Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Program Penebusan MILO

banner

Wah terujanya tengok jaket warna warni ni... ia di beri nama Jaket Juara dan terima kasih Nestle Malaysia sebab selalu keluarkan produk redeem yang best-best.

Aku ni sebenarnya dari kecik sampai sekarang tak stop minum Milo walaupun ada pelbagai lagi produk berasaskan coklat di luar sana, kenapa dan mengapa susah nak terang tapi yang pasti buat masa ni minuman coklat jenama Milo ni yang paling di gemari oleh kami seisi keluarga.

Dan tingginya tahap kesetiaan keluarga kami dengan minuman Milo ni telah membuatkan aku berjaya dapat pelbagai produk secara PERCUMA dengan senang hati. Sebelum keluarnya kempen ni dah ada beberapa kempen yang sudah lepas dan cara nak dapatkan semuanya cukup mudah iaitu;

MINUM
1- jadikan Milo sebagai minuman kegemaran seisi keluarga

SIMPAN
2- simpan plastik bungkusan Milo dengan baik

TEBUS
3- tunggu kempen dan hantarkan pek bungkusan Milo tadi untuk redeem hadiah

Setiap tahun pasti ada produk best yang akan Milo sediakan untuk kempen-kempen redeem ni jadi tak perlu susah hati dengan bungkusan Milo yang telah di simpan tu.

Antara hadiah yang telah berjaya aku tebus dari Nestle ialah;

KOLEKSI KENDERAAN MILO 
( 6 buah size sederhana)


BEG OLA BOLA
(5 biji sebenarnya, 4 biji simpan... 1 biji guna sbgai bag baby.. )

T-SHIRT

Dan alhamdulillah kualiti produk redeem ni smuanya memuaskan dan kali nie tak sabar nak tunggu jaket pula...

Ini pek bungkusan yang dah siap packing untuk di pos kembali kepada pihak Nestle Malaysia bagi mendapatkan jaket cantik kat atas tu. Alhamdulillah tiada aral melintang dapatlah empat helai. Yeahhh :D


4 comments for "Program Penebusan MILO"

  1. hi. saya pon salah seorang peminat milo jugak. cuma nak btanya. jaket milo dah dapat ke?

    ReplyDelete
  2. ya dah mula dpt dah secara brperingkat. Skrg pihak Milo masih lg lakukan proses pengeposan utk jaket2 tu :D

    ReplyDelete