Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Korea! Korea! Korea! Tak dak cerita lain ka?!!



Apa pendapat awak apabila baca tajuk entry ni? Bengang? Benci? Marah? atau.. takde rasa apa pun....

Bagi yang takde rasa apa-apa tu 'TAHNIAH" kerana awak sama sekali tidak terpengaruh dengan demam panas geng-geng Korea ni. Itu hak awak, teruskan... tak dak sapa boleh kecam. Kalau diaorg kecam juga awak sumbat dalam beg plastik hitam pastu gi tanam kat belakang rumah... haha.. nak kecam orang konon...

Cuma sekarang ni yang menjadi masalahnya, tajuk entry tu memang bisa bikin hatiku panassss (tapi takde la tahap mendidih) sebab aku memang dari dulu layan cerita Korea. kwang..kwang...kwang...

Aku  follow KDrama ni sejak tahun 2003 lepas tertengok cerita Jewel In The Palace di dalam TV secara tak sengaja. Aku masih ingat lagi tayangan cerita ni di 8TV jam 8.30pm pada tahun 2003. Ini bermakna dah 14tahun aku jadi peminat tegar KDrama dan sudah terlaluuuu banyak drama yang aku tengok.

Berbalik pada tajuk entry ni..... Korea! Korea! Korea! Tak dak cerita lain ka?!! sebenarnya, ayat ni di tuturkan oleh suamiku sendiri padaku suatu ketika dulu. Walau aku duduk serumah dengan dia sudah lebih dari 15tahun dan dia tak suka pada cerita Korea yang aku tonton hampir tiap hari tapi alhamdulillah dia takde la sampai keluarkan kuasa veto suruh aku stop tengok (Sebab tu aku sayang dia). We still respect each other. Terus terang hati aku tak marah langsung masa dia cakap macam tu kat aku cuma aku rasa tercabar untuk ajak dia tengok sekali (sebab suamiku boleh layan drama tempatan)

Aku tanya dia, "sebab apa abah tak suka?" (abah mama panggilan kami)
dia cakap.... "bahasa korea tu,.. kasar. Tak syok dengar"

Ooooo... rupanya suamiku tak suka sebab bahasa. Yelah Korea ni dia ada dua kategori bahasa iaitu formal dan informal, mudah paham bahasa surat dan bahasa pasar. Kalau bahasa surat tu, nada suara agak perlahan dan penuh tertib. Kalau bahasa pasar awak pun boleh bayangkan... cakap dengan suara yang agak kuat dan laju. Guna ayat pun pendek-pendek jer.

Sedikit contoh sis kasi.....



Apa khabar ?/ Salam sejahtera “Annyeong hasimnikka” (Formal)"Annyeong haseyo” (Informal)

Selamat Jalan/Selamat tinggal“Annyeonghi kyesipsiyo” (Formal)"Chalgayo" (Informal)

Selamat Tidur / Selamat Beradu“Annyeonghi Chumusipsiyo” (Formal)“Annyeonghi Chumuseyo” (Informal)

Bila kita sebut sendiri pun, bunyi ayat formal lebih lembut dari ayat informal. Jadi tak hairanlah kalau  suamiku yang hanya dengar sekali imbas tatkala aku sibuk melayan cerita Korea melalui laptop ni boleh cakap macam tu.

Tapi takpe, misi untuk aku ajak dia tengok juga cerita Korea tetap aku cuba. Nak ajak dia tngok drama terus memang susah la sebab episode bersambung-sambung, jangan mimpilah!! So, aku decide untuk ajak dia tengok Kshow. Kshow lebih pada rancangan realiti tv dan yang paling di tonton ialah Running Man.

Selalunya sis layan cerita Korea di dalam bilik pakai laptop (untuk lebih privacy dan selesa) tapi suatu hari tu sis ajak dia tengok RunningMan yang sedang disiarkan di TV. Mula dia tak nak tapi aku pakai kosa kata dua "kata tak syok! ni nak tau la tak syok tahap mana? kalau abah tengok RunningMan tapi tak gelak langsung memang sahlah cerita Korea tak syok..." Namapun lelaki kan? Of course dia akan duduk tengok sebab rasa sedikit tercabar. (yang baru kahwin jangan pakai cara ni kan tak pasal suami sangka terkahwin dengan perempuan yang garang! haha)

Sambil tonton RunningMan, sambil aku berpaling ke wajah suami. Sesekali aku lihat dia tersenyum dengan keletah Kwang Soo. Habis je tengok aku tanya suami.."macamana? ok tak?" dia jawab "Biasa jer..." alamak! Tapi at least dia tonton sampai habis jadi ini bermakna suami aku boleh layan KShow.

Ohya... Suamiku cukup suka aktiviti lasak macam berkhemah, snokeling, flying fox dll lah. Jadi pada esok malamnya, aku buka cerita Law Of The Jungle di TV (kami pakai smartTV). Aku pun dah tak ingat aku buka episode yang mana. Kali ni mata dia terbuka luas. Aku tengok dia tonton dengan muka yang serius dan sama sekali tak berganjak dari depan TV. Habis je tengok, aku sama sekali tak tanya apa-apa pada dia. (Sis dah lama hidup dengan suami jadi sis dah boleh agak keputusannya.) Aku terus ubah siaran dan diam. Maruah suami kena jaga beb so jangan buat pasal! :D

Selepas seminggu, suami aku tanya...."hari tu mama bagi abah tengok cerita apa?"
Aku tersenyum dalam hati dan terus menjawab... "Law Of The Jungle, abah nak tengok ke?"
Dia angguk...

Aku pun apa lagi terus lompat gi buka siaran KShow kat TV. Akhirnya petang itu jadi saksi, aku dapat layan cerita Korea di sisi suami. Kami siap bercakap tentang Byung Man yang keep fit dan lasak.. Oh suamiku... I love you!!

Saat entry ini di tulis pada hari ini, semua episod rancangan tersebut suamiku dah tonton. Sekarang dia sedang tunggu tayangan episod 251. Aku tak payah buka untuk dia, dia dah pandai cari sendiri siap bagi tau nak tengok bersama waktu mana. Selalunya kami tonton berdua waktu malam lepas semua anak-anak dah tidur. Dating gitu!!! feewit...

Itulah dia tahap pengaruh cerita dari Korea. Aku akui tak semua cerita diaorang best tapi masalahnya banyak yang best dari yang tak best. Cuma kena pandai cari genre mana yang sesuai dengan jiwa. Macam aku sendiri, aku suka KDrama dan Kshow tapi suami aku hanya boleh layan KShow. Dan, KPop sama sekali kami berdua tolak tepi... huhu...

Awak pun ada cerita yang macam ni? Kalau ada sharelah sekali ye...
ALLAH ciptakan kita berpasang-pasangan, maka jagalah pasangan masing-masing dengan sebaik-baiknya....

7 comments for "Korea! Korea! Korea! Tak dak cerita lain ka?!!"

  1. haha..sama la dengan dayah, dayah layan kdrama pun start cerita jewel in the palace sampai sekarang, dari kecik sampai besar, korea jer..mak pun cakap, kalau tak boleh cakap korea saja sangat la tu, setakat ni kalau tengok kdrama tanpa subtitle boleh faham lagi la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. THE BEST DRAMA EVER!! memang best giler kan citer tu.. epik betul :D

      Delete
  2. saya awalnya tak suka dengan drama korea ni, walaupun kawan siap bagi DVD cite korea suruh tengok tapi stil tak minat sampai laa tertengok Drama Korea My Girl (2006) terus terjebak sampai sekarang. Sama gak macam Running Man, awalnya hanya nak tengok episod yang ada lee dong wook yang jadi guest untuk episod yg kat vietnam tu je, tapi akhirnya jadi peminat running man pula sekarang. Kpop memang saya tak layannn laa tapi ramai pula budak kpop jadi pelakon drama korea sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berhantu tau Korea ni.. ntah lah sebab apa, tapi memang masalah kalau sekali dah tertengok payah nk 'suci' balik.. haha... anyway, bagus juga geng Kpop jadi pelakon. sebab sah-sah hensem... tak gitu? :D

      Delete
  3. Saya pun tengok cerita korea, lebih2 lagi variety show... Apa yang saya perasan, adab mereka lebih tinggi berbanding artis sini...hormat menghormati, ada guideline jadi artis... Tu pandangan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. terutama bab makan, wajib kasi yang lebih tua dulu mula suap makanan pastu baru yang lebih muda. Variety show artis Korea memang sporting habis sampai kita rasa macam pengarah boleh perlakukan apa saja pada artis ni demi untuk penonton

      Delete
  4. Korea drama is OMG but korean shows like weekly idol, law of jungle, happytogether or running man is so amazing.

    ReplyDelete