Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Jenama Santan Kotak Terbaik (Pekat Dan Sedap)

5 Jenama Santan Kotak Terbaik (Pekat Dan Sedap) | Santan kelapa salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan. Ada jenis santan kelapa pekat dan santai kelapa cair. Ada juga santan kelapa di dalam kotak dan ada santan kelapa yang dibeli segar. 

Terdapat banyak pilihan jenama santan kotak di pasaran. Untuk tidak salah beli, kita perlu kenali dulu apakah tips yang perlu diberi perhatian supaya dapat memilih santan kotak terbaik yang ada di pasaran. 

santan-kotak-terbaik

Tips Untuk Pilih Santan Kotak Terbaik

Aku mementingkan beberapa perkara sebelum membuat membeli santan kotak ini. Antara tips yang aku gunapakai untuk memilih santan kotak terbaik adalah;

  • Pekat 
  • Tidak berbau pelik
  • Rasa hampir dengan santan asli sebenar
  • Tahan lama
  • Mudah untuk disimpan 

5 Jenama Santan Kotak Terbaik Yang Ada Dipasaran 

Top 5. Santan Kotak Adabi 

Santan Kelapa 250ml Santan kelapa Adabi diproses daripada kelapa segar yang berkualiti dan sesuai untuk masakan kari, nasi lemak, manisan ala Asia, kek. Harga di Shopee RM4.10. 

Top 4. Santan Kotak M&S

Semarakkan cita rasa bersama Santan Kelapa M&S. Harga untuk saiz 200ml di Shopee RM3.00 sekotak.

Top 3. Santan Kotak Rasaku

Santan Rasaku ini sering kali digunakan sebagai penambah rasa masakan seperti kari, sup dan pencuci mulut. Harga sekotak santan Rasaku untuk saiz 200ml adalah RM2.90 di Shopee.

santan-kotak-harga

Top 2. Santan Kotak Kara

Santan kotak jenama Kara merupakan salah satu brand santan segera yang aku suka guna. Santan Kara menjadi pilihan di dapur terutama bagi suri rumah yang bekerjaya. 

Santan KARA ini amat mudah digunakan dan rasanya juga persis dengan rasa santan segar sebenar 

Santan kotak Kara ada dalam saiz 200ml dan saiz 1 liter. Harga RM2.90 untuk 200ml. 

santan-kotak-kara


Top 1. Santan Kotak Ayam Brand

Aku cukup suka beli santan segera Ayam Brand dalam size 200ml dengan kuantiti yang banyak sebabnya boleh terus guna untuk sekali masakan dan kepekatannya menyamai seperti sebiji kelapa yang besar. Harga RM2.80.

Apa saja masakan yang melibatkan santan aku akan gunakan santan segera dari Ayam Brand ini. Sebut lah apa saja. Ayam percik, bubur kacang, gulai ayam, mee kari, kerutup daging, cendol, pemanis mulut, pulut durian, kuih melayu asli semuanya aku gunakan santan ini.

Syukur alhamdulillah suami makan dengan selera malah emak dan ibu mertua juga boleh terima rasa masakan aku dengan menggunakan santan ni.

Selain dari 5 jenama santan kotak tadi, ada juga jenama santan kotak Harmuni dan santan kotak S&P.  

santan-kotak-terbaik-ayam-brand


Santan Kotak Ayam Brand Pilihan No1 Rakyat Malaysia

Santan kotak jenama Ayam Brand antara santan kotak kegemaran yang dah lama aku guna. Untuk pengetahuan, santan kotak pekat jenama Ayam Brand ini berjaya mendapat anugerah dari  Womens Weekly dari segi rasa dan faktor kesihatan.                                                                                                                                       
Aku sendiri dah tak ingat bilakah pertama kali aku mula membeli santan kotak Ayam Brand ini. Yang pasti, aku dah bertahun-tahun guna santan kelapa kepala segera dalam bentuk cecair pekat dalam kotak dari Ayam Brand

Sekali aku beli bukannya sekotak dua, kadang-kadang sampai 1 dozen. Aku sama sekali tak risau membeli dalam kuantiti yang banyak kerana mutu pembungkusannya cukup bagus dan senang untuk di simpan lama tanpa ada apa-apa masalah.


Kenapa suka gunakan santan segera dari Ayam Brand? 

Antara sebab kenapa aku suka gunakan santan kotak ini adalah :

  • kepekatannya yang setanding dengan santan asli
  • rasanya yang hampir sama dengan santan asli 
  • ada U.H.T 
  • mudah di simpan dan tahan lama 
  • harganya yang murah (RM2.80 sekotak)
  • mengandungi lemak baik yang akan terus di proses oleh badan sebagai tenaga
  • gunalah sebanyak mana pun tapi lemak ini tetap tidak akan menyebabkan kolestrol

Kalau dulu nak masak apa-apa sibuk nak ke kedai semata-mata untuk membeli santan segar tapi kini aku tak alami masalah seperti itu lagi. Terfikir nak masak apa, santan sudah ready menunggu di dapur untuk memberikan khidmatnya. 

Selain jenama Ayam Brand, aku juga suka santan kotak jenama Kara. Rasanya aku akan terus setia dengan dua jenama ini dan bagi yang belum pernah cuba, silalah dapatkan produk terbaik Ayam Brand dari pasaraya yang berhampiran.

santan-kotak-terbaik

Tips Cara Simpan Santan Pekat Supaya Tahan Lama 

Aku selalunya akan menggunakan satu kotak santan pekat ketika memasak. Tapi, adakalanya aku hanya guna separuh saja. Ini bergantung pada resepi masakan yang sedang dimasak. 

Jika hanya guna separuh kotak saja (sebab dah pekat), separuh lagi aku simpan dalam peti ais. Jika takut rosak juga, boleh simpan di bahagian sejuk beku. Santan kotak pekat ni jenis tahan lama jadi kita boleh simpan sampai berminggu dan berbulan.

Cara nak simpan santan kotak kalau nak tahan lama. Jangan potong lipatan hujung kotak tu sampai habis. Potong separuh saja. Nak simpan, lipatkan. Disebabkan santan pekat ni memang dah dalam bentuk kotak, tak perlu letak dalam bekas lain lagi. 

Cara Cairkan Santan Kotak Beku Dengan Cepat

Bila dah disimpan tempat beku, bila nak guna nanti kena cairkan dulu santan pekat tu. Tak nak masak gulai atau bubur dengan guna santan beku berketul, nanti masakan jadi tak cantik. 

Antara tips mudah cara mencairkan santan beku dengan cara cepat adalah : 

1. Keluarkan santan beku dari peti dan biarkan ia defrost dengan suhu balik dalam tempoh setengah jam.

2. Masukkan santan yang sudah separuh cair ke dalam blender bersama dengan sedikit air suam.

3. Kisar semuanya hingga ketulan santan beku benar-benar hancur. 

Cara ini boleh juga digunakan untuk santan beku fresh yang baru dikeluarkan dari peti ais. Tak kisahlah santan beku tu dah simpan lama mana dalam frezer (peti beku), jika tidak rosak boleh cairkan santan beku tadi guna cara tadi.

Santan Kotak Vs Santan Segar 

Santan kotak in english disebut sebagai 'coconut milk box'. Santan segar in english pula disebut sebagai 'fresh coconut milk'. 

santan-kotak-vs-santan-segar

Nak dapatkan santan dari kelapa ni bukan satu kerja mudah. Bermula dari proses kopek kelapa, kemudian perlu diparut dan diperah untuk dapatkan santan. Perahan santan tu pula ada dua kategori iaitu santan kelapa pekat dan santan kelapa cair. 

Apa yang dimaksudkan dengan santan pekat?

Apa pula yang dimaksudkan dengan santan cair?

Santan pekat dan santan cair merupakan perbezaan pada tekstur cecair santan itu sendiri. Santan pekat merupakan hasil perahan santan yang awal. Santan cair pula hasil dari perahan santan selepas santan pekat dihasilkan. 

Terdapat dua cara untuk perah santan dengan mudah bagi mendapatkan hasil perahan santan pekat dan santan cair ini. Cara yang pertama, guna kain dan cara yang ke dua, guna blender. 

Aku salah seorang yang perlu sentiasa ada stok santan di rumah. Untuk mudahkan urusan ketika memasak, aku lebih suka beli dan guna santan kotak. 

Kesimpulan 

Tidak kira masakan Melayu, India atau Cina, penggunaan santan dapat menambahkan rasa yang lebih sedap pada makanan. Nak dapatkan santan macam dulu bukan senang. 

Cara membuat santan kotak ini pun tidak mudah. Disebabkan itu di pasaran ada santan yang dijual dalam bentuk kotak dan serbuk.  

Santan kotak ni tak dinafikan dapat menjimatkan banyak masa di dapur. Santan kotak harganya masih ditahap mampu beli juga. 

Jika ditanya, apakah ada bahaya santan kotak ini? Itu aku tak pasti. Yang aku tahu, dah bertahun-tahun aku gunakan santan kotak dalam masakan.


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia

11 comments for "5 Jenama Santan Kotak Terbaik (Pekat Dan Sedap)"

  1. Bagus guna kotak kecil kan... tak membazir baki lepas masak... wah sis, boleh jadi duta ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sekali masak je sbb mmg 200ML tu sama mcm hasil perahan dari sebiji kelapa. Tak payah nak pening kepala, tak payah membazir dan tak payah juga biar santan sampai masam berkulat dalam peti. Harga pun sis rasa sama je macam beli kepala sebiji kat kedai tu.. yang penting sihat.. tak payah susah hati makan santan akan gemuk ke apa.. :D

      Delete
  2. sis boleh jadi duta dah lepas ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau ya lompat sampai bintang!! :D

      Delete
  3. selalu beli beli kelapa. buat santan. hehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu ya tapi skrg tak sempat. semua nak ekspress hehe

      Delete
  4. Walau pun selalu jual kelapa tetapi tetap beli santan kotak untuk kegunaan dapur sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kantoi dah.. tokey kelapa makan santan kotak. kiki :D tak de hal janji kena dengan selera

      Delete
  5. aida memang standby santan kotak at least 3 kat umah.
    mudah nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x... senang keja kan? cuma perlu fikir nak masak apa je

      Delete
  6. Santan dah habissss~~ favorite guna Kara. Ayam brand memang selalu sold out. Kara pun kadang xmenyempat. Rasaku pun okay laaa

    ReplyDelete