ini (25 Mac) sehingga 15 April 2017. Tarikh pengumuman pemenang akan di lakukan pada 16 April.

Untuk tahu apakah syarat yang perlu di buat untuk join, sila klik Banner di atas tu ya.
Selamat berjaya pada semua :D
Baca Sepenuhnya

Blog Giveaway By RII


Giveaway ke dua yang aku nak join untuk hari ini adalah dari RII. Rii ni ada juga datang singgah ke blog aku ni jadi sudah semestinya aku berbesar hati untuk support GA beliau.

Syarat dan hadiah macam yang tertera di banner tu. Aku paling tertarik dengan buku-buku tu sebab memang kena dengan minat anak sulung aku. Ini kalau dapat mau melompat anak aku tu sebab dapat koleksi buku lagi untuk di baca. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 APRIL 2017. Jadi apa lagi tunggu jom kita join sesama. Lagi ramai lagi best.

REZEKI DI TANGAN ALLAH, MOGA-MOGA ADALAH. AMEEN
Baca Sepenuhnya

Mystery Giveaway 2017 oleh Airah Syahirah


Dah lama tak join giveaway ni, so hari ni nak pulun join mana-mana giveaway yang masih lagi di buka. Mula-mula nak join Mystery Giveaway dari Airah Syahirah.

Syarat yang di kenakan simple je iaitu hanya perlu buat entry, letak banner, backlink, follow blog dan isi tabung Nuffnang beliau je tapi hadiah misteri yang di tawarkan di katakan berharga RM100++. Wah! Hadiah apakah itu? Actually GA ni sepatutnya telah berakhir pada 19hb lepas tapi mujurlah empunya blog lanjutkan sampai 31 March. Jadi ini bermakna masih ada beberapa hari lagi untuk hantar penyertaan.

So kawan-kawanku yang tersayang, apa lagi tunggu moh join sama-sama kan melepas pulak. Kalau u all tak join dan sis dapat hadiah misteri tu jangan marah eh. Kikiki macam confident je aku boleh menang? Poyo betul aku ni kan? :P


Airah turut tanya apakah 1st impression aku terhadap blognya. Bila dah di tanya macam ni kiranya beliau minta aku kasi review la kan? No problem. Tapi aku ni jenis straight forward harap-harap tuan punya blog sudi terima la pandangan aku ni. Siap dia!! mesti Airah dah mula rasa kecut perut

Sebaik saja melangkah masuk aku di sapa oleh sebuah blog berwarna hitam dan putih dengan style gridview di halaman utama. Blog responsive dengan tema beauty dan lifestyle. Template yang kemas dan bersih dengan tulisan font yang senang untuk di baca. Cumanya sayang sikit jer sebabnya header jadi kurang menonjol kerana telah ditenggelamkan oleh slider yang agak besar.

Tapi bila jengah ke bahagian body post, well 100% perfect. Sangat-sangat cantik dan sejuk mata memandang Well done sebab pandai pilih template yang sesuai.

Aku sebenarnya teringin nak komen tentang cerita penulisan tapi tak tahu nak start dari artikel yang mana. Cumanya aku tertarik bila dapat tahu yang Aairah ada bercita-cita untuk menulis buku sendiri. Lol, sama la. Sis pun sebenarnya teringin sangat nak ada karya novel sendiri tapi itulah masa dan peluang belum lagi sampai. Satu hari maybe.

Anyway salam kenal Mrs Airah Syahirah dan moga perkenalan kita ini kekal selamanya. Ameen :D

JOM JOIN CEPAT! LAMBAT LAMBAT NANTI MELEPAS
Baca Sepenuhnya

Blog Sis Hawa Mula Di Hargai

Jika sebelum ini nama aku muncul di artikel Blog Seorang Syed menjadi sumber inspirasi, kelmarin nama blog aku muncul dalam artikel Amerzing dan May Jiee.


Bila lihat blog aku di review, terus terang cakap aku amat-amat terharu. Tak tau macamana nak komen sebenarnya sebab aku mula berblog pada Januari yang lalu tanpa kenal sesiapa pun. Betul! Seorang blogger pun aku tak kenal pada masa tu.

Aku hanya menulis dan terus menulis dengan harapan moga ada orang membaca walau hanya sebaris ayat. Tapi mana mungkin akan ada orang datang membaca jika aku sendiri tak keluar dari kepompong kan? Sejak itu aku nekad blogwalking dengan hati yang ikhlas singgah dan baca satu demi satu blog dengan harapan moga persahabatan yang aku hulur akan di sambut oleh blogger yang lain. Syukur alhamdulillah, hari ini aku amat gembira bila ada rakan-rakan blogger yang sudi menulis sepatah dua kata khas untuk di tujukan pada diri aku yang serba kekurangan ni. 



Aku tak harap apa-apa pujian pun sebenarnya, tapi kalau ada orang puji of course aku happy giler dan dalam hati cakap lain kali tulislah lagi hehe. Yang penting isi kandungan blog aku ini dapat di terima dan boleh memberi sedikit panduan, pengajaran dan hiburan bacaan buat orang lain di luar sana. Aku tahu aku masih belum layak untuk di puji melangit setinggi awan kerana hakikat sebenarnya aku ini bukannya siapa-siapa melainkan hanya seorang surirumah biasa saja.

Siapakah Amerzing?
Amerzing aka Amer Ridzuan. Semua orang memanggilnya Amer. Lahir pada tahun 1998 dan berasal dari utara, sama macam aku lol. Amer ni walau baru berusia belasan tahun tapi bagi aku dia punya pemikiran yang agak matured. Dia pandai bawa diri untuk menyelit di antara kami yang sudah agak dewasa ni. Boleh di katakan Amer ni dah macam our youngest brother di dalam dunia blog. Bagi aku Amer juga punya semangat juang yang tinggi untuk berjaya sebab itu dia dengan yakin dan berani menulis blog dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa melayu. Aku banyak kali juga singgah di blog Amer ni dan aku suka gaya penulisan dia yang simple dan sempoi. Bagi yang belum kenal Amer, boleh lah singah sekejap minum kopi di blog Amerzing ni ya. Aku yakin kalian akan di layan dengan baik. :D


Siapakah May Jiee?
Aku panggil May Jiee dengan nama Mai sebab nama sebenarnya ialah Noor Maizan. Mai ni bagi aku seorang yang amat peramah dan rajin. Bermula dari singgah kerana blogwalking saja tapi semakin hari semakin banyak komen yang tercetus antara aku dan dia. Aku lihat Mai seorang yang suka berterus terang dan straight forward. Jika suka dia akan cakap suka dan jika tak suka dia akan cakap yang dia tak suka. Walau kadangkala pendapat aku dan Mai tak serupa tapi aku happy sebab kami berdua boleh respect each other sebagai rakan blogger. Mai juga seorang yang cukup aktif dalam dunia blogging. Mana saja blog yang aku singgah pasti terselit nama Mai sekali di ruangan komen. Nampak sangat yang Mai ni memang rajin berjalan dari satu blog ke satu blog. Aku telah jadikan Mai sebagai salah seorang bloglist dan Mai juga telah masukkan kedua-dua blog aku ke list blognya. Bukan kami berpakat untuk masukkan blog masing-masing ke bloglist tapi ini adalah lahir dari keputusan kami sendiri.


Terima kasih sekali lagi ya Amerzing dan May Jiee sebab sudi memandang dan menulis sesuatu tentang diri sis ni. Terima kasih juga pada rakan-rakan blogger yang lain kerana sudi singgah, baca dan komen di artikel yang telah sis terbitkan selama ni. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa baik kalian semua dan sis harap kalian tak akan serik untuk berkunjung ke blog sis lagi di masa-masa yang akan datang.


Untuk blogger-blogger baru yang masih belum kenal sesiapa di dalam dunia blog ni, boleh request untuk join group Jom Terjah Blog di facebook. Di sana kami sedia menanti untuk kenal kalian semua dengan lebih rapat lagi. Kami juga sudi untuk terjah di blog kalian satu persatu sebagai tanda ikatan persahabatan :D


Baca Sepenuhnya

24 Mar 2017

Bukan Mudah Untuk Bergelar Suami Isteri

Sebelum ni aku dah cerita macamana aku boleh kenal, jatuh cinta dan lamar suami kan? Jadi sekarang aku nak share macamana kisah kami sebaik saja bergelar suami dan isteri.
Kalau awak nak tahu, sikap kami berdua amat jauh berbeza macam langit dan bumi. Bukan saja sikap malah latarbelakang kami juga amat berlainan sama sekali.

Qamar di lahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah. Ibu dan ayahnya bercerai semasa dia masih kecil dan peristiwa itu telah mengajarnya erti sebuah kemiskinan.Qamar merupakan anak ke 6 dari 9 beradik dan ibunya seorang diri yang terpaksa menyara kehidupan mereka dengan mengambil upah menoreh. Bayangkan sejak berusia 6 tahun lagi Qamar sudah mula membantu ibunya di kebun getah.

Aku pula anak bongsu dalam keluarga dari empat beradik. Aku punya dua orang abang dan seorang kakak. Sejak kecil aku di manja oleh semua ahli keluarga dan aku di hantar dan di jemput setiap hari dari sekolah sejak aku tadika sehinggalah habis SPM. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan kalau tidak ada duit di dalam poket kerana sejak menunggu keputusan SPM aku sentiasa di beri allowance. Soal pelajaran aku sama sekali tidak di pengaruhi oleh sesiapa. Apa saja bidang yang aku minat pasti ibu dan ayah akan beri sokongan yang penuh. Aku juga tak pernah sekali di pukul sejak kecil sampai sekarang malah aku boleh berkongsi apa saja cerita dengan ibu seperti dua orang kawan baik.

Perkahwinan aku dan Qamar memang penuh dengan cabaran. Dua insan yang saling sayang menyayangi tetapi punya kisah hidup yang jauh berbeza membuatkan kami berdua rasa kekok dan tertekan.

Qamar mahu aku berjimat tapi aku sendiri tidak pernah tahu bagaimana cara untuk berjimat. Benda apa yang telah aku bazirkan? Aku rasa semua benda yang aku beli adalah perlu dan penting! Sebagai contoh dia mahu aku kurangkan kos beli alat makeup tapi aku sudah lama pakai semua alat makeup dari jenama ni. Kalau aku ubah pakai jenama lain dan tidak sesuai dengan kulit macamana? Qamar juga mahu aku berbelanja ala kadar untuk barang dapur tapi aku dari dulu lagi sudah terbiasa dengan makanan yang sedap sedap.

Benda-benda begitu boleh buat kami bertegang urat sebabnya aku mahu pertahankan apa yang aku rasakan patut sedangkan dia mahu aku sedar yang hidup aku sekarang sudah tidak macam dulu lagi. Qamar mahu aku cepat-sepat sesuaikan diri dan ikut cara hidup dia yang suka menabung dan berjimat cermat sedangkan aku ni seorang yang suka berbelanja dan boros. Ye lah dia sejak dulu sudah bersusah payah cari duit sendiri sedangkan aku sejak dulu tak pernah tahu erti kepayahan mendapatkan duit. Apa yang perlu buat hanyalah minta dan minta. Nanti dah habis belanja aku hanya perlu minta untuk dapatkan duit belanja lagi.

Aku rasa amat tertekan dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk ceritakan semuanya pada emak. Emak pernah berulang kali suarakan pada Qamar untuk membantu dari segi kewangan tapi dia terus saja menolak. Katanya dia akan cuba sara keluarga guna duit dia sendiri. Aku memang dah agak itulah jawapan yang akan keluar dari mulut Qamar sebabnya memang dari dulu hidup berdikari sendiri. Kalau tidak masakan dia sanggup berkerja keras selama setahun di sebuah kilang semata-mata untuk dijadikan kos untuk membiayai pengajiannya dulu.

Aku sendiri tak menyangka yang aku dan dia boleh bergaduh sedangkan masa sebelum kahwin dulu kami sama sekali tidak pernah bertengkar. Percintaan yang sweet tapi sebaik saja berkahwin semuanya mula berubah. Tensionnya aku masa tu hanya Allah saja yang tahu.

Qamar ni memang kerashati soal hidup. Dia juga amat tegas apabila melibatkan harta benda orang lain. Sejak kahwin satu demi satu sikap sebenarnya mula muncul. Dan aku akui ada ciri-ciri istimewa dalam hidup dia. Demi Allah selama aku kenal berkahwin dengan Qamar dia sama sekali tidak suka menganggu dan mengambil hak orang lain. Sebagai  contoh dia pernah sekali jumpa wang sebanyak RM150 yang di ikat kemas di tepi jalan dan duit tersebut dia tidak guna sebaliknya di serahkan ke masjid bagi pihak empunya duit yang sebenar. Dia juga tidak pernah berhutang dengan rakan-rakannya walau ramai orang suka datang meminta untuk berhutang dari dia. Selain itu Qamar bukan seseorang yang suka meminjam maka di sebabkan itu seluruh ahli keluarganya tidak berani untuk meminjam apa saja barang dari Qamar sewenang-wenangnya. Jika ada pinjam apa-apa mereka akan jaga elok-elok kerana Qamar seorang yang amat hargai apa saja harta benda yang dia ada.

Bercerita tentang pinjam, aku nak storykan satu kisah. Dulu semasa aku mula berkahwin sehingga mengandung anak sulung kami belum punya apa-apa kenderaan. Ke sana sini hanyalah dengan menaiki bas dan berjalan kaki. Aku dan suami pernah berjalan kaki dari rumah sewa pertama kami di Bandar Teknologi Kajang sehingga ke Klinik Kesihatan Kajang. Kami berjalan kaki untuk pergi buat medical checkup sejak aku mula mengandung sehinggalah kandungan aku berusia 7 bulan. Bayangkan aku yang sering di hantar dan di jemput oleh ayah kini terpaksa menapak walau sedang berbadan dua.

[ dengan keadaan aku masa tu, pergi balik memakan masa 2-3 jam ]

Bila kandunganku masuk bulan ke 8, ibu dan ayah aku datang melawat dari kampung. Bila ayah dapat tahu yang aku dan Qamar ke sana sini dengan berjalan kaki maka ayah terus berkeras mahu belikan sebuah motorsikal baru untuk kami. Pada mulanya suami aku menolak tapi kali ini ayah gunakan kuasa vetonya dan suami aku terpaksa mengalah dengan sebuah syarat. Syaratnya dia mengambil duit tersebut dengan cara pinjaman. Nanti dia akan bayar pada ayah semula sedikit demi sedikit dan alhamdulillah ayah bersetuju tanpa mengenakan apa-apa faedah. Qamar akur dan terus membeli sebuah motorsikal baru secara cash pada minggu itu juga. Alhamdulillah dia berjaya selesaikan hutang ayah setahun kemudian yang di bayarnya secara beransur-ansur dan sehingga kini motorsikal tersebut masih elok di dalam jagaan Qamar walau sudah berusia hampir 15 tahun. Qamar cukup sayang dengan motor ni sebab ada kenangan antara dia dan ayahku yang kini sudah pergi dijemput ilahi.

Kesan daripada peristiwa tersebut rupanya amat besar. Keringat yang jatuh ketika aku berjalan kaki saat sarat mengandung dulu membuatkan suami aku berasa cukup bangga dan lebih menghargai diri aku ni. Dia pernah ceritakan kisah tersebut pada seluruh ahli keluarganya dan mungkin kerana itu ibu mertua aku amat sayang dan melayan aku dengan cukup baik sehingga ke hari ini. 
Aku masih ingat lagi masa berkahwin dulu, aku dengan selamba berterus-terang pada ibu mertua yang aku tidak tahu memasak. Jangan kata nak masak lauk, nak siang ikan pun aku tak reti. Ibu mertua aku sanggup datang dari kampung selama seminggu semata-mata untuk ajar aku asas di dapur. Aku dan ibu mertua sampai kini cukup rapat dan aku melayannya tak ubah macam ibu aku sendiri. Aku boleh memeluk dan mencium pipi ibu mertuaku sama seperti yang aku lakukan pada emak.

Pengalaman mematangkan fikiran. Ujian demi ujian datangnya untuk memberi kita sebuah pengajaran dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya di kemudian hari. Walau aku dan Qamar bermula dengan sebuah kepayahan namun kini kami dapat tersenyum lebar. 

Kekurangan aku adalah pada sikap boros yang masih belum dapat Qamar kikis 100% namun pelengkapnya adalah Qamar sendiri yang sentiasa menabung untuk kegunaan di saat kecemasan. Jika dulu aku terpaksa menapak berjalan kaki tapi kini aku telah di balas oleh Qamar dengan sebuah kereta baru yang diberikannya sebagai hadiah pada tahun 2009.

Apa yang penting di dalam sebuah perkahwinan adalah keikhlasan dan tolak ansur. Walau berbeza tapi apa salahnya kalau kita saling menerima kerana perbezaan itulah yang akan menjadi pelengkap antara kita dan dia.

Awak punya kenangan macamana? Ceritalah sikit..


Baca Sepenuhnya

23 Mar 2017

Full Edit Blog Untuk Holla My

Sedar tak sedar ini adalah pelanggan yang ke -9. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat pada tuhan sebabnya walau baru sebulan start beri servis edit blog tapi ada saja yang mesej bertanyakan tentang harga dan servis. Paling terharu ada juga pelanggan yang datang setelah di rekomenkan oleh pelanggan-pelanggan lama yang telah terlebih dulu mendapatkan servis dari aku. Terima kasih banyak ya.. terima kasih sangat-sangat!



Pelanggan aku kali ini namanya Wanie, pemilik kepada HollaMy yang sangat aktif menjual pakaian dan aksesori wanita melalui facebook, twitter dan insta. Kami belum pernah kenal tapi aku rasa sangat best semasa berkerjasama dengan Wanie sebabnya beliau seorang yang mudah untuk di bawa berbincang tentang konsep yang dia nak.

Di sebabkan Wanie mahu gunakan blognya untuk menjalankan perniagaan maka aku editkan satu template dari style grid dengan menggunakan warna putih sebagai latarbelakang supaya barangan yang Wanie ingin perkenalkan akan tampak lebih menonjol.                                                                                                                                    Wanie juga mahu kan dua warna seperti di sebelah  tu sebagai pelengkap gaya supaya blognya tu tampak lebih unik dan istimewa.

Selepas beberapa hari bermain dengan kod akhirnya template untuk blog Wanie telah berjaya aku siapkan. Sebaik saja submit Wanie terus berpuashati dengan susun atur template ini. Wanie sendiri dah tak sabar-sabar untuk start bisnesnya melalui blog.

Ini lah dia rupa blog Wanie sekarang.



Untuk lihat secara live, boleh pergi ke sini >> http://hollagojess.blogspot.my/

Harga yang sis tawarkan untuk edit blog memang sangat murah dan berpatutan, jika mahukan servis dari sis boleh hubungi sis melalui inbox fb atau email
Baca Sepenuhnya

22 Mar 2017

Geng Terjah Blog Telah Muncul !


Kelmarin sambil dok mengedit blog costumer terbaru, terdetik kat hati ni. Kesiannya kat kengkawan yang singgah di blog aku tu. Aku nak balas kunjungan tapi masa pula tak cukup.


Entah macamana terlintas kat kepala, kenapa tak aku buat satu list dan nanti bila aku lapang aku boleh terjah ke semua blog tersebut. Walau tak sempat nak tinggalkan komen at least aku sempat singgah follow dan klik ads di banner mereka seorang demi seorang. Kejap je kan kalau setakat follow dan klik ads tu. 


So, aku pun up idea ni ke status facebook dan inilah dia maklumbalas yang aku dapat dari rakan-rakan blogger yang aku kenal di facebook.




Masing-masing cakap nak dan setuju dengan idea ni. Walau aku sendiri tak tahu samada cara ni akan berkesan atau tidak namun tak salahkan kalau kita mencuba bersama-sama. Tak cuba tak tahu! ye tak?


So, tanpa buang masa aku terus buat 1(satu) kumpulan di facebook khas untuk jayakan misi ni. Jadi kat sini aku nak ajak rakan-rakan blogger mana yang rasa berminat untuk sama-sama turut serta bagi menjayakan misi yang satu ni. 


Jika benar-benar rasa idea ni bagus dan berbaloi untuk di cuba, boleh klik link SINI untuk join! Moga persahabatan antara kita semua akan semakin erat walau kadangkala kita tidak punya masa yang cukup untuk saling singgah di blog masing-masing. Ameen :D



Apa pendapat awak? Cer citer....
Baca Sepenuhnya

20 Mar 2017

Usop Sedih Persembahan Tak Menjadi

Tidak aku nafikan memang persembahan Usop kurang menyengat malam tadi. Rasa yang 'magic' tu takde. Memang betul apa yang di cakap oleh Dato Hattan, persembahan Usop malam tadi tidak segah persembahan minggu lepas.

Aku yakin supporters yang lain turut rasa apa yang aku sedang rasa. Memang kami sedih... sedih yang amat sangat sebab aura Usop jadi hambar minggu ini.

Jika penyokong rasa sedih, bagi Usop apa tah lagi. Aku dah agak Usop mesti rasa tak puashati dengan persembahannya sendiri malam tadi dan memang benarlah telahan aku tu. Sebaik saja selesai rancangan Mentor, Usop terus hubungi aku melalui inbox facebook dan menyatakan rasa bersalahnya yang teramat sangat kerana telah hampakan semua penyokong.


Kesian pula aku dengan Usop ni. Ada yang bagi kata-kata semangat dan tak kurang juga yang hina dan kutuk kerana tak puashati. Aku faham apa perasaan Usop sekarang ni. Bukan senang kalau diri tengah viral. Setiap minggu Usop menyanyi dengan membawa harapan yang cukup besar dan azam nya untuk berjaya amat-amatlah tinggi. Kalau aku berada di tempat Usop rasanya awal-awal lagi aku angkat bendera putih, hahaha :D

Ini antara maklumbalas yang aku rasakan cukup bagus dan ikhlas untuk Usop.


Walau ada yang kata yang bukan-bukan namun kebanyakanya masih lagi setia berdiri di belakang Usop. Ada saja nasihat yang di berikan dan semuanya inginkan Usop berjaya. Enjoy di atas pentas, jadi diri sendiri dan jangan terlalu stress, itulah harapan kami buat Usop. 

Kasi yang terbaik! Sehabis baik! Biar tak menang janji kami tahu yang Usop sudah cuba sehabis daya. Yang penting sikap loglaq tu kena ada.

"Ingat ya Usop, kami suka ang bukan sebab lain tapi kami suka sebab diri ang tu sendiri. Kami suka semangat ang yang tak reti nak putus asa masa audition dulu. Kami happy tengo loglaq ang yang tak di buat-buat. Jadi walau ang kena nyanyi atas pentas tu dengan lagu apa sekalipun, ang kena buat yang terbaik. Tunjuk yang ang dah cuba sehabis baik. Kalah menang takpa, itu semua adat bertanding."

Dan sebagai supporters semestinya aku dan yang lain-lain akan terus undi Usop. Biarlah susah bangun sama-sama sampai ke akhir dan kisah perjalanan Usop tetap akan kami kenang sampai bila-bila. Cuma, kalau dah glamour nanti janganlah lupakan kami ya Usop. 

Akhir kata, buat yang terbaik ya Usop dan jangan risau.... "kami semua maafkan Usop!" Jangan sedih-sedih, jangan stress-stress. Enjoy the show dan kami akan sentiasa beri undian untuk Usop selagi Usop tetap menjadi diri Usop itu sendiri :D

MASIH TAK TAHU CARA UNTUK UNDI USOP?? >> Klik SINI

#usopmentor #bakhg #blogsishawa
Baca Sepenuhnya

Nuffnang Beri Kempen CPC Lagi

Sebelum ni aku dah pernah cerita yang aku mula daftar Nuffnang sejak 15 Jan 2017 tapi blog aku ini hanya sunyi sepi dengan angka RM0.00. Walau tak dapat satu sen pun masa tu tapi aku terus cuba perbaiki blog ni dan menghantar soalan demi soalan pada pihak Nuffnang untuk tahu apakah punca sebenarnya blog aku tidak di pandang oleh Nuffnang. Berkat kesabaran, akhirnya Nuffnang sudi beri aku CPC sejak 06 March yang lalu. 

Kempen CPC pertama yang aku terima ialah dari Mamee Monster Biskid dan kempen CPC ke dua yang di beri oleh Nuffnang ialah Robi 

Hari ini aku makin gembira kerana blog ini telah berjaya mendapat satu lagi kempen CPC dari Nuffnang. Kempen ke tiga ini datangnya dari Doctor2U' 


Apakah maksud Doctor2U ini?
Doctor2U merupakan sebuah aplikasi penjagaan Uber mudah alih yang terkini. Ia dapat di akses dengan mudah dan cepat. Misi utama Doctor2U adalah untuk memudahkan pesakit mendapatkan doktor-doktor bertauliah  yang akan memberikan rawatan secara terus di rumah pesakit terbabit.



Aplikasi mudah alih ini boleh di akses oleh sesiapa saja melalui iPhone dan Android. 

Doctor2U telah di lengkapi dengan Live Chat untuk kegunaan semua pengguna aplikasi ini. Sesiapa saja boleh menghantar soalan dan tanda-tanda yang berkaitan dengan keadaan pesakit ketika itu dan pihak Doctor2U akan membantu menjawab segala masalah yang berkaitan secara terus tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Setelah pesakit mengemukakan masalah, tanda-tanda dan isu yang berkaitan maka pihak Doctor2u akan cuba memahami masalah sebenar seseorang pesakit ketika itu dan sekiranya seseorang pesakit itu mahu mendapatkan seorang doktor untuk terus datang memberikan rawatan di rumah mereka, maka Doctor2U akan membantu mendapatkan doktor terbabit bagi membantu si pesakit. 

Doctor2u akan mencari dan menghubungi seorang doktor bertauliah yang sedang berada dalam linkungan jarak 20km dari rumah pesakit. Setelah doktor itu memberi tindak balas maka aplikasi 'Doctor2U' akan segera memberi maklumat dan lokasi si pesakit kepada doktor terbabit untuk tindakan selanjutnya. Masa yang di ambil oleh seorang doktor untuk tiba adalah dalam masa 60 minit.

Sesiapa saja boleh mendapatkan khidmat dari aplikasi Doctor2U ini dan caj yang di kenakan adalah sebanyak RM250 (8 pagi sehingga 8 malam) dan RM420 (8 malam sehingga 8 pagi) untuk setiap permintaan.

Perkhimatan penghantaran ubat secara terus kepada pesakit di rumah masing-masing turut ada di dalam servis Doctor2U.

Mungkin ada yang akan menganggap aplikasi ini tidak penting namun lain orang lain pendapat. Yang penting ukur baju di badan sendiri dan kita wajib hargai apa saja usaha dan inisiatif yang di lakukan oleh orang lain. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari di >> http://doctor2u.my/

**********************

Ramai yang berkata Nuffnang sudah sendu tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting aku akan terus cuba dan berusaha untuk memikat hati si Nuffnang ni dan aku harap blog ini akan terus mendapat perhatian dari mereka dari masa ke semasa. Ameen.

Baca Sepenuhnya

19 Mar 2017

LAZADA 5th Birthday Surprise For Blogger



Amboi... amboi... amboi... makin hari makin ramai kengkawan share citer di blog terima hadiah mengejut dari Lazada Malaysia ya. Naik berbulu mata I ni tau. Eeee sakitnya tu di sini!! Bukan setakat sakit macam kena tikam dengan pisau tapi dah rasa macam kena bom dalam perang nuklear. Ini tak boleh jadi. I nak join jugakkkk....

Aku rasa mesti ada ramai lagi yang tengah menjeleskan diri dengan pelbagai barangan menarik dari Lazada ni kan? Dah macam satu fenomena di kalangan blogger sekarang ni. Sana sini bercakap tentang hadiah gempak dari Lazada. Haa ini lah dia kuasa blogger. Sebab tu kalau ada bisnes apa-apa baik suruh para blogger perkenalkan. Aku jamin mesti boom! Tengoklah sendiri Lazada Malaysia yang terkenal pun sanggup adakan contest khas untuk para blogger. Terima kasih Lazada sebab harga blogger-blogger macam kami :D

Tapi memang patut pun berita keluruhan Lazada ni menjadi bualan sebabnya memang dari dulu Lazada di sukai ramai. Aku sendiri dah banyak kali juga menjadi pelanggan Lazada. Dan sedar tak sedar sekarang Lazada bakal menyambut kelahirannya yang ke 5 (lima) pada 22 March ni.

Sepatutnya kita beri hadiah pada orang yang sambut kelahiran kan? Tapi ini dah terbalik. Bukan kita yang kena beri hadiah pada Lazada tetapi tetapi kita pulak yang berpeluang untuk menang sesuatu dari Lazada. Bukan kita yang perlu buat suprise tapi pihak Lazada yang nak beri kejutan tu. You are the best la Lazada! U all memang awesome. Tak sia-sia semua pelanggan support sebab kalian memang tahu bagaimana untuk hargai pelanggan.

Untuk para blogger Lazada akan beri hadiah mengejut bagi pemenang bertuah manakala bagi yang tidak punya blog boleh shopping gila-gila di website Lazada dengan potongan diskaun sehingga 90%. Suka nak di ulang sekali lagi, diskaun sehingga 90%!! Ahak ahak ahak.. tersedak aku di buatnya! :D

Kalau tak caya boleh pergi ke link ni dan tengok sendiri >> http://www.lazada.com.my/birthday-sale/. Sales ni akan di buka dari 22 March - 24 March jadi sila bersedia untuk rebut peluang yang ada ni. Kalau lambat gerenti melepasssss...


APA YANG AKU SUKA TENTANG LAZADA MALAYSIA?
Sudah tentu kerana websitenya yang cukup mudah untuk di akses. Aku tak perlu keluar rumah pun tapi aku masih tetap boleh shopping macam orang lain. Segalanya hanya di hujung jari dan memang sangat sesuai lah dengan situasi aku yang punya ramai anak ni. Kalau aku nak keluar shopping di luar, jawapnya aku susah nak luang masa yang lama untuk shopping dengan selesa sepuas hati tapi di Lazada aku bebas untuk shopping dengan sepuas-puasnya. Aku juga boleh dapatkan detail produk sebelum membuat keputusan untuk membeli. Yang aku paling suka adalah pada harga. Kalau nak tahu harga yang di tawarkan oleh Lazada jauh lebih murah dari pasaran biasa. Kadang-kadang tu ada perbezaan sampai sekali ganda. Itu belum di kira tentang barangannya yang sentiasa up to date dan terkini. Aku cukup perasan yang barangan di dalam website Lazada ni sentiasa di kemaskini dan ia membuatkan aku semakin teruja setiap kali berkunjung ke website mereka. Syabas Lazada.

TIGA PRODUK DARI LAZADA MALAYSIA (YANG AKU NAK...!)
Telan air liur berkali-kali bila bayangkan hal ni. Kalau boleh jangan kata tiga tapi aku nak semua! Hahaha. Serius cakap barang dari Lazada memang awesome okay. Actually aku memang dah buat wishlist sendiri barang apa yang aku nak grab dari Lazada ni dan cuma tunggu masa grab je tapu kalau barangan ni dapat free dari Lazada lagi bagus.. Sah sah memang aku akan loncat tinggi-tinggi depan famili kalau berjaya dapat semua ni. Yang paling utama aku akan tayang depan suami terang-terang dan cakap..

"Tengok ni! Kan dah cakap sebelum ni yang shopping kat Lazada ni memang awesome tapi you tak nak caya.. lepas ni janji jangan marah kalau I shopping online lagi tau."

Biasalah nama pun lelaki kan? Mereka bukan boleh tengok si isteri shopping banyak-banyak mulalah dia kata kita nak membazir dan bila kita cakap produk dari Lazada ni murah dan bermutu dia tak nak caya pulak.. Eeee geram..!

Dari dulu berkenan betul dengan set sofa L ni. Besar kemungkinan hajat ni tak kan tercapai, ye lah cuba tengok tu hanya tinggal 1 unit je lagi. Tapi serius cakap aku memang berkenan sepenuh hati dengan set ni. Simple, menarik dan cozy. Warna pun cantik dan mudah untuk di mix and match dengan perabot yang lain.


Wow!! Terbeliak biji mata tengok dining set ni. Memang sesuai habis dengan citarasa aku. Warna putih dan biru amat cantik dan kalau di kenakan dengan set living room di atas tu makin nampak cantik dan awesome. Tambahan pula rumah aku ni dalam bentuk memanjang jadi ruang tamu dan ruang makan memang berada berdekatan.  Aku ni memang suka basic putih yang di sentuh dengan warna-warna terang sebab ia akan buat rumah nampak sangat nice and cozy. Design yang simple pula akan buat ruang nampak lebih luas dan tak serabut. I like! :D


Yang terakhir ialah kabinet ni. Kabinet ni boleh lah di letakkan berdekatan dengan dinner table dan di dalamnya akan ku isi dengan set pinggan mangkuk kesayangan. Di atasnya boleh di letak bunga hidup dan pada dinding di belakangnya boleh lah di letakkan gambar keluarga yang besar. Untuk lebih nampak cantik boleh di letakkan hamparan permaidani dari warna oren dan biru untuk menaikkan lagi seri wajah ke dua-dua ruangan tersebut.


Pendapat Peribadi Bagaimana Untuk LAZADA Mempertingkatkan Perkhidmatan
Aku harap Lazada boleh adakan website mengikut zon negeri supaya semua rakyat Malaysia boleh dapatkan barangan Lazada dengan cara COD (Cash On Delivery). At least semua barangan boleh di beli dengan lebih seronok tanpa perlu melibatkan servis penghantaran jarak jauh. Cara ini juga boleh menyebabkan semua pelanggan mendapat barangan dengan lebih cepat dan selamat.

Ucapan Ulangtahun Ku Untuk LAZADA MALAYSIA
Selamat ulangtahun Lazada! Aku doakan moga kalian terus maju dan maju serta dapat mengekalkan mutu sedia ada di tahap yang terbaik. Aku juga doakan moga kalian akan terus berkembang sehingga menjadi salah satu website jual beli yang terkemuka di dunia!


Adakah aku akan menang? Entahlah... ini semua rezeki dari Tuhan. Yang penting kena join kalau tak join lagi sakit hati nanti kan? Baik ikut serta sekurang-kurangnya ada juga peluang.. jom jom join ramai-ramai :D

Klik sini untuk tahu semua syarat-syarat yang di tetapkan >> http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

HAPPY BIRTHDAY LAZADA MALAYSIA & THANK YOU SO MUCH FOR THIS OPPORTUNITY. WE ALL LOVE YOU!! :D
Baca Sepenuhnya

18 Mar 2017

Asal Kaca Kini Plastik

Artikel ini di tulis untuk menceritakan tentang aku dan suami yang 'berperang' tentang sebuah set meja rotan. Aku nak sangat-sangat tapi suami aku tak setuju.


Lebih kurang beginilah set mejanya. Harga pun cuma RM299 tapi suami aku tetap tak setuju di sebabkan permukaan mejanya tu di perbuat daripada kaca. Frust aku rasa tau sebab aku memang dah berkenan sungguh. Dah terbayang kat kepala ni nak letak kat pintu masuk. Uwaaa sedih sedih..

Balik rumah masih lagi terbayang-bayang. Masalah masalah. Muka jangan cerita lah. Dah kelat macam baru lepas telan buah peria mentah. Muncunggg je. Suami selalu cakap muncung ni macam boleh ikat buat reben. Huh!

Tapi memang betul pun apa yang suami cakap. Rumah aku ni ada baby kecik yang baru berusia setahun lebih jadi apabila permukaan meja tu kaca maka boleh undang bahaya. Anak aku ni 'baru boleh kaki' orang kata jadi semua tempat dia nak teroka dan semestinya meja tu nanti akan turut dia nak panjat. Kalau terbalik? Terjatuh terhempas kena anak? Bahaya kan? Maka aku pun mula sedar kesilapan sendiri yang mudah terikut dengan sikap kebudak-budakan ni. Jika di beri pilihan set meja rotan ni dengan anak of course la aku pilih anak beb! Hilang akal ke nak pilih meja daripada anak.

Namun siapa sangka, akhirnya hajat aku tercapai juga. Ini semua berkat kesungguhan suami yang benar-benar nak puaskan hati aku yang tak reti nak dengar cakap dia ni. Kikiki. Jangan ingat dalam drama je wujud "Suami aku paling sweet" sebabnya suami aku pun sweet juga. Aku rasa kan, para suami ni sebenarnya terpaksa bertukar jadi sweet dek kerana isteri yang asyik nak protes je.. degil! Tak mau dengar kata! Tarik telinga baru tau! :D

Akhirnya, daripada kaca suami aku tukarkan ke plastik. Aku pun tak tahu apa nama sebenar materialnya (lupa nak tanya) tapi yang pasti memang sebiji macam kaca kalau lihat dari jauh. Suami sendiri yang pergi beli, potong dan pasang. Mudah cakap suami buat seorang dari a-z.

Jika sebelum ni permukaan kaca hanya di letak macam tu saja di meja tapi kali ini suami aku terus skru permukaan baru daripada plastik ni ke meja. Jadi walau anak aku tarik dan meja tu terbalik namun masih selamat dan tak jadi apa-apa.

Inilah hasilnya. Okay ke idok?



Bagi yang ada baby comel di rumah dan punya meja kecil yang di perbuat daripada kaca macam aku, mungkin boleh gunakan tips ini supaya keselamatan anak lebih terjamin.
Nak cantikkan rumah pun janganlah sampai bahayakan anak, betul tak?

Yang penting, hajat aku untuk miliki meja kecil comel ni telah kesampaian. Yes yes yes!
Syukur alhamdulillah, and thanks to my husband for this lovely gift :D


Baca Sepenuhnya

17 Mar 2017

Aku Teringin Nak Beli Barang IKEA Tapi....

Aku teringin nak beli barang IKEA tapi.... suami aku tak izinkan. Huhuhu. Nak tahu kenapa suami aku tak izinkan? Kerana...

Suami aku cakap dia nak buat sendiri perabot kat rumah. Seriously, aku memang geram sangat tengok perabot-perabot dari IKEA tu sebab ia cukup kena dengan style aku yang sukakan sesuatu yang simple dan unik. Tapi sebagai isteri kenalah ikut cakap suami kan?

Entahlah, kalau nak di ikutkan dulu-dulu aku mengidam nak rumah banglo dengan perabot empuk empuk tapi sejak suami aku ni minat bertukang dengan aku sendiri telah berubah citarasa. Tak payah lah rumah banglo, rumah biasa pun aku dah bersyukur. Malah makin hari aku makin jadi jatuh cinta pada perabot DIY. Walau ada yang kata perabot begini tidak cantik dan nampak biasa tapi bagi aku ia cukup bermakna dan nampak sweet. Kalau suami aku penuhkan satu rumah dengan perabot kayu pallet pun aku suka.Lain orang lain citarasanya kan?

Nak tahu barangan apa yang telah suami aku siapkan? Jom layan gambar-gambar kat bawah ni.... :)





Selain dari semua ni suami juga ada membuat tapak hantaran dan juga cake stand. Pada mulanya sekadar buat suka-suka je tapi alhamdulillah sudah ada orang yang hubungi kami untuk membuat tempahan. Harga yang kami kenakan pun murah-murah je sebab ini semua lebih kepada hobi :D



Ada ke yang nak kahwin dalam masa terdekat ni? Kalau ada dan nak tapak hantaran yang unik dengan harga yang terlajak murah, boleh hubungi sis ye. Tapak hantaran macam ni tak payah lagi susah payah untuk letak reben dan lain-lain, hanya perlu letak bunga je sikit di atasnya supaya barangan hantaran tampak lebih menonjol dan semestinya semua tapak hantaran ni boleh di gunapakai oleh seluruh ahli keluarga. Kalau rasa boring dengan colour asal boleh di cat dengan colour yang lain dan jika nak lebih menguntungkan boleh buat sewa pada teman-teman. Suami gunakan kayu baru yang di beli terus dari kilang.


   
    



Ada banyak lagi design untuk tapak hantaran dan cake stand ni sebenarnya tapi tak sempat nak snap. Yang pasti, semua tapak hantaran ni telah di buat dengan penuh kasih sayang. Tapak tapak hantaran ni juga sangat tahan lasak dan boleh menampung berat sehingga berpuluh kilogram. Nak tahu sebab apa sis yakin?

Tu haa.. cer tengok tue. Orang sibuk nak ambil gambar 'dia' sibuk nak buat quality control. Bukan main lagi di tonggek ke arah kamera ni. Sabar je la :D


Jika nak tahu detail lanjut berkaitan barangan di atas, boleh emailkan ke : rosebirumuda@gmail.com

Belum pernah shopping dengan IKEA. :(
Baca Sepenuhnya

Dua Blog Jalan Seiring

Mula-mula dulu ingatkan nak buat satu blog je tapi kerana tak nak nampak terlalu serabut so aku decide untuk buat dua blog. Blog pertama http://sishawa.blogspot.my/ lebih pada kisah personal, giveaway dan isu semasa manakala blog ke dua khas untuk cantikkan blog.


Blog ke dua aku fokuskan pada bidang design dan edit blog semata-mata. Selain bersedia menerima tempahan dengan harga yang agak murah di pasaran (sekitar RM15 - RM25 jer), aku juga ada berikan tutorial percuma setakat mana yang aku tahu. At least awak semua pun dapatlah tahu sikit-sikit ilmu edit blog ni kan? Terus terang aku ni takde la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh lah, Inshaa Allah...

Design untuk blog ke dua tampak lebih ceria dengan pemandangan di dalam taman bunga supaya tampak lebih santai, fresh dan cantik. Rasanya tema ni sesuai dengan topik blog itu sendiri.

Bagi yang berhajat untuk belajar dan ikuti langkah cantikkan blog, boleh follow blog ke dua sis tu.. Ni pun sis baru je masukkan tutorial baru bagaimana untuk letakkan button follow di sidebar. Bagi yang nak tahu bagaimana nak letak button follow me macam ni, boleh lah singgah di blog ke dua sis tu ya. Freebies untuk blog pun sis ada berikan juga. Namapun freebies kan so semestinya semuanya adalah secara percuma.

Perancangan akan datang aku ingat nak cari info dan tips tentang SEO dan kongsikan juga di blog ke dua aku tu. Bukan apa, sebabnya aku sendiri masih banyak kelemahan dalam bidang SEO jadi memang teringin sangat nak dalami bidang SEO ni. Moga-moga dapat tingkatkan diri dalam dunia blogging ni.. Ameen :D

Baca Sepenuhnya

Aku Cemburu Pada Blogger Yang Lain

Rezeki itu terletak di tangan tuhan bukannya di tangan manusia dan alhamdulillah hari demi hari aku rasa semakin gembira menjadi seorang blogger. Namun tidak aku nafikan untuk menjadi seorang blogger perlukan kesungguhan yang tinggi dan berterusan.

Dulu aku telah pernah kecundang sekali sebagai seorang blogger. Aku kecundang bukan kerana siapa-siapa melainkan kerana diri aku sendiri. Masa itu aku menulis dengan hati yang tidak ikhlas. Aku berniat untuk jadikan blog sekadar tempat untuk mengisi masa lapang dan aku menulis mengikut apa yang aku suka saja tanpa menitikberatkan kehendak para pembaca. Aku selfish!

Tapi kini sejak kembali menjadi blogger aku telah nekad dalam hati. Aku nekad untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa yang dapat memberi info dan ilmu walau hanya sedikit pada orang lain di luar sana. Aku juga mahu menjaga blog ini hanya dengan menerbitkan kisah-kisah yang boleh menjadi pengajaran dan teladan pada orang lain.

Pada bulan pertama aku menjadi blogger aku rasa 'geram' apabila.. blog aku ini tidak di kunjungi ramai. Jangan kata nak orang datang selalu, nak dapatkan satu komen untuk setiap artikel pun cukup payah. Bila lihat pada blog orang lain yang rajin aku singgah, terdetik pula kat hati, kenapa blog mereka selalu di baca oleh orang lain? Kenapa blog aku terpinggir?

Hari demi hari aku akan singgah ke blog-blog tersebut.  Aku lihat ada saja artikel yang di keluarkan tanpa jemu. Kadang-kadang sehari boleh keluar sampai tiga ke empat artikel secara berterusan dengan tajuk isu yang pelbagai. Hebat! Sangat-sangat hebat.

Dengan rasa 'cemburu' yang melimpah aku telah mula menjadi seorang yang lebih bersemangat. Aku cuba paksa diri aku menulis setiap hari dan kadang-kadang aku berjaya menulis beberapa artikel sekaligus. Sekarang artikel yang sudah siap di tulis sudah ada tersimpan dalam draft yang hanya menunggu masa untuk di terbitkan saat aku sedang ketandusan idea. Terdetik pula di hati. Mungkin ini caranya yang blogger lain lakukan sehingga mereka berjaya terbitkan lebih dari satu artikel pada satu-satu masa.

Walau sudah berjaya menulis pelbagai artikel namun aku masih lagi tidak berpuashati. Kali ini setelah melihat penampilan wajah blog-blog mereka. Cantik, kemas dan bersih. Cukup senang dan mudah untuk membaca semua isi yang di terbitkan di blog mereka. Di sini dapat aku buat kesimpulan yang wajah dan susunan blog turut memainkan peranan untuk menarik minat pengunjung. Walau ada peribahasa inggeris mengatakan yang 'dont judge a book by its cover' tapi ia tidak boleh di guna pakai 100% di dalam dunia blogging. Jangan kata orang lain, aku sendiri pun suka singgah di blog-blog yang comel, sebab apa? Sebab aku geram! Geram tengok wajah blog orang lain yang lebih menawan dari blog aku.  Selain itu aku rasa seronok membaca di dada blog yang cantik. Mujurlah aku ada mempunyai secubit ilmu asas dalam bidang editing blog dan alhamdulillah aku berjaya menyiapkan blog sendiri mengikut kehendak hati.

Sekarang adalah bulan ke tiga aku menjadi seorang blogger, blog ini sudah mula menerima pengungjung. Walau tidak sehebat blog orang lain namun aku bersyukur kerana ada peningkatan. Rasa gembira yang amat sangat kerana nampaknya aku sedang berjalan ke arah yang betul. Tapi masih ada lagi perkara yang aku tidak puas hati. Kenapa blog aku tidak boleh menjana income? Arghh.. aku mula rasa 'cemburu' semula.

Aku mencari info tentang cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog. Dalam pelbagai cadangan yang diberikan oleh para blogger aku tertarik dengan 4 (Empat) cara ini:

  1. Pihak Pengiklan
  2. Tempahan Edit Blog
  3. Review
  4. Sertai Giveaway

1- Pihak Pengiklan
Mula sekali aku memohon dengan Nuffnang namun sehingga awal bulan Mac aku sama sekali tidak dapat menerima apa-apa kempen pengiklanan dari Nuffnang tapi kini alhamdulillah pihak Nuffnang telah mula melihat blog ini walau masih samar-samar.

Aku juga ada memohon dari Addsense namun malangnya blog aku masih belum boleh di terima oleh pihak Addsense. Kata mereka blog aku masih ada beberapa kekurangan yang perlu di perbetulkan. Kerana itu buat masa ini aku nekad untuk bersama Nuffnang. Mujur juga aku ada dua blog jadi blog ke dualah yang akan aku gunakan untuk berkerjasama dengan Addsense nanti.

2- Tempahan Edit Blog
Masa mula-mula menawarkan perkhidmatan ini aku risau juga kalau tidak ada sesiapa yang mahukan servis dari aku ni. Tapi aku yakin dengan rezeki Allah jadi aku cuba beri yang terbaik dan selebihnya aku hanya mampu berserah pada Dia. Ye lah, tak kan aku nak ugut orang suruh tempah dari aku kot. Lagi pula ada begitu banyak blog yang turut menawarkan khidmat yang hampir sama. Kerana itu aku cukup hargai pada semua blogger-blogger yang telah sudi menghubungi aku untuk mendapatkan khidmat ini buat blog mereka.

3- Review
Aku memang suka baca artikel berkaitan review ni sebabnya aku boleh dapat satu jawapan yang tepat dan padat tapi terus terang aku juga takut untuk mereview blog seseorang kerana aku takut kalau-kalau ayat aku nanti boleh mencetuskan salah faham antara aku dan tuan punya blog walau hati kita sebenarnya mahu berterus terang akan sesuatu yang tidak kena di mata kita sebagai seorang pembaca. Namun sekiranya ada yang berminat untuk dapatkan khidmat aku untuk mereview blog aku terima dengan tangan yang terbuka.

Allah punya kuasa, walau aku belum di minta oleh mana-mana blogger untuk mereview blog mereka namun aku telah di hubungi oleh beberapa syarikat yang agak terkenal di negara ini untuk mereview produk mereka. Aku di tawarkan bayaran sehingga RM50 bagi setiap artikel dan beberapa hari lalu ada satu company menawarkan blog aku ini untuk menjadi duta bagi produk mereka. Saat ini aku masih pertimbangkan lagi akan semua syarat yang di kenakan. Walau excited namun aku tidak boleh membuat keputusan dengan terburu-buru.

4- Sertai Giveaway
Part ni yang paling aku suka sebabnya dengan sertai giveaway aku bukan saja berpeluang menang pelbagai hadiah dan wang tunai malah aku juga secara tidak langsung akan berjaya menarik trafik untuk blog aku sendiri.

Jika ada masa terluang aku pasti akan join giveaway yang sedang berlangsung di blog orang lain malah aku sendiri sudah tanam azam untuk adakan sekurang-kurangnya 1(satu) giveaway setiap bulan. Rasanya aku telah berjaya menang sebanyak empat kali dan hadiah terbesar yang pernah aku terima adalah wang tunai sebanyak RM50.

Sekarang aku sedang cuba sedaya upaya untuk terus menaikkan trafik untuk blog ini. Memang kadang-kadang aku rasa malas untuk blogwalking, aku rasa malas untuk post artikel, aku rasa malas untuk balas komen TAPI, aku tak akan sesekali membiarkan rasa malas aku ni berleluasa dalam diri. Aku tak akan sesekali lupa bahawa aku pernah kecundang dulu dan kali ini aku tidak ingin kecundang lagi. Aku akan terus pastikan untuk membuat yang terbaik sebagai seorang blogger.

Terima kasih banyak-banyak pada semua rakan-rakan blogger dan para peminat blog yang sudi berkunjung dan menjadi salah seorang pembaca di blog ini. Jika ada tersalah silap terkasar bahasa semasa menulis, sis minta maaf ye.. 

Semua orang bermula dari bawah. Gagal atau berjaya diri sendiri yang akan tentukan dan jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita tersalah membuat keputusan.
Baca Sepenuhnya