Blog Design

Full Edit Blog Untuk Sis Farhana

15:03

Hari ni selesai kenakan baju baru untuk blog sis Farhana yang lebih mesra di panggil dengan nama Kak Na. Aku baru je kenal Kak Na ni tapi yang aku cukup pasti dia juga seorang blogger yang cukup baik dan penyabar. Malah Kak Na juga merupakan seorang seller online yang amat giat menjual produk makanan kesihatan terutama yang berasaskan sunnah.

Maka tak hairanlah kalau Kak Na memilih warna HIJAU sebagai asas untuk blognya. Blog ini akan Kak Na gunakan untuk berniaga dengan nama Fames Rich Shoppe. Cukup mudah untuk berkerjasama dengan Kak Na kerana dia sudi berikan sepenuh kepercayaan pada aku untuk designkan wajah untuk blognya ini dari header sehinggalah ke footer.

Walaubagaimanapun Kak Na ada juga berikan beberapa kriteria yang perlu aku penuhi, antaranya ada perkataan Assalamualaikum pada setiap entry secara automatik. Jom kita lihat bagaimanakah wajah blog Kak Na sebelum dan selepas di makeover.

[ SEBELUM ] 

[ SELEPAS ]
Untuk header aku tampilkan sebuah laptop dengan wajah 'online shop' bersama dengan bunga-bungaan. Sekali tengok header dah boleh tahu yang blog ini adalah sebuah 'kedai online' yang di miliki oleh seorang wanita. :D

Bahagian footer yang sedondon dengan header.

Alhamdulillah, bila submit je Kak Na cakap dia setuju dan amat berpuashati. Senyum sampai telinga bila kehendak yang pelanggan nak 'kena' dengan hasil design yang ditampilkan.

Jom kita singgah ke blog Kak Na di sini >>  http://famesrichshoppe.blogspot.my/

News & Events

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - PUDING OREO MILO

12:50

Semua dah sedia maklum yang umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dan tidak lama lagi akan menjelanglah Syawal maka semestinya ramai yang mahu dapatkan pelbagai kelengkapan serba baru kan? Maka tidak hairanlah apabila LAZADA Malaysia turut mengambil peluang ini untuk meraikan detik istimewa setahun sekali ini bersama kita dengan melancarkan kempen jualan murah yang di beri nama Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya. Kempen ini sudah pun berlangsung sebenarnya dan akan tamat pada 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%. Pergh. Dasyat!


Senyuman aku ni terus melebar sampai ke telinga bila dapat berita baik ni. Ini yang membuatkan aku makin sayang dengan si LAZADA ni. Bukan setakat sayang malah kagum apabila terbaca tentang kerjasama antara pihak Lazada Malaysia dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini. Nampaknya Lazada sentiasa berkerja keras untuk merapatkan lagi ikatan antara penjual dan pembeli secara alamaya ni. Bagus bagus bagus! Makin bagus apabila ada pelbagai kempen dengan diskaun yang amat meletup-letup ni.

Yang lebih mengujakan pihak Lazada tururt menganjurkan contest untuk para blogger. 
https://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Of course aku nak ikut serta dalam contest ni. Manalah tahu ada rezeki baby dalam kandungan ni, dapat juga shopping kelengkapan raya dengan baucer. Wah, tingginya angan-angan aku ni nampaknya. Hehehe. Contest kali ini akan di adakan selama 4(empat) minggu berturut-turut deengan pelbagai topik yang menarik dan para blogger boleh sertai kesemuanya sekali jika mahu. Selain hadiah utama, pihak Lazada turut menawarkan hadiah mingguan untuk 3 blogger bertuah setiap minggu. Nampaknya akan ada ramai blogger yang berpeluang untuk menang ni. Semakin ramai blogger yang join maka semakin banyaklah hadiah yang akan di berikan nanti. Eeee excited sangat ni tau! Lazada... I love you. :D

Contest Minggu Pertama : 19 Mei - 1 Jun 2017
Topik : DELICIOUS RAMADHAN 

Makanan kegemaranku semasa iftar adalah PUDING MILO OREO
Awa suka buat dalam bekas kecil-kecil macam ni. Lebih senang apabila anak-anak nak makan.

RESEPI PUDING MILO OREO
- 1 bungkus agar-agar tali / 10 gram serbuk agar-agar
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan Milo
- 1 cawan gula pasir
- 1 paket biskut Oreo

Cara-caranya:
1. Masak agar-agar tali bersama air dengan api sederhana sehingga agar-agar benar-benar larut.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
4. Sekarang asingkan kepada 2(dua) bahagian. 1(satu) bahagian di biarkan dalam bentuk asal manakala 1 bahagian lagi di campurkan dengan Milo.
5. Patahkan oreo dan masukkan ke dalam seluruh loyang.
6. Tuangkan adunan Milo ke dalam loyang sehingga menutupi oreo tadi dan apabila adunan tersebut mulai mengeras, tuangkan pula sedikit adunan susu di atasnya. Lakukan berulang kali mengikut kreativiti sehingga ke dua-dua adunan habis.
7. Biarkan puding beku di dalam suhu bilik kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam petisejuk. 


MILO 2KG HANYA RM29.40?
Terbeliak biji mata ni bila lihat harga Milo kat website Lazada tadi. Memang murah sangat-sangat!!! Lebih murah daripada beli dari pasaraya nampaknya. Aku sendiri dah tengok barangan yang ditawarkan di website Lazada dan memang betul ada pelbagai produk menarik dengan harga promosi termasuklah pelbagai jenis kurma yang memang sinonim dengan masyarakat Islam sepanjang masa berpuasa.

Jom kawan-kawan, kita shopping untuk ramadhan dan syawal di website Lazada. At least tak payah bersesak-sesak kat pasaraya sepanjang kempen ni berlangsung. Kita klik-klik je pastu tunggu barangan tiba di hadapan pintu. Sudahlah jimat duit, boleh pula jimat tenaga sepanjang bulan puasa ni. Seronok kan? :D 

Apa tunggu lagi? JOM KITA SERBU ke LAZADA MALAYSIA

Blog Design

Full Edit Blog Untuk Mrs Pip

10:05

Nak nangis rasanya bila lihat masih ada kengkawan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku ni. Kalian memang awesome dan I luv u alls so much from deep of my heart (true!!). Terharu sangat bila dapat tahu masih ada yang sudi merindui diri ini tapi sebenarnya aku ini lebih lagi merindui kalian.

Untuk kengkawan blogger yang ku rindui terutamanya yang sering singgah walau tanpa sempat ku balas, terima kasih banyak ya kerana sudi kenang akan diriku ini. Yang pasti aku masih lagi bergelar seorang blogger cumanya keadaan tidak begitu mengizinkan.
Walau bagaimanapun aku masih lagi tekun menyiapkan blog beberapa rakan walau dalam keadaan slow motion. Dalam hati kalau boleh nak siapkan cepat-cepat dan segera terima tempahan baru tapi untuk bulan Mei ni memang aku terpaksa slow down sikit. Start bulan Jun barulah boleh terima tempahan baru dan InshaaAllah moga-moga akan kembali aktif seperti bulan April yang lalu, ameen. Inipun sudah ada kengkawan blogger yang email dan mesej untuk masukkan nama untuk tempahan Jun, thanks sangat sebab suka dengan hasil kerja I ni ya.

Entry kali ini aku nak kongsikan hasil kerjaku untuk blog Mrs Pip. Mrs Pip ni semestinya salah seorang rakan blogger yang cukup aktif dan amatlah baik. Serius memang baik dan awesome. Walau tak pernah bertemu muka tapi beliau cukup sporting dn penyabar.

Apabila di tanyakan bagaimanakah blog idamannya? Mrs Pip nyatakan yang beliau tak nak ada bunga langsung di blognya, sebaliknya beliau memilih BUTTON/BUTANG sebagai tema.  Hah. lain daripada yang lain. Memang mencabar jugalah sebabnya kalau bunga tu sah-sah mudah nak cantikkan sebabnya memang dah sedia cantik tetapi bila di minta tema blog dengan BUTTON/BUTANG tanpa ada sebarang bunga-bunga, terkebil juga lah biji mata ni pada mulanya.

Apapun aku tetap cuba juga sedaya upaya untuk puaskan permintaan rakan bloggerku yang tersayang ni dan akhirnya inilah dia rupa blog Mrs Pip sebelum dan selepas di makeover.

[ SEBELUM MAKEOVER]

Sebelum ini blog MrsPip menggunakan warna kelabu dan putih tetapi kali ini Mrs.Pip mahu tampilkan blog personalnya ni dalam warna KELABU + HIJAU + BIRU.

[SELEPAS MAKEOVER]

Bahagian footer yang di matchingkan dengan header.
 Yang pasti, aku amat lega bila Mrs.Pip cakap dia suka dan amat berpuashati dengan hasil design ni. Fuh... settle satu tugas. Tapi masih ada lagi tugas yang perlu di teruskan kerana masih ada beberapa blog yang perlu di siapkan dengan segera.

Ohya, alang-alang dah menulis ni. Pada kengkawan blogger yang sering bertanya khabar tu, suka Awa katakan yang kandungan Awa dalam keadaan sihat dan baik. Awa dah pun mula dapatkan check-up dengan pihak hospital, malah doktor juga dah scan kandungan Awa ni. Alhamdulillah kandungan sudah masuk minggu ke-12. Cumanya alahan morning sickness tu masih belum hilang 100% lagi. Kadang-kadang sehari suntuk tak selera untuk sentuh apa-apa makanan tapi Awa akan cuba sedaya upaya untuk jaga kesihatan ni so kalau tetiba rindukan Awa, kirimkanlah doa untuk Awa di sini ya :D

Apa lagi jom lah singgah ke blog Mrs Pip >> http://sukasukasurirumah.blogspot.my/

Blog Design

Full Edit Blog Untuk MamaNurins

13:45


Simple jer mesej dari Kak Mila pemilik kepada blog MamaNurins ni. Permintaan yang di berikan oleh Kak Mila sama jer dengan kebanyakan blogger yang lain, masing-masing nak kan blog yang sama sekali lain daripada blog yang sudah di pakai sebelum ini sebab nak tukar mood. Aku ni lagilah, kalau boleh tiap-tiap bulan nak tukar baju baru untuk blog ni cuma ketagihan untuk selalu menukar template tu sudah mula berkurang sejak asyik bermain dengan code blog kengkawan blogger ni. 

Ini kali pertama kenal dengan Kak Mila dan rupa-rupanya beliau merupakan salah seorang pengedar produk Shaklee. Jadi semestinya warna hijau tetap kena ada lah cumanya tak naklah terlalu hijau seperti sebelum ini.

[ SEBELUM ]


Selepas berbincang apa yang patut aku buat keputusan untuk gunakan warna hijau, hitam dan merah pink. Header Kak Mila sendiri yang cadangkan. Nak tulisan sambung-sambung, ada bunga-bunga di tulisan dan ada seekor flamingo warna pink katanya. 

[ LAKARAN KASAR SEBELUM MULA DESIGN ]
Sebelum start kerja, aku akan buat lakaran kasar dulu. Kemudian baru aku perah otak untuk hasilkan design yang sebenarnya. Dengan cara ni design yang akan di hasilkan kena dengan kehendak pelanggan.

Akhirnya beginilah rupa kejadian untuk keseluruhan blog MamaNurins selepas dizahirkan dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah mujurlah Kak Mila suka dan puashati.

[ HASIL SELEPAS DESIGN]

Sekali submit terus Kak Mila cakap... "Okay.. proceed!" Fuh lega! Lega sesangat. Mission complete :D


Hingga hari ini masih ada yang mesej ke inbox dan email minta aku editkan blog tapi sis minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa menolak dulu untuk sementara ni ya. Kalau untuk buatkan header je takpe tapi untuk full edit blog nanti kejap ye. Sebabnya sis nak kena settlekan beberapa blog lagi yang masih tertangguh ni.

Blog Kak Mila ni pun lewat sangat-sangat dari tarikh perjanjian asal. Jadi sepanjang Mei ni sis nak kena selesaikan beberapa buah blog yang masih tertangguh ni dulu. InshaaAllah tiada aral melintang bermula 1 JUN 2017 ( paling cepat penghujung Mei) sis akan buka tempahan semula untuk full edit blog.

Dan percaya atau tidak sudah ada blogger yang beri nama untuk berada di list untuk tempahan bermula Jun nanti. Ya Allah, syukur sangat-sangat. Betul-betul tak sangka hingga tahap ni kepercayaan yang di berikan.


Terima kasih semua kerana sudi menggunakan servis dari Awa. Pada tempahan yang tertangguh tu Awa minta maaf sekali lagi banyak-banyak (tak tahu dah berapa kali minta maaf hehe) but jangan risau Awa janji akan designkan yang terbaik untuk awak semua. Terima kasih kerana faham akan keadaan kesihatan Awa ni dan terima kasih juga kerana sanggup menuggu dengan penuh sabar. U all memang sporting habis.. :D

Jom singgah di blog MamaNurins >> http://mamanurins.blogspot.my/

Blog Design

Full Edit Blog Untuk Gee Hazirah

15:56

Kali ini tempahan di buat oleh Hazeera atau lebih di kenali sebagai Gee. Gee ni seorang surirumah yang sedang menjana pendapatan sampingan di bidang kecantikan bersama produk Mary Kay jadi Gee berhajat benar untuk aku siapkan sebuah blog yang boleh menunjukkan dirinya sebagai salah seorang beauty consultant. Gee memilih warna pastel dan dalam masa yang sama mahu aku selitkan juga warna pink sebagai aura sebabnya produk Mary Kay menggunakan warna pink sebagai pengenalan utama mereka. 

Selepas berfikir warna dan design yang agak sesuai, maka aku pun mulakan kerja editing dan design. Susah juga pada mulanya sebabnya aku perlu tonjolkan sebuah blog yang boleh memberitahu pada umum bahawa ini adalah sebuah blog yang berkisar tentang kecantikan. Selain daripada tu aku perlu tonjolkan supaya nampak sweet tapi bukan di tahap kebudak-budakan.

Fuh! Risau jugalah masa mula-mula submit template ni pada Gee. Pecah peluh aku kalau-kalau Gee tak suka sebabnya Gee hanya beritahu secara asas je dan aku di beri kepercayaan penuh untuk siapkan segalanya from head to toe. Yang buat aku bertambah risau adalah kerana terpaksa mengambil masa lebih lama daripada yang di janjikan. Takutnya kalau kena marah dengan costumer.. huhu..

Mujurlah Gee paham keadaan aku sekarang yang kurang sihat ni. Walau terpaksa menunggu lebih lama daripada masa yang di janjikan tapi dia cool je dan dapat tunggu dengan sabar.

Bila aku minta maaf sekali lagi sebab lambat terus Gee cakap yang dia teramatlah faham sebabnya dia sendiri alami alahan yang agak teruk setiap kali mengandung. Siap kena warded lagi! Jadi tak hairanlah kalau dia amat faham tentang situasi ni. Syukur alhamdulillah.


Inilah feedback yang di beri oleh Gee selepas aku submit hasil design untuk blognya. Syukur sangat-sangat. Rasa melayang satu tugas kat bahu ni. Haa jangan ingat design blog ni mudah ye. Dah lah kena perah kreativiti untuk buat design secara kasar pastu kena luangkan masa berhari-hari pulak untuk lahirkan semuanya dengan menggunakan code. Kalau buat cincai-cincai dan tak sepenuh hati lepas tu pelanggan tak suka, kan dah masalah nak kena betulkan banyak-banyak.

 Jadi ada baiknya buat dengan sepenuh hati. Biar makan masa lebih lama janji di buat seolah-olah template itu kita sendiri yang nak pakai. Kalau dah kita sendiri yang nak pakai of course nak yang sehabis baik kan? Bila dah submit dan costumer cakap okay, haa baru boleh tarik nafas lega sebabnya dah tak terikat apa lagi dah lepas tu :D

Panjang pula aku bercoleteh kali ni kan? Al maklumlah lama tak menaip haha. Dah la tu jom kita tengok sekilas hasil untuk blog Gee yang di beri nama MRS HAZEERA ni selepas di make over :D

1
2
3

TARA..............!!!!!!



What do you think? Okay ke tidak? Kalau sudi kasilah pendapat awak kat bawah tu ya. Untuk lihat hasilnya secara live, boleh lah singgah di sini >> http://mrshazeera.blogspot.my

Terima kasih..... jumpa lagi di next entry :D

Luahan Rasa

Terima Kasih Atas Kunjungan

11:13

Related imageTerima kasih atas kunjungan yang tidak putus-putus walaupun hakikatnya aku kurang aktif sikit sehari dua ni untuk berblogging. Bukan tidak rindu pada dunia blog cuma nampaknya semasa masih di awal kehamilan ni aku kena banyak mengalah pada si kecik dalam tummy ni. :D

Walaubagaimanapun aku akan tetap cuba juga untuk update dan aku minta maaf kalau apa yang aku update dalam masa yang terdekat ni agak kurang bermanfaat sebagai bahan bacaan.

Yang pasti aku amat happy kerana blog ini masih sudi di kunjungi oleh semua. Terharu sangat tau bila pageview meningkat walau hakikatnya belum ada cerita terbaru yang agak menyerlah.

Boleh lihat pageviews untuk awal bulan April DI SINI

Dan ini pula pageviews untuk hari terakhir di bulan April iaitu kelmarin. Alhamdulillah tak pernah menyangka boleh naik sehingga ke tahap ni. Terang lagi bersuluh yang blog aku ni lebih banyak silent reader sebabnya walau pageviews meningkat tetapi jumlah followers tidak lah sebanyak mana pun. I dont mind, tak kisah jumlah followers tu yang penting aku tahu blog aku ini ada para pembacanya. Itu pun dah buat aku cukup happy.

Rank di Alexa turut meningkat juga. Walaupun boleh di katakan masih agak tercorot namun yang penting ada peningkatan daripada sebelum ini.

Sekali lagi terima kasih banyak atas kunjungan awak-awak semua. Kehadiran kalian akan membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk menulis di blog aku yang tidak sepertinya ini. Walau aku tidak sepopular rakan-rakan blogger yang lain namun aku bersyukur kerana kehadiran aku sudi di terima oleh smua.

Anak-Anak

KELAS TUISYEN BI PERCUMA!

11:51

Ya! Percaya atau tidak ada kelas tuisyen bahasa inggeris percuma di tempat aku tinggal ni. Kelas ni di buka untuk murid-murid yang bakal menduduki PT3 tahun hadapan. Di sebabkan anak sulung aku berumur 14tahun maka dia juga layak untuk mengikuti kelas ini.

Salah aku sendiri sebabnya tak ambil tahu siapa yang kendalikan kelas ni dengan lebih detail. Cuma yang aku tahu anak aku cakap ada kelas bakal berlangsung, bila start dia sendiri tak sure. Cuma yang pasti kelas akan di adakan di salah sebuah bangunan masjid tempatnya mengaji setiap hari.

Tup-tup pagi tadi Ustaz nya call supaya segera datang ke masjid. Bila di tanya, katanya kelas akan bermula hari ini. Terkejut juga lah di buatnya tapi untuk sengaja tidak hadirkan diri memang tak akan lah. Orang nak beri kita kemudahan kenapa kita nak lepaskan peluang betul tak?

Terkocoh-kocoh suami hantar anak ke masjid tadi. Bila tiba di sana, ada sedikit taklimat untuk ibubapa dan murid dari pihak penganjur. Bermula hari ini kelas akan di adakan pada setiap Jumaat dari jam 9 hingga 11 pagi. Namun ibubapa di minta menghantar murid lebih awal sedikit kerana pihak penganjur ada menyediakan sarapan sebelum kelas di mulakan untuk semua murid yang terlibat.

Apa yang lebih mengejutkan, anak aku berserta murid yang lain bukan saja di beri kelas percuma dan sarapan tetapi juga hadiah jika mereka dapat hadir ke kelas setiap minggu tanpa ponteng. Hadiah yang di maksudkan adalah wang tunai tiap seorang sebanyak RM50. Wah!! Bukan main lagi ye.

Selain dari itu, suami aku dan ibu bapa yang lain turut di beri beras Siam seberat 5kg sebagai habuan kerana mengambil berat dan sanggup berkorban meluangkan masa menghantar dan menjemput demi masa depan anak-anak.



Hmm rezeki rezeki. Yang pasti aku percaya Allah SWT akan membalas budi baik para penganjur dan semua pihak yang terlibat. Ameen.

p/s: masih ada orang baik-baik yang sudi memberi tanpa harapkan balasan $$$ di atas muka bumi Allah yang tercinta ini.

Blog Design

Full Edit Blog Untuk Kay Miey

23:10

KayMiey merupakan blogger lelaki ke dua yang hubungi aku untuk minta bantuan edit blog. Actually aku ni bukan pandai sangat bab blog lelaki tapi aku cuba sedaya yang aku termampu. Kalau kurang ciri macho nya, sis mohon maaf awal-awal dari hujung rambut sampai hujung kaki ye. 

KayMiey mahukan sebuah blog yang boleh melambangkan dirinya sebagai seorang photographer. Manakala warna yang di pilih oleh KayMiey adalah purple gelap dan merah terang. Memang kontra habis warna blog ni.

KayMiey juga mahukan sebuah blog yang simple, kemas dan bersih. Lepas berbincang itu dan ini akhirnya aku berjaya juga siapkan sebuah blog untuk beliau. Actually blog ni dah siap beberapa hari lepas cumanya baru boleh di pasang malam ini sebab baru-baru ni aku tak dapat nak masuk ke email KayMiey, baru malam ni berjaya. Fuhh lega!! 

Tapi, aku terlewat juga beberapa hari dari tarikh asal yang di janjikan dengan Kay Miey hari tu sebabnya sebaik saja sampai turn Kay Miey aku pula asyik tak sedap badan. Bila tak sedap badan memang tak kuasa nak bermain dengan code. Kalau paksa diri juga mesti hasilnya teruk jadi aku ambil keputusan untuk berehat je dulu lepas tu baru tungkus lumus siapkan blog ni. Mujurlah Kay Miey tak marah..hehe :D

Okaylah jom kita tengok wajah blog Kay Miey sebelum dan selepas....


[ SEBELUM ]


[ SELEPAS ]

Macamana okay ke tak? Untuk lihat secara langsung boleh singgah ke blog Kay Miey di sini >> http://www.kmieyabdulrahman.net/

Y

Blog Design

Full Edit Blog Untuk Mar Mansor

18:42

Chak!! Aku ni dah macam biskut chipsmore dah.. kejap ada kejap tak ada... Actually ada je cumanya tengah busy siapkan semua tempahan blog kengkawan yang menimbun gara-gara 'mabuk'!! Mujurlah kengkawan tersayang ni semuanya jenis memahami dan sanggup berikan masa pada Awa sepenuhnya. Thanks semua, Awa hargai sangat-sangat... emuahhh :D

Okay, tempahan ni di terima daripada Mar Mansor tuanpunya pada blog yang bernama JANJI KITA. Ini rupa blog asalnya.


Mungkin ada yang kenal sebabnya Mar ni dah agak lama dalam dunia blog, kalau tak silap dia mula berblog sejak tahun 2012 lagi. Mar ni juga antara yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen. Mudah cakap dia memang salah seorang blogger yang aktiflah!

Inilah mesej yang di hantar oleh Mar tempohari.

Jika dulu Mar gunakan warna pink dan nampak agak lembut, kali ni Mar inginkan kelainan. Dia tak nak lagi guna warna pink tapi sebaliknya memilih warna purple sebagai warna utama. Untuk naikkan seri warna purple, aku sentuhkan sedikit dengan warna kuning di beberapa tempat. Ye lah, tak kan lah semuanya purple je kan nanti nampak tak menonjol pula. Mar nak blog yang simple dan sama sekali tak nak ada bunga-bunga jadi sebagai ganti aku letakkan secawan kopi dan sebuah diari.

Berkerjasama dengan Mar alhamdulillah okay. Dia tak de lah banyak songeh sangat cuma macam biasalah aku ni tiap kali submit design pada costumer mesti cuak. Takut yang amat kalau tak kena dengan permintaan costumer. Selepas berbincang itu dan ini dengan Mar maka siaplah juga blog untuk beliau. Ini reaksi Mar untuk wajah baru blognya.


 Mesti awak pun nak tahu macamana rupa blog Mar ni kan? Jom kita tengok sama-sama.
Inilah dia rupa terkini blog Mar selepas di makeover. Memang lain daripada yang sebelum ni.

Untuk lihat secara langsung boleh klik di sini >> http://jnjikita.blogspot.my

Okay itu je untuk kali ni, Awa nak terus edit blog untuk rakan yang seterusnya ni.. Jumpa lagi di next entry ye. Daaahhhh.....

Blog Design

Full Edit Blog Untuk Jasmi

11:30

Aku pun dah tak kira ini adalah tempahan yang ke berapa. Yang pasti ini adalah tempahan pertama yang di buat oleh salah seorang blogger dari luar Malaysia. Beliau yang aku maksudkan adalah Jasmi Al Bakri atau lebih di kenali dengan panggilan Anjas, seorang blogger dari Indonesia.

Anjas ni bukan hanya menulis blog tentang kehidupannya malahan juga merupakan seorang pengusaha syarikat travel yang di lakukan secara usahasama bersama teman baiknya, Didi. Maka tak hairanlah jika di blognya ada pelbagai kisah tentang percutian yang best-best baik dari dirinya sendiri mahupun dari para pelanggan yang telah pernah menerima perkhidmatan dari syarikatnya yang bernama Addict Travel & Tours.

Aku suka juga suka style yang di ketengahkan oleh Anjas. Beliau bukan saja menekankan tempat yang patut di lawati malah juga merancang sebuah perjalanan mengikut budget yang ditetapkan. Mudah cakap, jangan risau kalau mahu travel walau duitnya belum betul-betul tebal. Hubungi jer pihak Anjas dan bolehlah berbincang tentang desitinasi yang sesuai dengan budgetnya. Nanti lepas perbincangan bolehlah tahu detail terperinci dan mana tahu jika cadangan yang akan di berikan Anjas nanti sesuai dengan budget kalian. Tak pasal-pasal dapat melancong dengan best. Aku tengok ramai juga pasangan bulan madu yang dapatkan khidmat dari Anjas ni. 

Actually aku sendiri terkejut masa mula-mula di hubungi oleh Anjas. Mula-mula sekadar borak kosong je tapi rupa-rupanya dia berhajat nak dapatkan khidmat edit blog dari aku juga. Bila di tanya tentang desinger blog dari Indonesia, Anjas cakap ada dan kadar yang di kenakan pun lebih kurang sama jer dengan harga yang aku tetapkan cumanya Anjas lebih berminat dengan design yang aku buat selepas melihat maklumbalas dari semua pelanggan. Tetiba rasa bangga pula. Ye lah, aku ni bukannya pandai sangat pun. Buat pun kerana minat semata-mata dan bila ada yang rasa 'tergoda' of course aku happy. Setidak-tidaknya aku tahu apa yang aku buat ni boleh di terima baik oleh para blogger yang lain di luar sana.

Setelah berbincang tentang konsep, warna dan lain-lain maka aku pun mulakanlah kerja pengeditan khas untuk di pakaikan pada blog Anjas nanti. Apa yang pasti aku perlu siapkan sebuah blog yang sesuai untuk menceritakan tentang kisah-kisah kehidupan dan dalam masa aku perlu memberi 'hint' bahawa blog tersebut ada kena mengena dengan sebuah syarikat travel.

Selepas beberapa hari bermain dengan code, maka inilah dia hasil yang di tunggu-tunggu.

 [ SEBELUM ]



[ SELEPAS ]



Blog ini sama sekali tidak ada unsur bunga-bunga dan lain-lain yang seangkatan dengannya kerana Anjas sendiri yang request begitu. Beliau hanya mahukan sebuah blog yang simple dan kemas dengan sedikit elemen polkadot.

Cuak juga masa mula-mula submit sebabnya Anjas ada beritahu yang dia agak cerewet sikit. Tapi mujurlah dia setuju dengan design ni selepas melihatnya. Lega!

Apapun I'm very happy sebab berjaya tembus pasaran Malaysia. Hehe. Harap-harap akan ada peluang begini lagilah di masa-masa yang akan datang. Anyway, mission is complete! Tapi..... masih ada lagi design untuk blog lain yang sedang di siapkan. Nak tahu siapakah blogger lain yang sedang menunggu giliran untuk menukar 'baju' pada blog mereka? Tunggu di next entry.

Jom kita singgah sebentar di blog Anjas.... http://www.theamazingjasmi.com/

Giveaway

Senarai Pemenang GA 'I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA'

11:50

Assalamualaikum kawan-kawan... 

Image result for the winner ismaaf ya sis lambat sikit umumkan nama pemenang. Tapi rasanya u all dah tahu sebab apa kan? Serius cakap memang pelik sikit la pembawakan kali ni, badan rasa lemah semacam. Jangan kata nak buat kerja nak makan pun tak selera. Bau nasi mendidih tak boleh, bau telur yang di masak tak boleh, bau badan suami lagilah tak boleh. Disebabkan itu tak boleh, ini tak boleh, akhirnya lebih banyak duduk berkurung dalam bilik di temani minyak cap kapak. Cobaan sungguh!! Adakah ini bermakna baby kali ini perempuan? Hahaha, mungkin tak kot. Tak payah nak taruh harapan nanti kecewa yang sakit hatinya siapa? Diri sendiri jugak! Kwang kwang kwang...

Keputusan kali ni sis buat dengan cara cabutan nombor. Best jugak bila buat keputusan guna diri sendiri ni tak payah pakai random.org. Ohya macam yang sis dah cakapkan sebelum ni, sis mencari 15 orang pemenang bertuah. 10 orang daripada cabutan nombor dan baki 5 orang pula adalah berdasarkan penulisan entry contest yang sis rasakan telah di tulis dengan sepenuh hati dan layak untuk turut menang.

Awa buat keputusan untuk minta anak-anak untuk membuat proses cabutan.




So, apa tunggu lagi... jom la kita tengok siapakah pemenang-pemenang yang bertuah tu..


'SEPULUH' PEMENANG DARI CABUTAN:

hadiah berupa 1 x NOTEBOOK tajaan May Jiee di menangi oleh >> #10* - dh beri pd penaja

hadiah berupa 1 x POPSICLE MAKER tajaan May Jiee di menangi oleh >> #17* - dh beri pd penaja

hadiah berupa 2 x  BABY HEADBAND tajaan Sis Hawa di menangi oleh >> #26-alert send & #7*

hadiah berupa 2 x SHAWL tajaan Umi Fuzy di menangi oleh >> #21* & #4* - dh beri pada penaja

hadiah berupa 2 x REVIEW BLOG tajaan May Jiee di menangi oleh: #5*, #25*- dh beri pd penaja

hadiah berupa 2 x REVIEW BLOG tajaan Sis Hawa di menangi oleh: #1* & #6* 



'LIMA' PEMENANG PILIHAN ISTIMEWA:
Hadiah : Top Up RM5 untuk tiap seorang
di taja oleh Abam Kie & Feyliez
# 13* - dh beri pd penaja
# 16* - dh beri pd penaja
# 20* - dh beri pd penaja
# 23* - dh beri pd penaja
# 33* - dh beri pd penaja


Sila Lihat Senarai Semua Peserta >> DI SINI 


Sekiranya awak adalah salah seorang daripada 15 pemenang terbabit, sila emailkan:
NAMA PENUH
ALAMAT
NO HP
NOMBOR PENYERTAAN
kepada sis di : rosebirumuda@gmail.com

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih banyak kerana sudi mengambil bahagian. 


Image result for congratulations

Rumahtangga

Sebab Kenapa Menghilang Selama Beberapa Hari

08:35

Image result for where have you been
Assalamualaikum my blogger friends.. 


1st of all, sis nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kengkawan yang sudi mesej tanya khabar. Tak sangka ada juga yang merindui diri aku yang tak seberapa ni setelah beberapa sunyi sepi tanpa sebarang update.

Kenapa Menghilang?
Tak lain tak bukan sebab tak sihat la u alls. Asyik demam, muntah dan pening! Bukan setakat tak lalu makan malah nak bangun pun tak boleh. Jawabnya duduk kat rumah siang malam pagi petang asyik baringggg jer. Semua kerja rumah tak pasal-pasal encik husband yang kena settlekan. Kesian juga tengok dia terpaksa bangun lebih awal semata-mata nak siapkan breakfast dan uruskan semua anak-anak untuk ke sekolah. Lepas hantar semua anak dia tergesa-gesa pula ke tempat kerja. Nanti tengahari terpaksa pula gunakan masa rehatnya yang hanya sejam untuk pickup anak-anak dari sekolah semula. Makan tengahari pun dia terpaksa telan dengan cepat-cepat. Tapi bila fikir dua kali memang patut pun encik husband berkorban. 

Nak tahu kenapa?
Sebabnya aku di sahkan mengandung lagi!! Erk...


Terus terang cakap actually aku tak betul-betul ready lagi sebabnya anak aku yang ke lima tu baru jer berusia 17 bulan tapi apa boleh buat dah namanya rezeki kan? Tak kanlah aku nak buang kot! Ish.. mana boleh. Walau tak betul-betul ready 100% tapi untuk buang memang tak kan punya lah. Lagipun kalau nak di ikutkan suami aku ni memang nak anak lagi cuma aku jer yang tak nak sebabnya dah tak larat rasanya nak terus bersalin. Ye lah dah lima orang kot! Bagi aku dah ramai dah tu. haha.. :D


Suka atau tidak... ready atau tidak... anak adalah anugerah yang terindah dari Dia. Bagi orang perempuan hamil dan melahirkan adalah satu pengorbanan yang akan di pandang tinggi oleh Dia dan disebabkan itulah ia boleh di anggap sebagai penghapus dosa malah jika ditakdirkan menemui ajal ketika sedang hamil dan melahirkan, maka kita boleh di anggap sebagai mati syahid. Dan menurut islam sakit yang palinggggg menyeksakan adalah kematian manakala sakit ke dua yang palingggg menyakitkan adalah di saat melahirkan. Alasan inilah yang aku pegang selama ni sehingga membolehkan aku dengan relahatinya menahan diri untuk menghadirkan lima zuriat sebelum ini. Bila ada kawan-kawan tanya, "Awa.... tak sakit ke?" Hey of course sakit! Dah dalam Islam ada mengatakan saat bersalin adalah kesakitan ke dua selepas mati mana boleh cakap tak sakit. Tapi itulah, kita anggap saja ini semua sebagai penghapus dosa. 

Berapakah usia kandungan?
Entahlah Awa sendiri tak sure. Besar kemungkinan baru 6-7 minggu kot. 

Tak apalah, yang penting, alhamdulillah dah rasa makin okay. Bukan setakat ubat, siap ada mempelam muda lagi untuk atasi rasa mual ni. Mujurlah kawan baik Awa sudi kasi mempelam muda ni kat Awa. Sudahlah di beri percuma, siap pesan pulak tu kalau nak makan lagi datang je rumah dia bila-bila masa dan ambillah seberapa banyak pun yang nak. Inilah yang di katakan orang memberi kita merasa kan? Jika kita buat baik dengan orang pasti orang akan berbuat baik dengan kita semula. :D


Di kesempatan ni Awa nak minta maaf sangat-sangat pada beberapa orang rakan blogger yang ada membuat tempahan blog dari Awa tu. Awa tak pernah lupa cumanya Awa betul-betul tak mampu nak siapkannya beberapa hari lepas seperti yang telah Awa janjikan. Betul-betul tak mampu! Jangan kata nak hadap semua code html javascript tu, nak on laptop pun Awa rasa takde mood. Baru je buka tengok cahaya laptop ni terus rasa pening dan muntah. Acaner tu?

Sebelum ni bukan main seronok bila awal kehamilan tak alami apa-apa morning sickness (suami yang alami) tapi kali ini Awa sendiri yang kena. Macam ni rupanya, lembik rasa seluruh badan! Omg.

Tapi tak apa, alhamdulillah sekarang Awa dah makin okay. Yahooo :D Kalau sebelum ni jangan kata nak buat apa-apa kerja, nak makan pun langsung takde selera tapi sejak semalam Awa dah mula boleh terima nasi dan makanan lain semula. Syukurlah, rasa okay sikit badan ni bila dah boleh menelan makanan semula.

Ohya, jika tak ada apa-apa masalah lain, esok Awa akan umumkan pemenang untuk GA I Love Blogging With Sis Awa & Her Sponsor tu ya. Para penaja pun dah mula mesej tanya siapakah pemenang-pemenangnya sebab nak cepat-cepat hantarkan semua hadiah. Awa sendiri masih nervous ni. 

Lastly, Awa minta semua kawan-kawan doakan kesihatan Awa dan baby yang bakal lahir ni ye. Risau juga sebenarnya sebab Awa pernah keguguran sebelum ni sekali. But, InshaaAllah Awa yakin jika ada rezeki tidak ke mana. 

Jika kengkawan ada pengalaman tentang alahan semasa mengandung dan lain-lain, sudi-sudikanlah share dengan Awa ya. Sila tinggalkan pengalaman awak tu di ruangan komen, Awa betul-betul teringin nak tahu. Byeee... 



Luahan Rasa

Tips Untuk Menjadi Menantu Kesayangan

17:02

Image result for menantu kesayanganLain orang lain caranya. Aku sendiri bukanlah seorang menantu yang perfect 100%. Yelah macamana nak perfect kalau masak pun tak pandai. Jangan kata nak masak, masa mula-mula kahwin dulu nak siang ikan pun tak lepas. Opsss...

Sejak mula berkahwin aku jenis suka cerita kelemahan diri sendiri dengan jelas di depan mertua. Biarlah mereka cakap apa saja asalkan mereka tahu yang aku bukannya seorang yang hipokrit. Kalau mereka tak puashati sekalipun, aku kan dah pun sah jadi menantu mereka? Yang penting suami aku sayang sepenuh hati.. betul tak?

Mula-mula kenal dengan mertua mestilah kecut perut. Takut kalau orang tak suka tapi disebabkan aku ni seorang yang happy go lucky maka aku gunakan kelebihan aku tu untuk dekatkan diri dengan mertua. Ingat ya! Sebagai ahli baru kita ni yang perlu dekatkan diri dengan keluarga mertua bukannya kita tunggu untuk orang datang dekatkan diri dan layan kita. Cara tu salah.

Ibu mertua aku seorang yang pendiam. Jadi agak sukar untuk terus aku himpit dia dengan perangai aku yang gila-gila ni pada mulanya. Jadi aku cari dulu siapakah ahli dalam keluarga mertua aku tu yang jenis banyak cakap dan sporting, Alhamdulillah kakak suami aku cukup sempoi. Maka melalui dia lah aku tanya itu dan ini tentang sikap ibu mertua. Aku juga tanya bagaimanakah sikap ahli keluarga yang lain. Kiranya mula-mula kahwin kena jadi spy dulu :D

Related image

Di sebabkan aku ni tak pandai memasak maka aku beritahu ibu mertua yang aku teringin nak belajar masak. Aku juga cakap yang aku nak belajar dari ibu mertua, tak nak belajar dengan ibu sendiri sebabnya ibu mertua aku yang lahirkan suami aku jadi semestinya ibu mertua aku lebih pandai tentang citarasa suami aku. Aku cakap baik-baik dan dalam masa yang sama puji ibu mertua depan-depan. Masa ni hanya antara aku dan ibu mertua saja tau. Tidak ada suami atau ahli keluarga yang lain di sisi. Alhamdulillah.. makin hari ibu mertua makin boleh di ajak berbual. Cuma tu la di sebabkan ibu mertua aku ni pendiam maka aku sendiri kadang-kadang jadi mati akal untuk cari topik perbualan. Haha.

Sekarang alhamdulillah, sudah hampir 16 tahun aku bergelar seorang menantu. Macam yang aku cakap tadi aku ni jenis happy go lucky jadi boleh di katakan aku ni suka jugalah buat lawak depan mertua. Mula kahwin dulu memang segan dan malu tapi sekarang tak lagi. Sebagai contoh, aku baru tiba di rumah mertua, aku terus masuk dalam rumah dan dapatkan my mother in law dan peluk dia dari belakang. Lepas tu aku akan cakap,.. "Rindunya Awa kat mek! Meh sini nak cium sikit. Busuk ke wangi?" Lepas tu, mak mertua aku akan mula tersengih. Kih kih kih.

Tapi untuk buat semua tu bukan boleh terus redah je ya. Kan tak pasal orang akan kata yang kita tu tengah buang tabiat. Tak pun orang akan anggap kita tengah membodek. Silap haribulan bukannya mertua akan sayang tapi akan buat orang lain menyampah.

Aku boleh peluk dan cium ibu mertua kerana aku telah..
  • Praktik salam dan cium pipi sejak hari pertama diperkenalkan pada keluarga mertua
  • Selalu bercakap perkara yang baik-baik saja tentang suami di depan keluarga mertua
  • Selalu bergaduh gurau (bukan gedik2 manja) tanda bahagia dengan suami di depan mertua
  • Tak suka jaga tepi kain orang lain
  • Biasakan selalu tersenyum dan ketawa 
  • Paksa diri untuk rajin ketika berada di kalangan keluarga mertua
  • Suka mengadu manja tentang suami pada mertua.. sebagai contoh.. "Mek nak tau tak, hari ni kan orang tu merajuk tau.. Bla bla bla..."
  • Peluk ibu mertua dengan erat seperti sedang peluk ibu sendiri
  • Jaga aurat
  • Jaga tingkah laku
  • Jaga batas adab dengan ahli keluarga lelaki. Dengan ahli keluarga lelaki selalunya aku tak banyak cakap sangat melainkan dengan adik-adik ipar.
  • Ajak dan bawa mertua pulang ke kampung sendiri. Bila dah ada dua ibu, pastikan layan sama rata. Jangan lebihkan mana2 ibu kerana ke dua-dua wanita dan mudah terasa. Letakkan diri kita di tempat ibu dan ibu mertua, pastinya kita mahu rasa kita lebih di sayangi kan? Jadi sebagai anak kita kena layan sama rata. Peluk ke dua-duanya, cium ke dua-duanya. Kalau beli apa-apa, baik beli yang sama warna dan jenis. Ini cara aku lah. Biar nampak boria tak apa janji serupa :D
Sampai sekarang hubungan aku dan mertua baik. Malah ibu aku dan ibu mertua juga boleh berbual dengan baik. Cuma biasalah, kadang-kadang ada juga perkara yang kita tak suka tapi kita buat-buat tak tahu sudahlah. Yang penting kita bahagia di sisi suami dan anak-anak dan jangan tunjuk yang kita ni tak mahu mencuba untuk dekatkan diri dengan mertua. Walau apa sekalipun kita kena ingat yang redha Allah  terhadap seorang isteri adalah terletak pada redha suaminya. So, jangan sesekali buat sesuatu perkara yang boleh menampakkan kita ni 'bukan pilihan yang tepat' untuk nya.

Kenapa hari ni tetiba buka topik keluarga mertua ni? 
Kerana hari ini aku tak payah masak. Yes yes! Lepas breakfast tadi suami aku pergi ke rumah ibu saudaranya sekejap dan aku tak ikut sebab kurang sihat sikit. Apa yang buatkan aku excited, ibu saudara suamiku telah tapau lauk pauk untuk aku dan famili. Ada singgang daging, ada gulai ikan kering, ada ayam goreng berempah dan juga pulut manis.

Foto Homemade Craft.
Pucuk di cita ulam mendatang lah. Tak payah susah payah berperang kat dapur, hanya perlu nanak nasi dan panaskan saja lauk pauk tu dan terus ngap. Yahoo yabeda bedu. Tak sia-sia kan kalau buat orang lain rasa senang dan mesra dengan kita. Inilah kelebihannya :D

Foto Homemade Craft.

Jangan jealous ye sebabnya aku sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk tiba ke tahap ni. Jadi pada yang bakal berkahwin dan telah pun berkahwin, make sure cuba tackle hati seluruh ahli keluarga suami tu. Ibu mertua, adik beradik ipar. ibu dan bapa saudara suami, sila takcle hati mereka semua sedaya upaya. Kalau mulanya di benci pun jika kita terus usaha, InshaaAllah berhasil juga kerana hati yang keras mahupun lembut ni Allah ada penawarnya. Tolong berusaha dan Awa gerenti hidup kalian akan senang nanti. InshaaAllah.

Related image

Luahan Rasa

Aku Di Minta Untuk Lebih Bersungguh-Sungguh!

10:29

Kelmarin aku berkenalan dengan salah seorang penulis novel baru yang sedang meningkat naik, Mell Mariann namanya dan cukup mesra dengan panggilan Mell. Beliau menggunakan nama pena M.Mariann di dalam novel beliau.

Tiba-tiba terdetik di hati untuk bertanya cara-cara lanjut untuk menjadi seorang penulis novel. Mudah cakap untuk berjaya memiliki buku sendiri dengan bantuan pihak penerbitan. Syukur sangat-sangat sebabnya Mell cukup mesra dan tak kedekut ilmu langsung!

Yang buat aku makin terharu apabila Mell sendiri memberi kata semangat untuk aku memulakan langkah dan bertindak. Tidak cuba tak tahu katanya dan apa salah kiranya aku mencuba? Jika ada rezeki siapa yang akan gembira?

Apabila aku tanya bagaimana dia boleh terjebak dengan bidang penulisan ni, jawab Mell dia hanya mula dengan cara suka-suka dan dia jadi mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penerbitan adalah di sebabkan reaksi dan pendapat para pembaca itu sendiri. Terus aku terbayang komen rakan-rakan di blog ini tentang gaya penulisan aku selama ni. Terima kasih sahabat-sahabatku yang awesome.. I really luv u all.




Hai,... nampaknya aku kena mulakan langkah dengan bersungguh-sungguh ni.
Aku memang dah lama pasang angan untuk punya novel sendiri tapi sayangnya keyakinan diri tak tinggi. Tapi entah kenapa, sejak dua menjak ni macam ada semangat baru pula untuk lebih serius di dalam bidang penulisan. Betul juga cakap Mell dan yang lain-lain, apa salahnya mencuba? Tak berjaya tak apa tapi at least sudahpun bertindak. Kalau tak cuba nanti menyesal pula sebab tak berani kejar cita-cita sendiri.

Inilah dia novel di tulis oleh Mell... 


Sinopsis : PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara… “Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!” - Hakim AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. “Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?” - Aydan SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun… “Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!” - Hakim. “Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!” – Haryani “Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?” – Aryana. Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan! “Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak.” - Aydan MASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?

Goodluck M.Mariann dan terima kasih atas segala tips dan kata-kata semangat tu. Akan sis cuba sedaya upaya untuk realisasikan impian yang satu ini. Ameen..