Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Tteokbokki Versi Sis Hawa


Kuih Beras (Tteok) paling sedap kalau buat dengan beras sebenarnya. Bukan beras kita tapi beras yang untuk masak sushi tu. Kat rumah ni masih ada stok beras sushi (sebab suka buat makanan jepun dan korea) tapi hari ni di sebabkan tetiba datang teringin nak makan Tteokbokki so buat cara paling mudah je la. Kalau nak buat guna beras lambat okay, beras nak kena rendam semalaman dulu.. pastu kisar, pastu tapis, pastu kukus... bla bla bla.. lambat!! huhu... tapi memang puashati lah kalau guna beras sebab lembuttt dan kenyal. Sekali makan memang gerenti payah nak berhenti.

Dan cara untuk masak Tteok ni ada banyak versi sebenarnya. Ada yang bentukkan tepung menjadi doh dulu baru di kukus dan juga yang kukus tepung dulu (macam masak tepung talam kemudian baru di bentukkan menjadi doh. Apapun versi yang di gunakan tak kisah, janji jadi!! 

Ini pula versi Sis Hawa (akulah tue...hehe)

Tteok (Kuih Beras)
250 garam tepung beras
1 sudu kecil garam
1 cawan air
Sedikit minyak sayur (takde minyak sayur pakai je minyak masak)


1. Masukkan tepung beras ke dalam satu bekas yang agak besar.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga adunan betul-betul lembut dan tidak lagi melekat di bekas. Tercair sikit takpe janji masih boleh untuk di bentuk.
3. Bentukkan adunan menjadi bentuk panjang lurus (size jangan besar sangat) dan terus masukkan ke dalam periuk pengukus.
4. Kukus sehingga adunan betul-betul masak dan potong mengikut size yang di sukai. (nak tahu masak ke tidak, potong tteok tu, kalau dalamnya masih ada putih tepung itu tandanya belum masak... sama juga cara macam kita check spagetti). Kalau malas nak tunggu lama sangat, rebus tteok yang telah di potong hingga betul-betul masak.
5. Masukkan sedikit minyak ke dalam tteok yang telah siap dan gaul rata (supaya tidak melekat)



SOS
7 biji cili kering (rebus dulu hingga kembang) *
3 biji cili padi (jika suka pedas)
2 ulas bawang putih *
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar sos cili (sis guna jenama Kimball)
1 sudu besar kicap manis
1 kiub stok ayam / ikan bilis
secubit garam
1/4 cawan air
3 sudu besar air tepung jagung


1. Blander cili kering bersama bawang putih.
2. Tumis hingga naik bau dan masukkan bahan lain satu persatu (kecuali air tepung jagung).
3. Gaul perlahan-lahan hingga betul-betul mendidih dan boleh lah di masukkan air tepung jagung.
4. Kacau sehingga kuah bertukar menjadi agak pekat dan terus masukkan tteok ke dalam kuah. Kacau lagi sehingga tteok dan kuah betul-betul sebati, kena rajin kacau ya sebab tteok mudah melekat di kuali, kuah perlahan-lahan akan menjadi pekat dan kering kerana di resap oleh tteok.
5. Angkat dan hiaskan dengan bijan atau daun bawang.

Ohya, resepi ni sebenarnya boleh di olah lagi. Kalau suka boleh letak ayam, daging, sayur, seafood, cendawan, fishball, chicken ball dan lain-lain lah. Cuma sis ni lebih suka makan yang original version..

Resepi ni mungkin tidak seperti rasa di Korea 100% tapi Inshaa Allah separuh dari rasanya tu gerenti ada. Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk berada di bumi Korea, at least dapat juga 'merasa' makanan dari sana tanpa perlu keluar belanja yang banyak.

Selamat mencuba ya,...


Makanan dari Korea lebih sihat kerana banyak menggunakan konsep kukus dan bakar dalam penyediaan makanan. Kalau ada masa nanti sis share resepi makanan Korea yang lain pula...

18 comments for "Resepi Tteokbokki Versi Sis Hawa"

  1. Aida lom pernah merasa makanan korea.
    Sushi pun aida br berjinak2 😄😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan korea jepun lebih kurang sama je, nama pun negara berjiran kan... Cuma bagi sis la, makanan korea lebih berperisa dari makanan jepun

      Delete
  2. Pernah dgr mknan ni ..tpi xthu mana dtgnya nma resepi ni ..btw xpernah rasa lgi mknan ni ..nice info

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sis.mmg feveret sy ni korean rice cakes. Masa study shah alam selalu makan kt pkns tu. Tapi kt kedah xtahu nk cari mana. Thanks resepi simple ni. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni buat sendiri.. basic dah ada, mudah je. Mai olah sendiri ikut selera mai pastu makan puas2... hahaha

      Delete
  4. wahhh dah lama nk makan tteokbokki ni. resipi yg bgus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi aril... buat jangan tak buat... pastu jangan lupa upload

      Delete
  5. Wahh, sedap ke ni? Tak pernah makan lagi makanan ni. Sobsob. :P

    ReplyDelete
  6. busyra belum pernah cuba lg. nmpk sedap ni. hehe. tq share resepi ni kak hawa. :)

    ReplyDelete
  7. Bukan ke makanan korea tu? Selalu macam nampak kat rancangan diaorang je...

    ReplyDelete
  8. ha.... nnt nak buat la sbb Liez ada beli Go chujang hari tu.. so tak tahu nak masak apa hihihi... ok nak try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. ada go chu jang lagi real la.. sbb cili pes tu mmg dari sana. nanti dah cuba, jangan lupa share tau

      Delete